Header image

 

“Sayang, selamat hari lahir sayang. Sayang tahu, ini adalah kali pertama kita menyambutnya semenjak kahwin.” Saya memandang redup wajah isteri saat malam menyambut hari kelahirannya. Cahaya samar-samar menembus masuk ke bilik.

Dia terdiam. Saya terkedu.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Dunia ini sangat unik. Allah SWT ciptakan dunia disertai pelbagai ciptaan mengagumkan mata memandang. Realiti yang tak mampu disangkal lagi. Permukaan bumi tidak diciptakan khali saja, bahkan ada makhluk manusia melata dan haiwan-haiwan merata-rata.

Diciptakan-Nya asal sesuatu kejadian itu tidaklah sia-sia. Bila wujud makhluk manusia dan haiwan, lantas Allah SWT menjadikan sumber makanan buat mereka hidup. Hatta cacing di dalam lubang gelita juga punya rezeki sendiri. Inikan manusia yang mampu berbicara, yang bijak berfikir tentang alam semesta serta mampu bertindak menggunakan anggota dan pancaindera.

(more…)

“Duit ni kalau boleh beli kitab..” Cadang Doktor Azhar. Beliau menghulurkan cek bernilai rm500 kepada saya sebelum tiba di Mesir.

Saya hanya diam mengangguk. Ayah turut menyetujuinya. Doktor Azhar merupakan kenalan ayah sewaktu sama-sama menuntut ilmu di India suatu ketika dahulu. Kini, beliau mempunyai beberapa buah Poliklinik di sekitar daerah negeri Kedah.

“Bukan apa, beli kitab tak habis, kalau beli makanan (atau benda) lain habis cepat..” Pesannya lagi.

Saya simpan kemas pesanannya. Tahun pertama saya berada di Mesir, saya telah menunaikan permintaannya. Maka atas dasar itulah rak-rak buku saya dipenuhi beraneka kitab turath (klasik) dan muasarah (moden) yang ditulis oleh ulama’ silam dan masa kini. Hampir LE10,ooo harga harta saya itu.

KITAB ITU HARTA SAYA

Buku pertama ketika saya tiba di ibukota – Kaherah, ialah kitab Nihayatul Sul Syarah Minhaj al-Wusul ila Ilmul Usul, Qadhi Nasiruddin al-Baidhawi dan di syarah oleh Jamaluddin Abdul Rahim Ibn Hasan al-asnawi. Turut dibeli ialah kitab Nizham as-Siyasah fil Islam oleh Doktor Abdul Aziz Izzat al-Khayyat.

“Kitab nihayatul sul digunakan oleh al-Azhar.” Cadang Yamin (salah seorang rakan di Kaherah) ketika belum dihantar ke muhafazah Tanta.

(more…)

“Dibolehkan menjadi pelacur jika dalam keadaan darurat.” Kata lelaki A.

“Tidak dikenakan had jika dipaksa zina/rogol.” Kata lelaki B.

Jika dilihat sekali imbas tanpa penelitian, seakan sama bunyi petikan kata-kata itu. Keterpaksaan untuk melakukan perzinaan.

Berhenti dulu. Sila baca dan renung dahulu situasi antara keduanya. Wujudkah perbezaan antara keduanya? Jawapannya, wujud dan berbeza sama sekali hukumnya.

Menjerumuskan diri ke dalam lembah perzinaan atau dengan bahasa kasarnya, menjadi pelacur lalu menggunakan wang tersebut untuk sara diri dalam kehidupan adalah HARAM sama sekali. Tidak ada alasan untuk menggunakan kaedah darurat akibat ketiadaan kerja mahupun tertekan hidup kerana tidak mempunyai wang.

Jelas. Mari kita teliti pula masalah kedua. Ini bukan masalah sexual harassment semata-mata, tetapi masalah dipaksa zina. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika dipaksa zina ataupun istilah masyhurnya ‘Dirogol’? Perkara ini juga terkandung di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah di bawah tajuk ad-Darar Yuzal.

(more…)

Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut الضرورة يزال merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:

لاضرر ولاضرار

Bermaksud: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan

Terbit pula beberapa kaedah cabang daripada kaedah besar di atas. Antaranya bakal saya terangkan di bawah tajuk kecil kemudharatan khusus dan umum.

Tegasnya, kemudharatan khusus itu sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian, kadangkala kemudharatan itu datang dengan lebih berat, adakalanya lebih ringan dan ada pula secara sama.

(more…)