Header image

Kenderaan pengangkutan jenis peugeot membawa kami terus bergerak laju menuju ke destinasi. Destinasi persinggahan pertama kami ialah Mansurah.

Memandangkan tidak sempat untuk melayari internet di rumah. Saya cuba ‘on’kan internet di telefon bimbit untuk mengakses ke laman web dan Yahoo Messengger. Lalu cuba untuk melayari laman sesawang sosial Facebook.

“Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah meninggal dunia pagi ini..” Terpapar skrin di status beberapa orang teman mengejutkan kolong jiwa.

“Allahhu Rabbi!” Hati terkejut seakan tidak percaya.

“Ustaz Asri vokalis Rabbani dah meninggal dunia pagi tadi..” Saya cuba beritahu kepada Husni yang duduk di kerusi tengah kereta.

“Yakah?” Dia seakan tidak percaya. Saya juga begitu.

Saya cuba untuk mencari maklumat lain bagi mentakkidkan lagi berita tersebut. Namun tidak berjaya kerana simkad telefon bimbit saya diblock akibat tersalah tekan nombor PIN.

(more…)

“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..” Berpuluh ucapan menerjah ruangan Yahoo Messenger semalam (3 Mei). Tidak semua saya mampu membalasnya.

Walaubagaimanapun, saya berbesar hati kerana kalian masih mengingati makhluk Allah SWT bernama ‘Farid Rashidi’. Apa yang pasti, saya bukanlah sesiapa. Bukanlah seseorang yang selayaknya mendapat sebarang keistimewaan di mata manusia.

Saya juga tidak mampu memberikan apa-apa melainkan hanya sekadar mencoretkan beberapa baris kata mengungkap rasa di ruangan weblog buat kalian. Entah baca entah tidak itu terpulang kepada seseorang individu.

Harapan saya hanya satu, semoga weblog ini mampu dijadikan medan menyumbang ilmu Allah SWT walau sekadar setitis dakwat pena. Justeru, dapat pula bertukar-tukar info dan thaqafah demi kemanfaatan umum. (more…)

“Ana nak tanya pasal WordPress..bolehkah?” Saya bertanya lewat Yahoo Messengger kepada SangMentari yang juga salah seorang blogger mahasiswa Malaysia di Mesir.

“Ya, boleh..” Balasnya ringkas.

“Ya..silakan terus penjelasan tentang WordPress tadi..dia ada bagitau apa ya?”

“Dia bagitau system Wodrpress ni memang belum benarkan sebarang banner yang dianggap tak selamat sangat…untuk security katanya..” Terangnya selaku pengguna WordPress.

Yang Mana Satukah Pilihan Di hati?

Memilih itu adalah suatu perkara yang sukar. Dalam apa jua hal jika kita menghadapi taraddud ketika mahu memilih sesuatu adalah merupakan perkara yang payah untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi perkara yang menjadi pilihan itu ternyata kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.