Faridrashidi.Com » Sinai

Buku Pertama (TDK1000M) Sudah Terbit!
“Alhamdulillah tahniah akhie. Akhirnya lahir juga karya sulung ini… tahniah. InsyaAllah nanti saya inbox untuk tempahan…”

“Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi yang  mengilhamkan Tuan dan menguatkan azam dan semangat untuk menulis  sehingga terlahirnya karya sulung. Saya beli satu ye… Insya’Allah saya PM  setelah online…”

“Nak beli buku ini, ada di pasarankah?” Tanya salah seorang rakan FB.

“Boleh cerita sikit sinopsis buku ustaz?”

“Ada sinopsis ke cerita ni? Sebelum membeli, nak tau juga…” Soal yang lain pula.

Begitulah respon dan timbal balik yang diberikan setelah promosi secara besar-besaran pertama di buat lewat malam semalam. Akhirnya, buku yang dinantikan saya sendiri tiba di rumah setelah diangkut melalui trio adik-beradik – Mohd Hazuan dan Mohd Hazim – mewakili syarikat Pancaran Ilmu Enterprise dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Tidak dilupa juga, jutaan terima kasih kepada saudara Sa’di Said yang bertungkus-lumus menguruskan urusan cetakan sehingga terlahirnya sebuah buku – karya pertama saya – berjudul ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’.

Jujurnya, saya jadi terkesima sebentar. Barangkali teruja melihat pada pandangan pertama. Naskhah yang berada di alam fantasi tetapi menceritakan kisah realiti akhirnya berjaya dibukukan biarpun pelbagai halangan ditempuhi.

Dalam banyak-banyak komentar di atas, saya tertarik untuk menjawab soalan yang paling bawah. Kerana persoalan itu perlu dijawab dengan sedikit sinopsis ala-ala cover novel. Baiklah, ikuti pembacaannya di bawah.

Sinopsis Buku ‘Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara’

Kalau melihat pada tajuk, barangkali hanya beberapa kerat manusia mengerti apakah maksud tajuk besar itu. Pasti bukan? Andai ada yang tahu, itu adalah kelebihannya untuk mentafsir kiasan bahasa.

Begini, yang dimaksudkan dengan ‘Debu-debu’ itu saya misalkan ia adalah manusia. Ya, manusia yang ramai hingga perkataan itu diulang-kata. Dalam ramainya manusia itu, saya adalah salah seorang insannya. Insan yang menyelinap ranting-ranting ‘kota 1000 menara’. Sudah dimaklumi, bahawa gelaran Mesir itu – selain perlembahan Nil – ia digelarkan Kota 1000 Menara.

Dek kerana banyaknya menara masjid, maka seluruh kota dipelusuk negara Mesir dipenuhi ceracak menara beribu-ribu. Jangankan semua wilayah, lihat saja pada panorama di Kota Kaherah, sudah memadai untuk menjawab persoalan di atas.

Justeru, maknanya di sini ialah; kisah benar seorang pengembara ilmu, pencinta pengalaman, telah merantau ke sana dengan membawa cita-cita dan matlamat seperti juga penuntut-penuntut al-Azhar lainnya. Permulaan cerita, penulis mengajak pembaca menghargai kasih sayang ibu bapa, dan menghadirkan kisah-kisah silam agar kita tidak melupakan pengorbanan dan jasa mereka. Buku sahaja dedikasi buat ibu bapa penulis, bahkan kepada sesiapa saja yang menghadami buku ini.

Kerana berwasilahkan mereka, kita hadir muka bumi ini. Dan kerana perantaraan mereka, kita mampu celik hingga ke hari ini. Merekalah sumber inspirasi untuk kita berjaya dunia dan akhirat. Semoga Allah mengampuni mereka dan kita semua. Ameen.

Setelah itu, penulis mengajak pembaca untuk sama-sama terbang membelah awan nan memutih, langit biru yang luas tiada penghujung untuk tiba di Ardul Kinanah – Bumi Mesir. Maka bermulalah, kisah pengembaraannya menghadapi segala cabaran dan mehnah hidup bersama rakan-rakan serta masyarakat setempat.

