Header image

Mister.. Ya Misterr!!” Jerit pegawal keselamatan berbaju putih dengan nada suara yang agak tinggi.

“Hah sudah.. dia nak check barang agaknya” Bisik saya sendiri.

Saya tolak perlahan-lahan beg kargo menuju ke meja berhampiran tempat pemeriksaan bagasi. Ibrahim dan Azilan mendahului saya di hadapan. Mereka berbual-bual dengan pegawal yang bertugas. Kelihatannya pegawal tersebut begitu tegas. Beg kami digeledah oleh mereka.

Pegawal itu memberi amaran kepada kami bertiga kerana membawa muatan bersama Habbatus Sauda’. Dahi saya memercik keringat tidak keruan. Hati berdengup kencang. Kami terpaksa membayar denda kerana membawa pil Habbatus Sauda’ berkenaan.

“Pil ini tak boleh bawa dalam kargo..” Katanya lagi.

(more…)