Faridrashidi.Com » Unit Bait Muslim

Born To LOVE
“Apa erti cinta?” Soal pengerusi Majlis. Slot bicara Bait Muslim pada malam itu dipengerusikan oleh Zahratul Amani Naseer, salah seorang pelajar perubatan Universiti Tanta.

Soalan itu lalu dijawab juga oleh salah seorang pelajar perubatan, Zulkifli Muhammad. Mujur microfone agak jauh ketika itu, tergerak hati mahu menjawab soalan yang dilontarkan.

Tajuk forum pada malam itu ‘Born To Love’. Suatu tajuk yang membuatkan dewan penuh dan gerai bazar jualan licin disambar orang. Sepanjang pemerhatian, forum yang dianjurkan Bait Muslim tidak pernah didengari oleh dua atau tiga orang pendengar. Sambutannya begitu menggalakkan.

Alhamdulillah, petanda yang baik.

DILAHIRKAN UNTUK MENYINTAI DAN DICINTAI

Benarkah kenyataan ini? Benarkan kejadian manusia dibangkitkan untuk menyintai? Jika tidak benar, mengapa harus ada cinta? Mengapa Allah Subhanahu Wata’ala membekali manusia dengan naluri untuk bercinta?

Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyintai – sifat ar-Rahman dan ar-Rahim sudah cukup membuktikan hakikat ini. Hakikat bahawa Allah menyintai hamba-hambaNya, malah sangat menyintai hamba-hambaNya yang taat, patuh dan menyintai Allah Subhanahu Wata’ala dan RasulNya.

Buah bicara cinta ini telah dituturkan Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam:

Riwayat Mu’adz dari Nabi Sallallahhu Alaihi Wa Sallam ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman: Orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranku, mereka mempunyai mimbar dari cahaya, di mana para Nabi dan para syuhada’ merasa iri kepada mereka.” (HR. Tirmidzi)

Maka tidak hairanlah Allah Yang Maha Cinta mengurniakan rasa kecintaan yang hebat itu kepada hamba-hambaNya yang beriman. Rasa cinta yang begitu sulit untuk dituturkan oleh lidah yang berbicara. Sukar untuk dititipkan pada warkah kusam.

Pernah Abu Hurairah meriwayatkan hadis dari Nabi Muhammad Solallahhu Alaihi Wassalam bahawa ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di desa lain. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menghadangnya di jalan.

Setelah bertemu, malaikat itu berkata: “Kemanakah kamu mahu pergi?”

“Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.” Jawab lelaki itu.

“Apakah engkau mempunyai kepentingan terhadapnya?”

Lalu ia berkata. “Tidak, hanya kerana aku menyintainya kerana Allah SWT.”

Malaikat berkata: “Aku adalah utusan Allah kepadamu, bahawa Allah telah menyintaimu sebagaimana engkau menyintai saudaramu.” (HR. Muslim)

Allah Subhanahu Wata’ala berhak memberi rasa cinta agungnya kepada sesiapa yang tidak melupai hakikat rasa cinta pada Ilahi. Melupai Allah bererti cintanya bukan lagi suci. Tidak lagi sejernih cinta agung yang menjadi idaman hati-hati para pencinta. Rasa cinta tanpa adanya Pencipta – mampu bergoyah dan berkecai, hancur lebur tiada kesan yang mengesankan.

Cintailah kamu kepada siapa saja – Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, Ibu bapa, kekasih hatimu (suami/isteri), sahabat dan teman-temanmu, tetapi ikatkan tali cinta itu pada yang SATU, tiada dua dan tiga. Pasti pahit hempedu menjadi manis persis madu, panasnya bara api menjadi sejuk sesegar air dipergunungan, peritnya hidup menjadi semudah lidah bertutur mesra.

Kerana kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai dan dicintai.

Tertarik pada bicara hikmah malam itu yang mengisahkan perihal cintanya isteri Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam yang pertama – Saidatina Khadijah r.anha. Bagaimana bermula pertemuan dan hasilnya membenihkan kuntuman cinta mekar mewangi selama-lamanya. Hatta wafatnya Saidatina Khadijah r.anha, Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tetap saja mengingati dan menangisi kesan cinta isteri pertamanya itu.

“Saidatina Khadijah r.anha seorang yang menjaga kesucian dirinya.” Kata Ustaz Abdul Aziz selaku ahli panel pertama pada malam itu.

“Beliau jarang sakit, sebab jaga kesihatan.. antara surah yang kerapkali dibacanya ialah surah Yusof.. beliau meninggal sebab dipulaukan oleh kaum Quraisy sehingga menyebabkan beliau tidak lalu makan dan meninggal dunia.” Sambung penceramah lagi.

Perwatakan dan akhlak (agama) Saidatina Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu’anha (bahasa Arab: خديجة بنت خويلد‎) (555 M – 619 M) itulah antara kunci terikatnya rasa cinta agung antara dua insan. Malah beliau digelarkan sebagai digelar Al-Afifah Tohirah yang berdasarkan akhlak dan bukannya berdasarkan harta walaupun Saidatina Khadijah r.ah adalah seorang bangsawan dan tokoh masyarakat yang disegani.