Di sana, ada cerita gembira, suka, duka, terharu dan pelbagai rona rasa. Kesemuanya adalah kisah benar, yang dihadapi penulis. Bukan kisah rekaan atau imaginasi.

Saya cuba menghimpunkan kembali catatan-catatan kembara selama beberapa tahun menuntut di Universiti al-Azhar cawangan, Tanta bersama secangkir peringatan untuk diri dan umat Islam. Peringatan beriringan nas al-Quran, as-Sunnah mahupun kaul ulama’ silam dan kini, ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata kerana mahu menggapai redha Allah Ta’ala.

Natijahnya, ia sedikit sebanyak mengajar diri untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menyelami permasalahan umat. Moga-moga titis usaha kecil lagi kerdil ini dikira ibadah di sisi Azza Wajalla. Ameen.

Kisah catatan pengembaraan Abu Abdullah Muhammad bin Battutah atau Ibnu Batutah, antara sumber inspirasi terpenting yang mendorong diri ini untuk merakamkan detik perjalanan berharga di perantauan. Juga atas saranan sahabat-sahabat pembaca FRC agar membukukannya, maka saya mengambil kata putus untuk melangkah payah setapak dengan membukukan siri kembara di bumi anbiya’ ini.

Buku ini, terpecah kepada bab-bab yang mengisahkan pelbagai cerita. Setiap cerita di dalam bab itu mengandungi pelbagai tema yang diangkat. Ia digarap bersama elemen-elemen pengajaran, tazkirah, fiqh, sejarah, isu semasa dan pelbagai injeksi penyampaian lainnya.

Bab yang saya kira, menarik untuk dibaca ialah kisah mengenai pengembaraan penulis bersama rombongan ke Selatan Sinai – tempat di mana terletaknya artifak sejarah dan monumen berkaitan Nabi Musa a.s serta Fir’aun Laknatullah. Ia terkandung di dalam tajuk:

Kami Kemalangan Di Suez

Merentasi Terusan Suez

Sejenak Di Panorama Berlief

Menjejaki Uyun Musa a.s Dan Hamam Firaun Di Pesisir Laut Merah

Mata Air 12 Di Perlembahan Wadi Ar-Baie’n

Itulah Puncak Jabal Thur Sina!

Ibrah Persaudaraan Nabi Musa a.s Dan Nabi Harun a.s Memimpin Bani Israel

Khazanah Solahuddin al-Ayubi Di Sempadan Israel

Begitu juga mengenai kisah benar pembunuhan tragis lagi ngeri – Kematian Tragis Di Mansurah – melibatkan salah seorang rakan penulis di Mesir. Dan cerita itu heboh diperkatakan di dalam media utama Malaysia. Semuanya saya bukukan, buat tatapan dan pengajaran bersama.

Moga-moga, usaha kecil ini mampu memberi manfaat buat semua dalam menjalani hidup sehari-hari – untuk hari ini dan masa akan datang. Untuk mendapatkannya, boleh menghubungi dan menempah melalui:

Emel: mdfaridrashidi@gmail.com

No Tel: 019-4277846

Facebook: https://www.facebook.com/Ibnurashidi

Ciri-ciri buku:

Tajuk: Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara

Harga: RM25

Ketebalan: 271 muka surat.

Berat: 400gm.

8:35AM, 20 April 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Hikmah Kadar Hujan Di ‘Tanah Hitam’
“Hujan rahmat..” Ungkapan yang selalu diperkatakan orang kebanyakan orang.

Sewajarnya kita tidak perlulah bersusah menyangkal dakwaan ini. Ini kerana ungkapan hujan rahmat adalah bertepatan dengan konsep penurunan rezeki dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Sungguh, hujan itu membawa kebaikan, kemanfaatan, kenikmatan yang amat-amat besar kepada umat Islam seluruh alam raya. Tak terhitung betapa besarnya nikmat ini seiring nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wata’ala.

Katakanlah. Alhamdulillah, berkali-kali sehingga lidah-lidah kita senantiasa mencintai kalimat itu dengan keikhlasan hati. Lakukanlah beserta hati yang jernih dan bening.

