Header image

User ******** has used up 80.1% of his/her bandwidth and 84.4% of his/her allocated disk space.

Ini emel yang saya terima daripada pihak serverfreak. Mereka mengingatkan saya bahawa blog saya sudah hampir kehabisan ruang untuk bulan Mei 2010. Perkara ini jika dibiarkan khabarnya boleh menyebabkan blog saya menjadi berat untuk loading.

Justeru bagi sesiapa yang mengalami masalah itu, sila beritahu saya untuk dibuat penilaian. Saya mengharapkan respon dari pembaca semua.

Namun begitu, ada perkara yang lebih merunsingkan saya daripada masalah itu sebenarnya. Apa yang bermain di kotak fikiran saya, adakah perkara ini boleh diselesaikan dengan menaik tarafkan hosting kepada yang lebih mahal? Oh, sukar sekali.

BANDWIDTH YANG KEHABISAN

Bila cerita tentang bandwidth, sebenarnya ia juga mempunyai kaitan mengapa saya tidak dapat mengemaskini blog dengan persembahan artikel-artikel baru sekerap mungkin

“Sebab habis bandwidth internet.” Kata seorang teman

(more…)

“Salam.. ustaz, lama tak online… banyak kerja ke ustaz? Kenapa blog ustaz tak boleh buka ye? Keluar cpanel? ….” Soal Mohd Fadzli.

“Salam, bukan.. saya harini 9/11/2009 baru boleh online di rumah.. alhamdulillah. Bila saya buka blog, dah kena banned sebab tak bayar.. ada masalah kewangan sikit. Tak dapat nak bayar hosting blog.” Jawab saya.

“Qoo.. macam tu ke. Tak dapatla kami semua nak mendapat tazkirah dari ustaz….” Balasnya kembali.

“Salam ustaz.. kenapa FaridRashidi.Com sudah tak bisa dikunjungi ya?” Tanya seseorang pula.

Semuanya bertanyakan hal yang sama dalam tempoh beberapa minggu yang lalu. Susah untuk menjelaskan, memandangkan ketika itu talian internet belum dipasang.

(more…)