“Memberi cinta pada suami adalah atas dasar akhlak, agama.. Cinta Saidatina Khadijah atas dasar iman.. Dia memberikan harta dan perlindungan kepada Nabi Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam sebelum orang lain lakukan..” Ustaz Abdul Aziz meneruskan bicaranya. Suasana dewan senyap seketika. Para pendengar kelihatan khusyuk mendengar butir bicara yang disampaikan.

RASA CINTA DAN DICINTAI

Atas dasar cintanya Saidatina Khadijah pada Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan pada perjuangan Islam itu sendiri, maka Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam begitu menyayanginya. Bahkan isteri pertama Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tidak pernah dimadukan sehingga akhir hayat.

“Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]

Justeru, beliau terkategori sebagai wanita syurga yang dijanjikan Allah SWT:

Saidatina Khadijah

Saidatina Fatimah az-Zahra’

Maryam

Asiah (isteri Fira’un)

Saidatina Khadijah r.anh bukan menyintai Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam kerana harta atau rupa paras. Tapi hatinya terpana tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan melalui Maisarah kepada beliau. Lalu tersimpan hasrat keinginan hatinya untuk mendapatkan kebaikan itu. Kebaikan yang amat janggal di celah keripuhan masyarakat Jahiliyyah yang meraja.

Lantas beliau mengutuskan seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Beliau menawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia baru berusia 25 tahun. Bahkan miskin dan yatim piatu – tidak punya harta. Akan tetapi kaya dengan nilai akhlak mulia dan tersohor luhur peribadinya.

Gambaran rasa cinta Saidatina Khadijah r.anh amat banyak dikhabarkan melalui kisah-kisah sejarah dan periwayatan hadis. Saat bergetar rasa takut bersangatan akibat penurunan wahyu pertama berwasilahkan malaikat Jibril a.s, beliaulah yang mengubati duka lara itu.

Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam lalu berkata: “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Beliau kemudiannya menyelimuti tubuh baginda dengan penuh belaian mesra demi memberi kekuatan jiwa dan menghadirkan rasa ketenangan.

Lantas, beliau menuturkan bicara hikmah yang membiaskan rasa tenang pada diri Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam. Menenangkan rasa gelora ombak di dada dan menyejukkan perasaan sebening air dikali.

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.”

“Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini.”

Sewaktu Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam berulang-alik ke gua hira’, beliau tidak pernah melarang ataupun menyakiti hati Baginda SAW, walaupun sering ditinggalkan. Sifat redha pada suami yang berjuang di jalan Allah SWT itulah tanda bahawa beliau mengikat cintanya pada suami dengan kecintaan yang kuat pada Jalla Wa’ala.

Biarlah secebis kisah sejarah yang dipaparkan ini mampu memberi rasa faham erti cinta sebenar yang didambakan. Akuilah, kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai – Born To LOVE.

Ingin ku kutip kuntuman cinta itu,

yang berserakan,

Dan diukirkan pada bait-bait rasa,

yang tulus setia,

Tertadah pada dulang keredhaan,

Yang ESA,

Agar, jalinan itu mampu membawa ke syurga,

Abadi.

12:00AM, 17 Mac 20010,

Siberbay, Tanta.

“Saya Mahu Kahwin”
Sesiapa saya di dunia ini jika dipersoalkan, adakah mahu berkahwin. Sudah pasti jawabnya “Ya”.

Andai ada jawapan berbunyi “Tidak” maka saya syorkan agar tahap kenormalannya perlu dikaji dan diselidiki semula. Bimbang terjerumus hubungan persis kaum Nabi Luth a.s dan golongan Lesbian.

Mengapa harus ada perkahwinan. Jawabnya mudah, al-Quran dan as-Sunnah sudah merungkaikan permasalahan ini secara terperinci dan teliti.

Perkahwinan itu banyak faedahnya. Imam al-Ghazali menyebut bahawa perkahwinan adalah “Mujahadah diri, membangkitkan hak-hak ahlinya, berakhlak dengan kesabaran, membawa kesusahan bersama, berusaha untuk memperbaiki dan memberi petunjuk ke arah jalan agama padanya (isteri)..”

Bicara Allah SWT di dalam surah ar-Rum dan suruh al-A’raf:

21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (ar-Rum: 21)

189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. (al-A’raf: 189)

Perkahwinan adalah suatu cara demi menjaga kesinambungan keturunan zuriat manusia agar berterusan membawa panji-panji Allah SWT. Hilang konsep perkahwinan, bermakna caca marbalah kehidupan manusia. Keturunan manusia menjadi kucar-kacir sehingga melahirkan golongan ‘hati keras’ dan terjauh kebaikan. Cinta akan terus dizalimi.

