Posted on 14-12-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Bicara Semasa, Fakta Umum, Fiqh Islami, Isu Semasa, Wacana Ilmiah
Tags: Alat Kelamin, Aurat, Aurat mughallazah, Doktor, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, O&G, Obstetrik dan Ginekologi, Pelajar Perempuan, Pelajar Perubatan, Pesakit, Sakit Puan, Sakit Tuan, W.H.O
Suatu malam rumah saya didatangi beberapa orang mahasiswa dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.
“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidanan (wanita bersalin)?” Saya cuba menduga.
“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susah.. contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak beranak susahla doktor perempuan nak tolong..” Jawabnya.
Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevan di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjamah cucur panas-panas begini.
“Lagipun doktor lelaki jadi dah biasa dah macam tu (sudah mangli melihat aurat wanita ketika mahu bersalin, tidak bernafsu lagi)..” Sambungnya lagi.
Continue Reading
Posted on 29-07-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Uncategorized
Tags: Al-Azhar, Pelajar Perempuan, Pelajar Perubatan, Seksi
Kami tiba di Mator Kaherah (Lapangan terbang antarabangsa Cairo) lebih kurang jam 12:30 malam setelah bertolak daripada Tanta Gharbiah selama 2 jam perjalanan. Suasana lapangan terbang itu kelihatan masih lengang dari kesesakan pengunjung. Kebiasaanya ia penuh dan sesak.
“Luas dan cantik lapangan terbang baru ni..” Bisik saya sendiri.
Lapangan terbang baru itu baharu saja siap dibina menggantikan yang lama. Ianya lebih luas, selesa dan canggih berbanding sebelumnya. Nyaman hasil hembusan air-cond.
Seusai mengangkut barang ke atas troli, saya bersama ahli bait dan Zulkarnain memasuki ruang menunggu. Zulkarnain pulang bercuti setelah setahun setengah mendiami bumi Badhawi dan menjadi teman serumah. Atas kapisiti itu, saya bertanggungjawab untuk menghantarnya pulang.
Kami selesa menunggu di ruang kerusi yang disediakan. Kelibat pelbagai bangsa adalah pemandangan biasa jika statusnya international.
Continue Reading
Posted on 12-03-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Aktiviti, Diari Penulis
Tags: Al-Azhar, Pelajar Perubatan
Bahtera belayar meredah samudera
Mula pelayaran paksinya bintang
EMINENT ’09 kembali menyatu saudara
Bertaut kasih resah menghilang
Program Mega EMINENT Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) kembali menjengah tiba pada tahun ini. Bermula 8 mac 2009, program ini membuka lembaran baru warga Tanta kerana Berjaya menggabungkan mahasiswa/wi dari kalangan Pelajar perubatan dan Al-Azhar. Pelayaran satu kapal memuatkan pelbagai penumpang itu sudah tentu memberikan ketumbukan yang padu serta jitu untuk merealisasikan sebuah ikatan perpaduan bermula dari akarnya.
Pada tahun ini, saya sekali lagi mendaftarkan diri sebagai peniaga di Bazar EMINENT ’09 untuk sama-sama mengimarahkan program tahunan DPMT. Di samping itu, saya juga diberi taklifan sebagai Timbalan Pengarah Penerbitan, lalu membuatkan setiap detik hari-hari yang dilalui begitu berharga untuk terbuang begitu sahaja.
Posted on 11-02-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Diari Penulis
Tags: Mahasiswa Azhar, Pelajar Perubatan
Jalan raya dua laluan menuju ke Bandar Tanta kelihatan sesak dengan kenderaan lalu lalang. Bunyian hon terus menerus membingitkan telinga memecah kesunyian. Corong telinga saya sudah mangli mendengarnya. Kereta kami menyusuluri jalan Said Nawi menuju terus ke Awal Bahr.
Sesampai di persimpangan jalan Awal Bahr saya menyuruh Hassan memberhentikan kereta sekejap. Mahu ke Bank Ahli mengambil sedikit ongkos. Sebelum itu kami telah pun singgah di Sorofah Abu Dhabi. Pakcik Zaini menukar wang lebih kurang USD3+++ buat modal membeli peralatan.
Sebenarnya pada hari itu saya dibawa oleh seorang sahabat saya Hassan, dari Kaherah. Hassan sebagai pemandu kereta datang bersama Pakcik Zaini datang untuk menguruskan hal urusan pembelian alatan rumah untuk pelajar perubatan. Pakcik Zaini selaku wakil agen kendalian syarikat berpusat di Malaysia. Memandangkan Hassan mengajak untuk temankan beliau serta menjadi musyrif pada hari itu. Saya tidak keberatan ikut serta.