HUJAN DI ‘TANAH HITAM’

“Andainya hujan di Mesir ini turun dengan lebat, barangkali runtuh habis bangunan-bangunan..” Perbualan yang biasa saya tuturkan dan bincangkan bersama rakan-rakan.

Seronok bila melihat sesuatu, lalu dibentangkan pada halaman hiwar untuk dibicarakan bersama rakan dan sahabat. Bukan untuk menghabiskan air liur, tetapi menggerakkan minda-minda agar mampu menghasilkan suatu perbualan yang mengandungi ilmu. Tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

“Di Mesir, hujannya sikit sahaja.. ianya turun beberapa kali dalam setahun. Biasanya hujan akan turun pada musim sejuk.” Cerita saya pada keluarga di kampung melalui saluran internet.

Mengapa tanah hitam?

Menurut sumber teks sejarah yang mengisahkan tentang asal usul Mesir, orang Qibthi (Mesir kuno) menggelarkan Mesir dengan istilah Kemy dan Takemy yang membawa maksud ‘hitam’ atau dengan maksud ‘tanah yang hitam’ . Istilah ini diangkat sebagai simbolik kepada kesuburan tanah.

Perkara ini saya akui, melalui pengamatan dan penglihatan selama di sini. Sememangnya kawasan tanah yang menjadi tumpuan penduduk masyarakat Edbawey adalah di sepanjang sungai Nil. Kawasan tanah di sepanjang sungai Nil ini adalah berwarna hitam kebiasaannya, berbanding di kawasan-kawasan pergunungan Sinai, gurun sahara Giza, El-Fayyoum, Siwa dan beberapa tempat lain yang lebih berwarna kuning keemasan panoramanya.

Kata teks sejarah lagi menguatkan bukti sedia ada – Menurut istilah yang digunapakai era pemerintahan Fir’aun (Pharaonic) ialah Tawey yang membawa maksud dua tanah. Jika dilihat menurut kacamata ilmu geografi, tanah Mesir ini terbahagi kepada dua iaitu:

1.	Tasyma’o (Dataran tinggi atau dalam bahasa arab ia disebut ardh sha’id)

2.	Tasameho (Permukaan laut atau dalam bahasa arab ia disebut ardh wajh al-Bahr)

Kelebihan tanah hitam ini telah mengilhamkan kepada salah seorang penuntut Thailand di sini untuk menanam sayur-sayuran asia tenggara. Beliau telah menyewa tanah di Giza dan mengusahakan tanaman serai secara besar-besaran lalu dijual kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya di Kaherah!

HIKMAH KADAR HUJAN

Atas dasar itu jugalah setiap kali hujan di musim sejuk, pasti akan menyebabkan tanah hitam menjadi becak seperti petak-petak sawah, walhal hujannya hanyalah pada kadar rintik-rintik gerimis.

Diandaikan ianya lebat seperti Negara Malaysia bermusim khatulistiwa, sudah tentu tanah hitam itu menyukarkan pergerakan lalu lintas dan memungkinkan runtuhnya bangunan batu-bata di seluruh pelusuk Mesir. Ini kerana di Mesir, bangunan-bangunannya tidak terpacak besi konkrit yang banyak bercabang, hanya sekadar menguatkan binaan simen dalaman. Dinding-dinding bangunan juga kebanyakkannya tidak menggunakan tiang – hanya disusun bata merah berserta simen semata.

“Masa ana dekat Kaherah, hujan batu turun.” Beritahu Muadwiz suatu ketika.

“Ana pun pernah lihat hujan batu, masa itu ana dalam perjalanan nak pergi ke Mansurah.. Tiba-tiba hujan batu besar-besar menghempap bumbung peugot (sejenis kereta wolksagen penumpang).” Saya menyambung ceritanya dengan kisah yang berlaku kepada saya pula.

Mari kita renungi firman Allah Ta’ala yang terakam di dalam surah al-Mukminun:

18. Dan Kami turunkan hujan dari langit Dengan sukatan Yang tertentu, serta Kami tempatkan Dia tersimpan di bumi; dan Sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

19. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu Dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. kamu beroleh Dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan Yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Demi Allah yang menjadikan bumi dan langit! Lihatlah bagaimana keajaiban ini berlaku.

