Kami tiba di Mator Kaherah (Lapangan terbang antarabangsa Cairo) lebih kurang jam 12:30 malam setelah bertolak daripada Tanta Gharbiah selama 2 jam perjalanan. Suasana lapangan terbang itu kelihatan masih lengang dari kesesakan pengunjung. Kebiasaanya ia penuh dan sesak.
“Luas dan cantik lapangan terbang baru ni..” Bisik saya sendiri.
Lapangan terbang baru itu baharu saja siap dibina menggantikan yang lama. Ianya lebih luas, selesa dan canggih berbanding sebelumnya. Nyaman hasil hembusan air-cond.
Seusai mengangkut barang ke atas troli, saya bersama ahli bait dan Zulkarnain memasuki ruang menunggu. Zulkarnain pulang bercuti setelah setahun setengah mendiami bumi Badhawi dan menjadi teman serumah. Atas kapisiti itu, saya bertanggungjawab untuk menghantarnya pulang.
Kami selesa menunggu di ruang kerusi yang disediakan. Kelibat pelbagai bangsa adalah pemandangan biasa jika statusnya international.

