“Hari tu ada seorang akhawat kita naik bas kat Kaherah, lepas tu ada laki arab mark dia.. Tiba-tiba waktu nak ganggu tu tersilap target, terkena kepada seorang ustaz melayu yang kebetulan ada dalam bas tu..” Cerita Sulaiman membuatkan kami rasa geli hati.
Saya tersenyum. Zuhdi dan Ibrahim turut mendengar bersama.
“Kawan ana hari masa nak mai Tanta, dia naik bas lepas tu berhimpit-himpitlah.. Kebetulan ada Makcik arab nak dekatnya, waktu lalu dia tak pusingkan badan mengadap tempat lain, jadi bergeserlah. Makcik tadi langsung marah dia sampai malu, satu bas dengaq!..” Sulaiman menambah lagi, ceritanya membuatkan kami tak mampu menahan ketawa.
Astaghfirullahal Azim.
Sememangnya wanita Mesir sifatnya mudah berang terutamanya jika melibatkan soal gangguan seksual. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri seorang wanita Mesir menengking lelaki yang tidak sengaja tersentuh kepalanya.
Namun, ada sesuatu yang lebih merunsingkan saya berbanding cerita itu.