Menurut kitab Tafsir Munir yang ditulis oleh Dr.Wahbah Zuhaili, turunnya hujan daripada awan dengan kadar keperluan dan kecukupan untuk dijadikan air minuman dan pengairan – tidak terlalu banyak sehingga merosakkan tanah, bangunan-bangunan di kota dan tidak terlalu sedikit untuk tujuan pertanian dan penanaman.

Sesungguhnya, Allah menciptakan sesuatu itu bukan untuk dibuat kerosakan atau kekacauan, tetapi Allah berikan kita alam ini dengan hikmah. Hikmah yang agung untuk difikirkan.

Kajilah hikmah itu, nescaya akan menemui hakikat kehidupan dan penciptaan. Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahhu Akbar!

Look around yourselves

Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind

To push it all aside..

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way.. Allah..

Guide us every single day.. Allah..

Open Your Eyes

Maher Zain.

Sumber rujukan:

Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh – Mesir, m/s 8.

9:39AM, 14 Mac 2010,

Siberbay, Tanta.

Jelajah Sinai: Sejenak Di Panorama Berlief
Deruan enjin bas mengaum garang. Bas yang memakai tanda nama Mercedes itu merangkak agam memasuki sebuah kawasan. Kelihatannya persis kem tentera yang gah menjaga  perbatasan. Sekitarnya dikelilingi pepasir kuning yang luas saujana mata memandang.

Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela bas. Sejurus kemudian kedengaran lantunan suara musyrif kami mengisyaratkan bahawa sudah tiba di destinasi lawatan.

Destinasi pertama selepas melalui Terusan Suez ialah kawasan yang digelarkan sebagai Panorama Berlief. Sememangnya ia adalah sebuah kubu kem tentera tinggalan tentera Israel yang menjadi tugu memorial penting kepada Negara Republik Mesir. Punya kisahnya tersendiri.

Kaki menapak perlahan bersama segerombolan mahasiswa Tanta yang lain diiringi dua orang lelaki anggota keselamatan Mesir. Mereka berdua mengenakan pakaian tentera berceloreng hijau dan sedikit kekuningan – segak bergaya.

Saya menarik nafas sebentar. Udara nyaman pagi itu disedut melepasi rongga trakea. Segar dan mendinginkan.

Serpihan musim syita’ masih berbaki ketika jelajah sinai 2007 itu berlangsung. Saya mengenakan pakaian sadri dan jaket kulit hitam bagi menutupi badan dari kedinginan menggila. Ia bagaikan mengigit tulang dan segenap rongga tubuh.

Kedua belah cuping telinga cuba menyerkup satu-satu kalimat yang dituturkan tentang Panorama Berlief beserta sejarah asal usulnya. Lancar dan jelas pemuda Mesir berkulit kuning langsat itu menuturkan kata-kata. Sesekali terbit beberapa potong ayat al-Quran menguatkan cerita.

Saya sudah sepakat bersama seorang teman untuk merakamkan perjalanan itu bersama. Pelbagai sudut kubu dan tinggalan sejarah kami rakamkan sehingga kehabisan ruang memori kamera.

“Alamak, memori habis space. Macammana nak ambil gambar ni.” Getus hati kecil. Saya turut memberitahu Akmal masalah yang dihadapi. Ah, destinasi pertama kamera sudah meragam.

“Oh, rupanya silap setting. Tersilap setting ukuran saiz gambar rupanya.” Pixel yang begitu tinggi membuatkan ruang memori kamera agak terhad.

SEJARAH PANORAMA BERLIEF DI SINAI

Daerah Sinai jika dilihat melalui lakaran peta bentuknya seperti pulau tiga segi membujur ke selatan. Keluasan dataran Sinai ini melangkaui  61 ribu km² dan diapit oleh dua Teluk utama iaitu Suez dan Aqabah.

Sebenarnya kawasan dataran Sinai ini bukanlah mempunyai apa-apa khazanah harta galian kerana ianya dikelilingi oleh batu-batu kelikir jalan, padang pasir menguning dan gunung-gunung batu yang bisu. Namun bisunya Sinai terselit ratusan cerita sejarah zaman berzaman.

