Faridrashidi.Com » Mesir

Penangan ‘Orang Dalam’
‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA

Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.

Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.

Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.

Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).

Kata-kata Wahsyi selepas membunuh Musailamah al-Kazzab begitu menarik perhatian saya:

“Aku telah membunuh sebaik-baik orang dengan lembingku ketika aku menentang Islam. Kini, dengan lembing yang sama, aku telah membunuh sejahat-jahat orang yang menentang Islam”

‘ORANG DALAM’ DI ANDALUSIA

Kisah ini masih segar bermain di saraf minda. Al-Fadhil Ustaz Zaidin, pensyarah matapelajaran Tarikh Islami pernah membahaskannya secara terperinci suatu ketika dahulu. Dan kini, baru disedari.

Siapa tidak pernah mendengar nama indah Andalusia? Sebuah empayar yang mempunyai kota Cordova atau dalam istilah arabnya al-Qurtubah. Begitu juga dengan kota Granada. Indahnya tak terhenti di situ, ianya diserikan lagi dengan pembikinan istana al-Hamra.

Namun, ianya tak kekal lama. Penampakkan timbunan puing-puing akhirnya terserlah dek penangan ‘orang dalam’ yang rakus mengejar pangkat dan kuasa.

Kisahnya bermula ketika Bani Ahmar memegang tampuk pemerintahan Andalusia – sebuah wilayah yang dibuka oleh Tariq bin Ziyad. Kesannya, empayar Andalusia semakin menguncup dan akhirnya hanya memegang sekitar kawasan Granada sahaja.

Sumber sejarah menyatakan bahawa ia berlaku kerana perebutan kuasa. Ia disebabkan oleh Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta ditunjukkan oleh bapanya. Lantas berlaku pemberontakkan yang mengakibatkan kematian bapanya sendiri. Akan tetapi takhta pemerintahan itu tetap saja tidak menyebelahi Abu Abdullah, bahkan beralih pula kepada Muhammad ibn Sa’ad.

Akibat ketidakpuasan hati yang memuncak, Abu Abdullah membuat perancangan dengan membentuk kerjasama antara Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Walaupun rampasan itu berjaya, Abu Abdullah hanya menduduki takhta dalam jangkamasa yang singkat.

Masakan tidak, Si kafir Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sudah tentu ingin mengambil haknya. Akhirnya Granada dan kerajaan Islam di Andalusia tumbang di tangan pihak tentera salib.

Kecerdikan yang memakan diri. Terkubur dengan kerakusan kuasa selama-lamanya.

‘ORANG DALAM’ DI KOTA SERIBU MENARA

Mesir dan al-Azhar juga tidak terlepas dari pencerobohan empayar penjajah barat. Namun begitu, taktik yang ditunjukkan oleh kolonial penjajahan Perancis sedikit berlainan.

Kolonial Perancis yang diketuai oleh Napolean Bonarparte memainkan peranan muslihatnya secara halus. Beliau telah berpura-pura memeluk agama Islam lalu berlagak memuji keagungan ketamadunan Islam. Konon-kononnya dengan cara keji itu beliau mampu memikat para syeikh-syeikh al-Azhar dan kalangan penuntutnya ketika itu.

Rencana beliau di bawah rancangan La Politique Musulmane De Bonaparte disebar-sebarkan agar jarum halusnya lebih menusuk ke dalam hati dan jantung umat Islam diperlembahan Nil. Malah beliau juga berbaik-baik dengan empayar pemerintahan Uthmaniyyah ketika itu.

‘Orang dalam’ atau tali barut penjajah Perancis iaitu Murad dan Ibrahim turut digunakan agar cengkaman emperialisme lebih kukuh. Hakikatnya, penduduk Mesir sangat bencikan kedua-dua tokoh ‘orang dalam’ itu kerana kezaliman dan kekejaman yang dilakukan.

Institusi al-Azhar tidak mendiamkan diri setelah kebusukan bertopengkan kebaikan ini melata-lata. Pemberontakan yang dipimpin oleh Syeikh Sadat, ahli majlis ulama’ syura al-Azhar bersama 15 ribu tentera berjaya  membunuh Jeneral Dybury dan ketua tentera Perancis bernama Clybeer.

Mengalami kegagalan tidak bererti menemui kekalahan. Sikap kewalahan ditepis ke tepi – kebenaran dan kejayaan akhirnya berjaya menghenyak kemunafikan dan kekufuran ke dalam selut kehinaan.

