Posted on 02-02-2010 | By: Farid Rashidi |
Category : Aktiviti, Diari Penulis, Fakta Umum, Jejak Kembara, Suhuf Sejarah, Tazkirah
Tags: Firaun, Israel, Jelajah Thursina, Panorama Berlief, Perang Oktober Mesir, Republik Arab Mesir, Sinai, Terusan Suez
Deruan enjin bas mengaum garang. Bas yang memakai tanda nama Mercedes itu merangkak agam memasuki sebuah kawasan. Kelihatannya persis kem tentera yang gah menjaga perbatasan. Sekitarnya dikelilingi pepasir kuning yang luas saujana mata memandang.
Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela bas. Sejurus kemudian kedengaran lantunan suara musyrif kami mengisyaratkan bahawa sudah tiba di destinasi lawatan.
Destinasi pertama selepas melalui Terusan Suez ialah kawasan yang digelarkan sebagai Panorama Berlief. Sememangnya ia adalah sebuah kubu kem tentera tinggalan tentera Israel yang menjadi tugu memorial penting kepada Negara Republik Mesir. Punya kisahnya tersendiri.
Kaki menapak perlahan bersama segerombolan mahasiswa Tanta yang lain diiringi dua orang lelaki anggota keselamatan Mesir. Mereka berdua mengenakan pakaian tentera berceloreng hijau dan sedikit kekuningan – segak bergaya.
Saya menarik nafas sebentar. Udara nyaman pagi itu disedut melepasi rongga trakea. Segar dan mendinginkan.
Serpihan musim syita’ masih berbaki ketika jelajah sinai 2007 itu berlangsung. Saya mengenakan pakaian sadri dan jaket kulit hitam bagi menutupi badan dari kedinginan menggila. Ia bagaikan mengigit tulang dan segenap rongga tubuh.
Continue Reading
Lebih kurang jam 11 malam, saya bersama Ibrahim bertolak ke Suq Gumlah. Suq Gumlah merupakan sebuah stesen perhentian untuk menuju ke destinasi luar daerah yang lainnya. Destinasi kami pada malam itu ialah untuk menuju ke Shibin El-Kom. Sebuah daerah seperti juga daerah-daerah lain republik Mesir.
“Rah fin?” Soal seorang pemandu ketika kami berjalan meninjau kenderaan yang akan bertolak ke Shibin El-Kom malam itu.
“Shibin..” Jawab saya.
“Musy maugud hena, entu gai ila agizi..” Lelaki tadi memberitahu bahawa supaya ke Agizi pula untuk mendapatkan kenderaan ke sana. Kami akur.
Lalu kami segera bergegas ke Agizi kerana malam sudah hampir kemuncaknya. Bimbang jika kelewatan tidak ada kenderaan yang mahu ke sana. Seperti biasa, malam-malam di musim saifi seolah-olah bercahaya. Hiruk pikuk suasana kota tak terhenti selagi fajar sadiq belum menampakkan diri. Selagi azan subuh tidak beralun kedengaran. Masing-masing kepanasan dan tidak tenteram untuk melelapkan mata walau sekejap. Lagipun masa putaran malamnya juga terlalu singkat.
Continue Reading
Posted on 14-11-2008 | By: Farid Rashidi |
Category : Diari Penulis
Tags: Indonesia, Mesir, Republik Arab Mesir, Universiti Al-Azhar
Seperti hari-hari biasa. Saya memulakan langkah seawal fajar sadik mula memancarkan cahaya seakan putih sinarannya. Niat di hati sudah terpaut kemas. Hari ini mahu menyelesaikan tugas. Sudah seminggu rasanya menanti, namun tetap saja ada alasan yang menghalang dari selesai.
Saat hayunan langkah perjalanan selama 10 minit itu mata tidak diam memerhati setiap jihat. Sesekali memandang ke bawah, terkadang melihat panaroma sekeliling. Seawal pagi-pagi begini biasanya jalan-jalan utama masih sunyi sepi dari bunyi deruan motokar. Hanya jentera-jentera berat, lori kecil dan himar berkeliaran ke sana ke mari. Jentera-jentera berat itu biasanya akan turun ke kawasan pertanian seakan sawah bendang. Hasil muatannya bergantung kepada musim yang dilalui.
Sampai juga akhirnya ke gerbang indah berdebu. Di atasnya masih utuh tulisan khat Universiti Al-Azhar, Tanta. Setelah sekian lama, hampir 5 bulan sunyi sepi dari hiruk pikuk galau suara mahasiswa kini kembali menjalankan operasinya. Tanpa berlengah, saya terus ke matlamat yang dituju. Iaitu membayar yuran kuliah.