Selama saya tinggal di Siberbay, Tanta bermula tahun 2006 sehingga kini boleh dibilang dengan jari kadar kemalangan jalan raya yang berlalu bermula Suq Gumlah/Agizi/Mahattah Keretapi sehingga ke penghujung Mahattah Siberbay.
Seingat saya kemalangan yang pernah berlaku di depan mata ialah sewaktu saya menaiki bas beberapa ketika dahulu pulang ke Siberbay. Di suatu persimpangan jalan, kelihatan sebuah lori membawa muatan buah limau terbabas ke gigi jalan sehingga menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan raya. Ada pula kelibat manusia yang mengambil kesempatan merasa limau percuma.
Berkelanalah ke serata pelusuk daerah Mesir, hakikatnya anda sukar untuk menemui tiang lampu isyarat di persimpangan jalan raya. Mereka lebih gemar menggunakan bunyi hon dan lampu sebagai wasilah komunikasi di atas jalan raya. Jangan tak percaya, bunyi hon yang pelbagai itu juga mempunyai makna tersendiri.
Ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

