Header image

Petang itu seperti hari-hari biasa tetapi berlaku sedikit peristiwa luar biasa. Saya menyandarkan tubuh di dinding bilik asrama kolej melepaskan lelah. Rakan sebilik ada yang terlelap keletihan dan ada yang keluar. Bilik kecil itu mampu memuatkan empat orang pelajar. Turut mendiami bilik itu ialah Ridwan, Zaidi dan Azrul.

Tiba-tiba lamunan saya terhenti bila terdengar bunyi ketukan pintu bertalu-talu memanggil. Saya bingkas bangun menyahut panggilan. Terkelibat seorang lelaki muda memegang topi keledar muncul.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

“Boleh tak tolong terangkan dalam blog tentang fidyah bulan Ramadhan.” Tanya seorang blogger inginkan kepastian.

“Insya’Allah..” Jawab saya ringkas. Tidak mahu memberikan jaminan memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai masa untuk menulis tentangnya.

“Saya nak tahu pasal cupak fidyah yang wajib dibayar jikalau tinggalkan puasa Ramadhan..” Persoalan yang telah lama tertangguh untuk dijawab.

Qadha’ dan Fidyah Ramadhan

Qadha’ adalah berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud tunaikan ataupun bayaran. Dengan kata lain, mengqadha’ diertikan sebagai menunaikan sesuatu yang tertangguh.

Manakala Fidyah pula ialah bermaksud tebusan, atau penebus sesuatu. Kadar fidyah yang wajib dibayar ialah satu cupak (bersamaan 600 gram) makanan asasi untuk satu hari yang ditinggalkan.

(more…)

“Agar ramadhan kita diterima, maka kenalah jaga hubungan silaturrahim..” Kata Khatib memberi khutbah jumaat serta mengingatkan para jemaah yang hadir.

“Yang pertamanya, kita perlu ikhlas dalam beribadat, seterusnya menjaga solat, membaca al-Quran, menjaga hubungan silaturrahim dan hubungan antara kedua ibu bapa..” Sambung Khatib lagi membuat kesimpulan di khutbah yang kedua.

Berapi-api kata-kata Khatib melontarkan khutbah kepada para hadirin. Body language jelas terpancar pada setiap gerak-gerik Khatib menunjukkan bahawa mereka golongan yang petah berpidato. Lancar ucapan, kuat hafalan.

Tidak ada hadirin yang berteleku menahan kantuk. Masing-masing seakan diinjek suntikan motivasi hebat.

Sirah baginda Rasulullah SAW terus menerpa ke relung jiwa. Saat baginda berkhutbah suaranya lantang dan lancar, matanya menzahirkan semangat yang berkobar-kobar.

(more…)