Sejarah menyaksikan bahawa bumi Sinai pernah menjadi medan pertelagahan dan peperangan besar antara Mesir dan Negara-negara sekitarnya. Bahkan ia pernah dijajah sebanyak lebih kurang 15 kali semenjak berlalu era pemerintah Mesir kuno.

Penjajahan terakhir pernah dilakukan oleh Israel, akan tetapi berjaya dibebaskan semula oleh tentera Mesir sewaktu perang Oktober 1973. Tarikh keramat ini menjadi cuti umum setiap tahun di seluruh perlembahan Nil.[1]

Kami warga Malaysia yang menuntut di sini juga turut sama merasa tempias cuti pembebasan Sinai dan Suez.

Antara monumen perang tinggalan Israel di Sinai ialah kubu Panaroma Berlief. Iaitu destinasi pertama jelajah Sinai kami. Kerana itu saya tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk menyelinap masuk ke serata kubu besi dan merakamkan gambar di segenap jihat.

Puncak kubu kami daki, lorong-lorong rahsia di dalam tanah kami jejaki, parit-parit besi kami lalui dan segala macam objek ketenteraan cuba diteliti.

Saya tergamam sejenak melihat besarnya meriam bedilan yang tersadai di bawah kubu. Itulah kali pertama sepanjang hidup di dunia saya melihat meriam sebesar itu. Entah manusia mana yang meninggal dunia terkena bedilan ganas peluru meriam tak bermata tinggalan Israel.

Cukuplah serangan sadis Israel ke atas penduduk Palestin sehingga kini menjadi bukti pembantaian dan kecelakaan yang menimpa umat Islam. Bayangan kehancuran rumah kediaman, percikan darah pekat dan mayat bergelimpangan seolah-olah bermain di kotak minda. Jiwa teramat berang mengingati hal ini. Kejam!

Selain meriam, terdapat tinggalan barangan Israel lain seperti pakaian tentera, topeng gas, ubat gigi colgate, senapang, mesingan, topi, bendera bintang berbucu enam dan pelbagai jenis kelengkapan ketenteraan yang lain.

Saya bersama Akmal terus mendaki puncak kubu melalui anak-anak tangga yang disediakan. Terdapat dua patung firaun hitam yang sengaja didirikan menuju laluan ke puncak. Motif pembinaan, tidak saya ketahui sehingga kini.

Teropong di puncak kubu menjadi perhatian saya dan rakan-rakan. Dari kedudukan itu kami mampu melihat deretan kapal-kapal yang berlayar di sepanjang Terusan Suez. Tentu sekali teropong ini juga pernah digunakan suatu ketika dulu untuk mengintip tentera Mesir di sempadan hujung sana.

CAMPUR TANGAN ULAMA’

Riwayat sejarah menceritakan bahawa kubu yang terdapat di Panorama Berlief itu sangat kuat dan kukuh untuk ditembusi oleh pihak Mesir. Berkali-kali tujahan peluru dihamburkan, namun tidak memberi  sebarang kesan untuk menggugat kedudukan musuh.

Cerita ini bertambah menarik dan ajaib! Terpaku selincam mendengarnya.

Kubu ini akhirnya berjaya dirampas kembali oleh kerajaan Mesir pada tahun 1976M atas nasihat ulama’ Mesir ketika itu. Kaedah tawanan kubu yang disyorkan ialah hanya dengan menggunakan semburan air!

Kaedah yang menyebabkan logik akal menyangkalnya. Tetapi itulah hakikat kebenarannya!

Maksud hadis: Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” (H.R Ahmad)[2]

Ingat, ulama’ itukan pewaris para anbiya’.

4:26PM, 2 Januari 2010

Siberbay, Tanta.

[1] Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh, Cairo.

[2] 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam), Khazanah Banjariah.

Kami Terlibat Kemalangan Di Suez
Selama saya tinggal di Siberbay, Tanta bermula tahun 2006 sehingga kini boleh dibilang dengan jari kadar kemalangan jalan raya yang berlalu bermula Suq Gumlah/Agizi/Mahattah Keretapi sehingga ke penghujung Mahattah Siberbay.

