Saat berdiri tegak untuk bersolat jema’ah bersama masyarakat Mesir, saya seringkali ditarik mereka untuk merapati dan meluruskan saf. Suatu ketika saat setahun jagung di bumi ini, seringkali termangu-mangu sendiri memikirkan maksud melurus dan merapati saf.
Pergilah bersembah sujud di mana-mana masjid serata Mesir, samaada masjid itu bernama Masjid Sayyid Badawi, Masjid Syaikhah, Masjid Amru Bin Asr, Masjid Sultan Hassan ataupun Masjid Imam Bushairy yang letaknya di utara Mesir, semua jema’ahnya serupa. Yakni dalam kefahaman konteks lurus dan rapatkan saf.
Semakin lama melihat, mengaji dan mengkaji barulah tahu kedudukannya.
Kefahaman masyarakat Mesir mengenai meluruskan saf – rapatkan kaki dan menyamakan kedudukan ibu jari kaki antara satu sama lain bukan mengikut tumit sebagaimana masyarakat nusantara.
Manakala kita, memahami bahawa tumit itu harus disamakan – meluruskan berisyaratkan belakang tumit tanpa melihat ibu jari kaki.
Adakah ini sesuatu yang membingungkan?
Tidak, pada saya kira-kira matematik untuk merumuskan persoalan ini simple sahaja. Tidak perlu berhari-hari memberatkan kepala semata-mata mencari jawapan kepada furu’ (cabang) masalah fiqh ini. Saya jadi teringat jawapan Syekhuna, Syeikh Nuruddin Banjari al-Makki.

