Header image

Berhampiran rumah sewa saya di Siberbay terdapat beberapa buah sekolah. Sekilas pandang melihat, seakan-akan sekolah menengah. Tetapi sebenarnya ia adalah sebuah sekolah rendah biasa.

Saya seringkali akan melalui lorong berbatu berhampiran sekolah berkenaan untuk menuju ke kuliah al-Azhar, Tanta. Bila memandang logo sekolah itu, mengingatkan saya akan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Sungai Petani, Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah dan Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Baling Kedah. Ketiga-tiga buah sekolah itu pernah melakarkan sejarah hidup tersendiri, dan saya pernah melalui zaman kanak-kanak bersama guru-guru di sana.

Simbol api obor  mewarnai lakaran logo. Hanya mereka yang mereka cipta tahu makna logo itu.

Sekolah rendah yang tersergam di tengah-tengah perkampungan Siberbay itu tarafnya biasa-biasa saja. Ada pintu besi setinggi penjara di Malaysia, ada bangunan bertempekan debu, ada bangunan kelas-kelas dan sudah tentu ada pelajar-pelajarnya.

Meliziii!! Bongga, bongga!” Jerit budak-budak di jeriji tingkap besi memanggil kami. Istilah yang menyakitkan hati itu seolah-olah sudah menjadi nasi basi buat telinga mendengarnya. Entah apa yang dimaksudkan dengan panggilan ‘Bongga-bongga’ itu.

(more…)

“Itu nama ‘Mohd’?” Tanya Syeikh Ahmad sewaktu melihat saya memakai jaket yang tertulis nama di sebelah kanan.

“Ya, tulis ‘Mohd’ tapi asalnya kalimah ‘Muhammad’.. mungkin dahulu orang tidak tahu tentang ini.” Jawab saya.

“Yakni nama yang disingkatkan dari ‘Muhammad’.” Tambah Mazwan pula. Rakan seperjuangan yang bersama hampir setiap pagi bertalaqqi di rumah Syeikh Ahmad.

“Bagaimana kalau seperti di dalam kitab tertulis nama Nabi Muhammad ‘SAW’?” Tanya saya kepada Syeikh Ahmad bagi mendapatkan kepastian. Sememangnya di dalam sesetengah kitab dan buku berbahasa melayu tulisan Salallahu Alaihi Wasallam disingkatkan menjadi ‘SAW’. Ini termasuklah sebarang artikel yang tertulis di sini (FRC).

“Sebaiknya sebutan penuh.”

Perkara ini juga pernah disentuh oleh al-Fadhil Syeikh Ahmad ketika kuliah pengajian di suatu petang.

“Jika tulisan SAW itu ditulis kemudian kitab itu dibuang ke merata, jadi tidak boleh seperti itu.” Begitulah serba ringkas kata-katanya membahaskan tentang penggunaan tanda selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara ini juga menjadi persoalan dalam ruangan komentar artikel sebelum ini, ‘Rahsia Kalimah Muhammad SAW’.

(more…)

Sudah beberapa kali saya didatangkan soalan bertanyakan tentang talqeh sina’i, atau dalam istilah bahasa melayu modennya disebut permanian berhadas.

Pertama kali seingat saya sewaktu menghadapi peperiksaan saringan memasuki Universiti al-Azhar sekitar penghujung 2006.

Minda bagai tidak dapat menaakul maksud sebenar perkataan talqeh sina’i hatta tindak balas negatif berlaku menatijahkan kegagalan. Lontaran persoalan yang memerlukan dalil dan pandangan ulama’ terkini seolah-olah memerangkap saya dalam suatu jerangkap samar tanpa pelepasan.

Tertekan. Kecelaruan. Entah berapa kali kepala digaru tidak gatal.

Masakan tidak tertekan, baru menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ sudah diuji soalan mengujakan. Tak punya sebarang bekal akhirnya kelaparan dipertengahan permusafiran.

Persoalan ini tidak terhenti di situ. Baru-baru ini saya kembali menerima soalan yang sama berkisar tentang pelaksanaan hukum ke atasnya. Bagaimanakah menurut pandangan ulama’ muasarah (semasa).

Ikuti perinciannya di bawah.

(more…)

Protected: Hulurkan Kasihmu

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Pemberitahuan - (Enter your password to view comments.)

This post is password protected. To view it please enter your password below:


1) Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
2) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4) Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5) Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6) Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas..

(Surah Al-’Alaq: 1-6)

Apabila membicarakan soal membaca dan menulis, saya teringat akan kisah Rasulullah SAW ketika awal permulaan surah pertama di muka bumi. Peristiwa kedatangan Jibril a.s mengajarkan Nabi Muhammad SAW dengan ayat Allah itu menampakkan hikmah tersirat yang mendalam sifatnya.

Ianya berkait rapat dengan hikmah kekuasaan Allah SWT dan kunci bagi mengecapi sebuah kejayaan. Surah ini adalah merupakan salah satu surah Al-Makiyyah yakni yang diturunkan pertama kalinya di bumi Makkah. Peristiwa mashyur itu berlaku di dalam Gua Hira’ dan mencerminkan beberapa hikmah yang wajar kita selalu renungi buat muhasabah diri.

(more…)