Mudah cara jika mahu menjawab mengapa perkahwinan dituntut Islam, Rasulullah SAW menyebut jawapannya:

Maksudnya: Daripada Abi Masud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu di kalangan kamu, maka kahwinlah kerana ia (dapat) menundukkan pandangan mata, menjaga kemaluan, barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penegah untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Baqarah:

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (al-Baqarah: 187)

Sesungguhnya suami dan isteri itu seperti pakaian, saling tutup menutupi dari melakukan perkara haram.Manakala menurut ilmu balaghah pula, ayat ini terkategori sebagai An yaqa’a al-Mushabbah bih khabran anil mushabbah (Menetapkan Mushabbah bih sebagai khabar kepada mushabbah). Ini kerana maksud pakaian itu adalah perumpamaan bagi dekatnya suami isteri – berpeluk-pelukan sebagaimana memakai pakaian di badan. Maksud lain ialah menutupi dari terjerumus ke lembah dosa.

Terlajak membincangkan soal perkahwinan, mari kita lihat pula nukilan Kitab Muhadharat fi fiqhi sadah asy-Syafie’yyah, ianya menyebut tentang jenis-jenis pernikahan ketika zaman Jahiliyyah terbahagi kepada empat:

1. Pernikahan panji-panji. Maksudnya ialah – seseorang perempuan mendirikan panji atau bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai simbol untuk memberitahu kepada manusia yang lalu lalang bahawa dia adalah perempuan sundal.

2. Pernikahan campur. Maksudnya ialah – beberapa bilangan lelaki berkumpul dan menyetubuhi wanita. Sekiranya perempuan itu melahirkan anak, maka ianya dilihat berdasarkan yang paling menyerupai di kalangan lelaki yang menyetubuhi wanita itu.

3. Pernikahan yang diberitakan. Maksudnya ialah – apabila seorang wanita menginginkan seorang anak yang mulia, maka dia akan menyerahkan dirinya kepada sebilangan tokoh lelaki penyair masyhur sehingga ianya melahirkan anak dari salah seorang daripada mereka.

4. Pernikahan sebenar. Pernikahan inilah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid sebelum kenabiannya.

SAYA MAHU KAHWIN

“Ustaz, saya mahu kahwin, carikan seorang ustaz yang sudah tamat pengajiannya.. asalkan soleh.” Pinta seseorang.

“Carikan saya seseorang yang baik, saya nak kahwin.” Kata seseorang yang lain pula.

Berderet-deret permintaan di kalangan kenalan maya. Bahkan sehingga suatu saat, saya merasakan menjadi seperti orang tengah untuk menghubungkan kedua-dua belah pihak. Seperti menjadi kerani kepada organisasi Bait Muslim.

Namun begitu, saya mengangkat tangan tabik kepada mereka atas permintaan yang baik. Semoga bertemu kalian pasangan yang baik dan mencintai agama agar mengecapi kebahagiaan dunia akhirat. Semoga ikatan kasih yang didambakan mekar mewangi lantas menghamburkan kasturi indah kelak. Maafkan saya jika tak mampu penuhinya.

UNIT BAIT MUSLIM

“Ana kahwin guna bait muslim..” Kata seorang sahabat saya.

“Oo.. “

“Kiranya mereka yang uruskan waktu jumpa antara dua belah pihak.” Dia mengimbau kisah pertemuan pertamanya.

Saya menyetujui seratus peratus kehadiran unit bait muslim ini terutamanya kepada mahasiswa mahasiswi yang sudah berkelayakan. Kewajarannya adalah kerana ianya mampu memudah cara kepada sebuah kesukaran buat mereka yang berkeinginan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun terhalang dek protokol membebankan. Akhirnya, impian itu bertukar menjadi sebuah kemungkaran apabila disusahkan.

Cadangan saya kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya, laksanakanlah organisasi unit bait muslim sebagaimana yang dipraktikkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Semoga langkah ini mampu mengurangi kebobrokan sosial yang melanda muda-mudi di kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="445" height="364" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/BLTF5Oji0V0&hl=en_GB&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="445" height="364" src="http://www.youtube.com/v/BLTF5Oji0V0&hl=en_GB&fs=1&rel=0&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6&border=1" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

KETIKA CINTA BERTASBIH

Watak Azzam sebagai seorang graduan al-Azhar yang baru pulang ke tanahairnya, Indonesia begitu menjadi. Susun atur cerita dan skrip filem KCB 1&2 boleh saya labelkan sebagai filem islamik terbaik saat ini berbanding produk filem yang kononnya islamik. Ceritanya mempunyai istifadhah berguna untuk diambil pengajaran semua lapisan masyarakat.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, konsep bait muslim yang ditonjolkan di dalam babak filem tersebut. Ini boleh dilihat ketika mana Azzam sedang mencari calon bakal isterinya, beliau meminta bantuan orang tengah ataupun ahli keluarganya untuk campur tangan.

Perkara positif ini sewajarnya diterjemahkan ke dalam masyarakat muslim khususnya di Malaysia agar kesinambungan bait muslim tuntutan Rasulullah SAW terus menerus terlaksana.

Sebelum sireh didulangkan, sebelum gendang dipalu, sebelum ikatan disatukan, mari praktikkan unit pertemuan dua insan!

11:47AM, 26 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.