HARGA SEBUAH KEMUNAFIKAN

Ceritera yang saya bawakan di atas bukanlah omongan kosong ataupun kisah Israeliyyat yang dikutip di gigi-gigi jalanan, tetapi ianya sebenar-benar kejadian masa silam.

Bahkan terdapat puluhan versi ceritera lain berkait rapat penangan ‘orang dalam’. Bagaimana kejatuhan Turki Uthmaniyyah, juga di sebabkan orang dalam – Si Bapa sekular Mustafa Kamal at-Tarturk. Kelancaran serangan Jepun ke tanah Melayu, serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq dan pelbagai lagi kisah baik dulu dan sekarang.

Orang dalam sangat memainkan peranan besar sebagai suatu senjata sulit yang berbahaya. Kata orang tua-tua, “Diam-diam ubi berisi”. Walaupun diam, tetapi kesannya amat efektif dan mengesankan!

Hatta mahu menjatuhkan sesebuah organisasi syarikat juga lebih muda jika orang dalam turut menyertai misi. Pernahkah kita mendengar kes pegawai bank melesapkan wang ringgit bersama penjenayah berprofil tinggi?

“Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran Yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa Yang ada Dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (Wahai Muhammad): “Ejek-ejeklah (seberapa Yang kamu suka), Sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa Yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)” (At-Taubah: 64)

Ingat, taktik ini kerapkali digunakan musuh menghancurkan ketumbukan kesatuan Islam. Mari lihat orang-orang disekeliling kita, perhatikan dan teliti. Apakah mereka ‘orang dalam’ yang diperkatakan?

Atau kitakah diantara mereka? Islahlah hatimu, jika tercalit rasa DENDAM dan DENGKI agar tak terhalang sebuah kebenaran!

Rujukan: Al-Khulafa’ ar-Rashidun, Doktor Mustafa Murad, Kuliah Dakwah Jami’ah Mesir. Mendekati Ulama’ Dan Para Wali Allah Di Mesir, Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab al-Idris al-Linggi. Kertas Kerja Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan, Dr.Mohd Roslan Mohd Nor.

1:50AM, 13 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.

Bible Bukan Kalam Allah?
Kitab-kitab yang berjilid itu kami himpunkan di satu tempat. Saya ditugaskan untuk menjaga keseluruhan kitab selapas penat berjalan dan memikul beban kitab Majallat Syariah – himpunan Jurnal Kuwait dan kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu – karangan Dr. Wahbah Zuhaili. Mahu patah bahu mengangkat kitab-kitab yang mencecah puluhan kilogram itu. Mujur rakan-rakan turut sama menghulurkan bantuan. Alfu syukran buat Ahmad (warga Mesir), Firdaus, Ibrahim, Helmi dan Sulaiman.

Sedang saya duduk bersendirian di atas kerusi berhadapan Maktabah Darus Salam sambil menunggu teman-teman membeli kitab, saya didatangi oleh seorang pemuda arab Mesir. Beliau memberikan salam dan terus duduk di sebelah saya.

“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumsalam” Saya menjawab lalu memalingkan wajah ke arahnya. Saya hanya mendiamkan diri sambil tangan ligat menekan pepunat telefon bimbit. Cuba melayari internet menggunakan aplikasi telefon bimbit sedia ada serta melihat perkembangan pengunjung ke blog Faridrashidi.Com (FRC).

“Enta dari mana, Indonesia?” Setelah beberapa ketika duduk di sebelah kanan saya, dia memulakan pertanyaan. Pertanyaan yang lazim ditanya oleh masyarakat Mesir yang lain.

“Tak, saya dari Malezi.” Saya terus menjawab tanpa ragu-ragu. Sudah terkenal masyarakat Mesir dengan sifat peramah. Pantang diajak berbual, pelbagai topik pasti menjadi perbincangan.

“Malezi Ahsan nas.” (Orang Malaysia manusia yang baik)

“Mesir Ummu Dunya.” Saya membalas kembali pujiannya. Dia kelihatan tersenyum ceria mendengar pujian itu.

“Di Malaysia kamu berbahasa apa?”

”Saya berbahasa Malaysia, iaitu bahasa melayu.”

“Kamu boleh berbahasa arab ya?”

“Ya, bolehlah sikit-sikit terutama arab fushah.”

