Damai Pantai Ra’su Sidr

On July 12, 2010, in Diari Penulis, Jejak Kembara, Tazkirah, by Farid Rashidi

“Di Jeddah sendiri tempatnya ada maksiat.” Terang Sulaiman bersemangat.

“Sebenarnya bukan masalah tempat, masalahnya ialah orang yang merosakkan tempat.” Saya menambah.

Pandangan dilontar ke segi empat televisyen yang tergantung di tepi dinding kedai minuman. Kami berempat, Firdaus, Sulaiman dan Hafiz duduk berehat sebentar di kedai minuman itu sambil menghirup ‘syai‘ dan ‘ahwah‘. Lokasinya ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Ra’sul Sidr, Sinai.

Continue reading »

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2010

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Tagged with:
 

Deruan enjin bas mengaum garang. Bas yang memakai tanda nama Mercedes itu merangkak agam memasuki sebuah kawasan. Kelihatannya persis kem tentera yang gah menjaga perbatasan. Sekitarnya dikelilingi pepasir kuning yang luas saujana mata memandang.

Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela bas. Sejurus kemudian kedengaran lantunan suara musyrif kami mengisyaratkan bahawa sudah tiba di destinasi lawatan.

Destinasi pertama selepas melalui Terusan Suez ialah kawasan yang digelarkan sebagai Panorama Berlief. Sememangnya ia adalah sebuah kubu kem tentera tinggalan tentera Israel yang menjadi tugu memorial penting kepada Negara Republik Mesir. Punya kisahnya tersendiri.

Kaki menapak perlahan bersama segerombolan mahasiswa Tanta yang lain diiringi dua orang lelaki anggota keselamatan Mesir. Mereka berdua mengenakan pakaian tentera berceloreng hijau dan sedikit kekuningan – segak bergaya.

Saya menarik nafas sebentar. Udara nyaman pagi itu disedut melepasi rongga trakea. Segar dan mendinginkan.

Serpihan musim syita’ masih berbaki ketika jelajah sinai 2007 itu berlangsung. Saya mengenakan pakaian sadri dan jaket kulit hitam bagi menutupi badan dari kedinginan menggila. Ia bagaikan mengigit tulang dan segenap rongga tubuh.

Continue reading »

Perjalanan kedua diteruskan setelah perjalanan pertama terhalang dek kemalangan yang berlaku.

Bas terus menyusur laju melalui jalan raya lurus tanpa halangan. Gelap semakin beransur hilang dimamah panahan silauan mentari yang menampakkan diri. Cahaya fajar pagi itu menyimbah pepasir gurun gersang sehingga menerbitkan cahaya keemasan.

Berkelip kekuningan warnanya. Dan jauh di sudut sana kelihatan timbunan pasir membentuk bukit-bukit kecil. Ianya hasil pusaran angin sahara yang selalu berhembus. Sekejap tenang, sekejap kencang.

Tompokan hijau tumbuhan renek padang pasir begitu menarik, secocok antara warna pro dan kontra. Subhanallahil Azim!

Entah berapa kali saya terlentok di kerusi bas yang agak lembut itu. Mimpi bersilih ganti selepas 4-5 jam perjalanan. Terasa sengal dan kebas akibat duduk yang terlalu lama. Mujurlah sempat kami berhenti rehat dan bersolat subuh di salah sebuah restoran yang mempunyai surau untuk bersolat. Di situ juga kelihatan beberapa buah bas persiaran yang membawa pelancong asing pelbagai pelusuk benua dunia berehat.

Kelibat beberapa susuk tubuh warga barat mengundang suasana kurang enak pada penglihatan mata. Berasrama tidak mengenal tempat walaupun saya tahu mereka itu golongan Kristian dan Athies.

Continue reading »