Header image

Jangan sangka lelaki tidak boleh merajuk. Lelaki juga mempunyai emosi tersendiri. Namun, emosi lelaki tidaklah sehebat dan setanding wanita. Kebanyakan gelaran ratu airmata dan jiwa lembut dimonopoli oleh wanita. Kenyataan ini adalah benar. Sebab wanita memang dibekalkan dengan jiwa yang mudah tersentuh dan cepat mengalirkan airmata.

Ada juga sesetengah lelaki yang cepat merajuk. Akan tetapi tidaklah seperti rajuknya sang wanita. Lelaki rajuknya tidak berteman airmata, atau menyebal tidak tentu arah hingga memberi kesan kepada orang yang tidak ada kena mengena dengannya. Bezanya, lelaki merajuk biasanya lebih menonjolkan reaksi berlainan daripada biasa.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Anak nakal.
Anak degil tak dengar kata.
Anak yang terjebak dengan kebejatan sosial.
Anak ‘ketegaq’ atau ‘nana’ – dialek kedah.

“Ish, si fulan itu curi motor aku semalam.. tak serik-serik dengan kelakunya.” Rungut seorang lelaki sambil mencekak pinggang menahan amarah.

“Anak siapa?” Tanya rakannya.

“Anak si fulan itulah. Bapak dengan anak sama, si bapa kaki botol, main judi, kaki perempuan!” Sambutnya dengan nada yang sedikit tinggi. Marah bukan kepalang lagi.

“Patutlah, bapak borek, anak rintikkan?”

Kesemua perilaku anak-anak, samaada degil, nakal, buas, keras kepala, benak dan ‘ketegaq’ sememangnya menjadi igauan ngeri buat para ibu bapa penjaga mahu pun masyarakat sekitarnya. Amat pelik jika ada ibu bapa penjaga mengatakan bahawa mereka gembira mendapat anak-anak yang degil dan bersangatan jahatnya. Itu bererti dia mengiyakan kejahatan anaknya jika mengukir rasa gembira.

(more…)