Seingat saya kemalangan yang pernah berlaku di depan mata ialah sewaktu saya menaiki bas beberapa ketika dahulu pulang ke Siberbay. Di suatu persimpangan jalan, kelihatan sebuah lori membawa muatan buah limau terbabas ke gigi jalan sehingga menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan raya. Ada pula kelibat manusia yang mengambil kesempatan merasa limau percuma.

Berkelanalah ke serata pelusuk daerah Mesir, hakikatnya anda sukar untuk menemui tiang lampu isyarat di persimpangan jalan raya. Mereka lebih gemar menggunakan bunyi hon dan lampu sebagai wasilah komunikasi di atas jalan raya. Jangan tak percaya, bunyi hon yang pelbagai itu juga mempunyai makna tersendiri.

Ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kemalangan Di Sempadan Suez

Usai menunaikan solat subuh di sebuah perhentian, kami seramai lebih kurang 40 mahasiswa Al-Azhar, Tanta terus bergerak untuk meneruskan perjalanan ke selatan Sinai. Kabus begitu tebal menyelubungi udara. Putih dan sejuk.

Sehinggakan saya perlu menanggalkan cermin mata kerana kabus yang mengaburkan pandangan mata.

Kelihatan deretan lori trailer muatan berat turut berhenti di perhentian itu. Sempat saya bergambar sebelum bas mula bergerak ke destinasi.

“Qudus, enta tolong ambil gambar ana kejap..” Pinta saya.

“Okeh.. boleh.”

Saya terus membetulkan selendang tebal di bahu dan baju sejuk tebal. Hawa dingin terasa mencucuk-cucuk ke tulang hitam.

“Uih gambar nampak bintik-bintik putih..” Qudus melihat semula gambar yang diambil.

“Sebab kamera pixel tinggi, jadi sharp nampak kabus bintik-bintik..” Kata saya. Kamera digital jenama Olympus itu saya pinjam dari seorang sahabat. Waktu itu belum miliki kamera digital Canon.

“Ohh, kamera pixel poweer..” Sambungnya sambil tersengih menampakkan gigi yang tersusun kemas. Semenangnya beliau pemurah dengan senyuman.

Kami terus segera naik ke atas bas semula. Perjalanan diteruskan.

Melihat suasana yang begitu kabur itu hati saya jadi tidak tenteram. Bimbang berlaku sesuatu diluar sangkaan. Tambahan pula bas yang dipandu Ammu arab begitu laju membelah manik-manik kabus putih. Samar berbalam-balam apabila melihat lorong highway yang merentasi padang pasir gersang di hadapan.

Saudara Firdaus, selaku Pengarah program Jejak Ke Selatan Sinai 2007 berdiri berhampiran pemandu bas. Beliau bersuara dengan corong mikrofon yang telah disediakan.

“Ok, di kesempatan ini kita nak ta’aruf sorang-sorang sahabat supaya lebih mengenali..” Kata beliau ketika memberi ucapan muqadimmah.

Tiba-tibaa…

“Strrreeeetttt!!!” Bunyi geseran brek yang begitu kuat kedengaran.

Firdaus terpelanting ke hadapan sedikit.

Saya cuba memanjangkan leher dan mendongak apa yang berlaku di hadapan. Kelihatan sebuah lorong panjang berhenti secara tiba-tiba di hadapan. Dada saya kencang berdebar.

“Ah sudahh!”

Pemandu cuba menekan brek mengejut. Tayar tidak kuat untuk mencengkam tar jalan raya kerana diselaputi kabus basah. Bas terus membelok ke kanan jalan.

“Dummm!!!” Bunyi dentuman kuat meremukkan objek di hadapan. Rakan-rakan ada yang menjerit bila mendengar dentuman itu. Ada yang terjaga dari tidur dan terpinga-terpinga kepeningan.

Sebuah kereta Hyundai berwarna biru lembut sedikit remuk akibat hentaman dari belakang. Bas diberhentikan segera. Pemandu bergegas turun sambil menjerit-jerit kemarahan. Begitu juga pemandu kereta Hyundai itu turut keluar dan berlaku pertelingkahan antara kedua pihak.