“Di sana apa akidah (agama) kalian?” Pemuda Mesir itu semakin rancak mengemukakan soalan demi soalan.

“Yakni deen?” Saya mengerut kening tanda kurang jelas.

“Na’am.”

“Agama kami agama Islam dan terdapat juga agama lain seperti Buddha, Hindu, Cina dan Kristian. Mungkin lebih kurang 60% Islam dan selebihnya 40% non-muslim.”

“Mengapa kamu beli kitab ini?” Beliau melihat timbunan kotak-kotak kitab yang tersusun di sebelah saya. Saya akui, jika dicampur keseluruhan kotak-kotak kitab saya dan teman-teman hampir memenuhi  separuh van biasa.

“Sebab saya mahu dan ini ilmu.. di dalamnya (Fiqh Islami) membahaskan tentang ilmu fiqh, hukum-hukum.” Jawab saya sambil mata memerhati sekeliling kawasan Ma’rad kitab. Kehadiran pengunjung yang membuatkan ianya begitu terkenal sehingga kini. Kedatapan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa. Para rahib Kristian berpakaian jubah hitam dan berantaikan salib besar kelihatan mengunjungi kotak-kotak bazar yang teratur di sepanjang jalan. Tak terlepas mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ialah para Pensyarah dan Syeikh keluaran al-Azhar.

“Kamu belajar di mana?” Beliau terus mengajukan soalan.

“Saya seorang mahasiswa al-Azhar – Tanta.”

“Kamu ambil kursus apa?”

“Syariah Islamiyyah.” Jawab saya ringkas.

“Apa yang kamu pelajari tentang Syariah Islamiyyah, tentu kamu tahu tentang aqidah agama lain?

“Di dalam syu’bah Syariah Islamiyyah, saya belajar berkaitan syariat Islam, hukum hakam, fiqh-fiqh semasa. Tentang aqidah agama lain saya tahu sikit-sikit, mungkin jika belajar Usuluddin perbincangan soal aqidah agama lain lebih daqiq (detail).”

“Kenapa kamu mengetahui agama-agama lain?” Persoalan ini membuatkan saya terfikir sesuatu. Tetapi masih belum bersedia untuk menyoalnya kembali.

“Saya tahu agama lain kerana ianya adalah ILMU, saya boleh menjawab sebarang persoalan agama dan non-muslim jika ditanya dan tahu agamanya.”

“Kenapa kamu datang belajar di al-Azhar?”

“Kerana al-Azhar sudah terkenal semenjak dahulu lagi sebagai tempat menuntut ilmu – Universiti tertua di dunia. Al-Azhar juga terdapat ramai ulama’ terkenal.”

“Kamu agama apa? Masehi atau Islam?” Soal saya tanpa berselindung setelah bertubi-tubi di tanya tentang Islam dan pengajian. Serasa pelik dengan lontaran persoalan yang ditujukan kepada saya. Saya mengesyaki sesuatu. Sewajarnya saya harus tahu siapa dia.

“Saya beragama masehi (Kristian).” Jawabnya terus terang. Memang benar sangkaan saya padanya. Selama berjumpa dengan pemuda Mesir beragama Islam, saya tidak pernah sama sekali disoal bertubi-tubi begitu. Seolah-olah mahu menguji atau juga ingin tahu secara mendalam.

Jawapan mengenai status agamanya membuatkan saya sedikit mengigil kesejukan. Entah mengapa tiba-tiba angin yang berdesir sedari tadi semakin menyucuk dan menyelinap masuk ke rongga badan. Saya meniup tangan dan menggeselkan antara tangan kiri dan kanan – sedikit melegakan. Walaupun saat itu panahan mentari petang agak terik, namun tak memadamkan kesejukkan itu. Terik mentari lalu menempiaskan cahaya jingga ke wajah sehingga kedua belah mata cuba dikenyitkan. Kesilauan.

Bukan kerana takut berdepan dengannya, tetapi apa yang menakutkan saya ialah dibimbangi saya tidak mampu menjawab persoalannya. Bahkan ini mungkin boleh mengundang fitnah di kemudian hari.

Perbincangan kami diteruskan.

“Adakah injil (Bible) itu satu?” Latas terpacul persoalan kepadanya sambil membetulkan kedudukan dan mengadap ke arahnya. Tidak adil jika saya membiarkan dia menguasai pertanyaan demi pertanyaan.