Saya terkesima sebentar. Terkejut. Jeda.

Sedang diam tanpa bicara, tiba-tiba kawan di belakang menjerit menyuruh agar kami memandang ke sebelah jendela kiri. Sebuah lori panjang turut terbabas ke kiri jalan kerana mengelak dari merempuh kenderaan di hadapan. Lori itu terperosok masuk ke pepasir sahara.

Saya mengurut dada tanda terkejut kali kedua.

Akibat kerana terlalu lama mereka berbalah, saya dan beberapa orang rakan cuba turun daripada bas. Mujurlah campur tangan polis meredakan suasana yang genting.

Kesempatan yang ada saya terus mengambil beberapa keping gambar kenangan. Rupa-rupanya peristiwa kemalangan hari itu melakar sejarah pahit kerana beratus-ratus kenderaan termasuk beberapa buah ambulan terlibat sama.

Akhbar keesokan harinya menyiarkan laporan bahawa lebih kurang 800 buah kenderaan terlibat dalam kecelakaan ngeri itu.

Selesai pertelingkahan, kami terpaksa berpatah balik ke Tanta kerana lesen pemandu dirampas polis. Hampa dan memenatkan.

Tujuh jam perjalanan tetapi akhirnya berpatah balik begitu saja. Namun syukur kerana Allah menjaga kami daripada terlibat kemalangan jalan raya pada hari itu.

Sungguh, memori itu sudah saya bungkus kemas di kantung jiwa selama-lamanya.

Apa yang pasti semenjak peristiwa hari itu, hati selalu tidak tenang bias-bias fobia bila duduk dibahagian hadapan berdekatan pemandu. Ya, arab bangsanya sangat berani hatta ketika memandu laju masih mampu menyelit di celah-celah kesesakan.

Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia

Saya terasa loya bila terlihat keadaan mangsa kemalangan. Ianya begitu ngeri itu ditafsirkan ke dimensi fikir.

Saban tahun bermacam ops yang telah dijalankan oleh pihak JPJ dan Polis Traffik. Namun peningkatan kematian dari semasa ke semasa langsung tidak melihatkan kadar penurunan mendadak. Tambahan pula semenjak munculnya makhluk bernama ‘Mat Rempit’ di persada lalu lintas negara menyukarkan lagi statistik ini diturunkan.

Sumber statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

“Kalau jumpa mat rempit excident tak payang tolong dia.. biar!” Marah seorang Pak Cik suatu ketika seolah-olah geram melihat kelibat anak-anak muda yang tak sayang nyawa.

Saya selalu merenung realiti yang berlaku ditanahair. Termasuklah hal ehwal kemalangan yang meruncing dewasa ini.

Apakah ini berpunca sikap dan cara fikir masyarakat melayu ketika memandu?

Persoalan ini membuatkan daya fikir terus menaakul sebuah induksi. Fikiran menerawang ke pelusuk negara-negara maju dunia kini. Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah.. Adakah mereka mengalami masalah yang sama seperti Malaysia?

Mahu mengatakan bahawa Malaysia tidak mempraktikkan sistem pembelajaran ketika mengambil lesen adalah tidak relevan. Saya sendiri mengakui untuk mendapatkan sebuah lesen kenderaan seperti motosikal dan kereta adalah sukar. Rasa berdesing telinga akibat kata-kata panas pegawai JPJ sewaktu ujian jalan raya lesen D dulu masih segar diingatan.

Pokok pangkalnya ia adalah berpunca daripada sikap kita. Buktinya, berapa kerat pemandu yang mampu mengikut teori secara bizzab di dalam kaedah pemanduan berhemah?

Belajar pusing stereng mengikut teori buku hendaklah menggunakan dua belah tangan, tetapi bila praktikal setelah mendapat lesen di jalan raya hanya sebelah sahaja tangan memutar stereng. Sebelah lagi pegang puntung rokok sambil mata mengenyit anak dara!

Kata iklan televisyen, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

Kata Allah SWT pula dalam firman-Nya:

“Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (An-Nisa’: 29)

12:32 AM, 16 Julai 2009,

Siberbay, Tanta.