“Apa yang kamu faham tentang injil?” Pemuda Kristian itu cuba mengelak  bagi menjawab persoalan. Dia turut mengajukan persoalan kepada saya.

“La, kamu harus jawab soalan saya dulu baru saya jawab soalan kamu.” Saya bertegas mahu jawapannya. Riak air mukanya kelihatan berubah. Senyumnya juga semakin kelat.

“Baik saya jawab.” Akhirnya dia akur dengan kehendak saya.

“Injil hanya ada satu kitab sahaja.” Tegas beliau.

“Limaza hakaza? Injil laisa wahdah faqad, (Kenapa begitu? Injil bukan satu sahaja. Injil banyak bilangannya. Banyak cetakkannya, antaranya versi Matthew, Lukas, John. Apa yang saya faham dari pembacaan kitab dari penulisan seorang Syeikh (Syeikh yang dimaksudkan saya ialah Syeikh Ahmed Deedat), Injil bukan kalam Tuhan. Kerana Injil telah diseleweng oleh penulis yang menipu. Di dalam Injil menceritakan bahawa David yakni Nabi Daud a.s telah berzina sehingga melahirkan keturunan Yesus iaitu Isa al-Masih. Bagaimana seorang Nabi boleh berzina?” Saya menjawab lantas memulangkan paku buah keras kembali kepadanya.

Bible Matthew (1: 6) menyebut: “Dan raja Daud telah  melahirkan Sulaiman melalui isteri Uriah.”

Lihat pula dalam Samuel II, fasal 11 yang menceritakan Daud merampas isteri Uriah dan berzina dengannya.

Dalam perbahasan lain buku ‘Adakah Bible Kalam Tuhan?’ menyebut bahawa:

Asalnya di dalam Acts (2:30) mengatakan: “Sesungguhnya Jesus merupakan hasil terulung daripada sulbi (benih keturunan) Daud.”

Kelihatan wajahnya sedikit cemas. Dia juga turut mengesahkan Injil yang saya sebutkan, tetapi tidak ada jawapan yang tepat mengenai bilangannya.

“Penulisan mengenai Nabi Daud a.s ataupun David di dalam Injil itu mungkin tersilap tulis. Dan kalau Nabi Daud a.s telah berzina, dia mungkin telah bertaubat kepada Allah SWT selepas melakukan perbuatan itu.” Jawabnya sambil memandang ke lantai kaki lima. Saya tenung gelagatnya.

Gelak hati kecil saya apabila mendengar jawapannya. Betapa keraguan yang dialami berjaya menerbitkan kecelaruan jawapan dan fakta.

“Bila penulis-penulis Injil itu hidup?”

“Mereka hidup ketika zaman Nabi Isa a.s.” Sekali lagi beliau melakukan kesilapan fakta dalam berbicara.

“Tidak, di dalam Injil menyebut bahawa mereka hidup beratus-ratus tahun selepas kematian Nabi Isa a.s.” Jawab saya. Tiada tindak balas drastik darinya. Saya sedikit lega.

Saya merujuk kepada penulisan Syeikh Ahmed Hoosen Deedat di dalam bukunya: “Pendapat mengatakan Matthew adalah pengarang kitab Injil Matthew tidak benar kerana Matthew yang dianggap pengarang Injil ini hidup 300 tahun selepas kewafatan Nabi Isa.”

“Kamu lebih tahu dari saya.” Dia memuji saya kerana berjaya menjawab persoalannya dan menceritakan pula berkaitan isi kitab Injil.

“Tidak, kamu sepatutnya lebih tahu dari saya, sebab kamu beragama Kristian.” Balas saya.

“Jika Nabi Daud a.s berzina, sedangkan dia nabi utusan Allah – apa hukum baginya?” Saya cuba menguji dengan mendatangkan soalan-soalan yang direka sendiri. Dengan persoalan pelik itu sebenarnya kita mampu mempertahankan hujjah kita dan mematahkan hujjah musuh dengan singkat. Tanpa banyak bicara.

“Dalam agama Kristian hukum zina adalah rejam.”

“Bagi kami yang beragama Islam, syariat Islam menetapkan bahawa hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin disebat sehingga seratus rotan.” Jawab saya. Dia turut membetulkan kesilapan saya dalam berbahasa arab. Ternyata, dia bukan seorang pemuda yang langsung tidak tahu apa-apa pengetahuan.

“Apa yang kamu faham tentang kalimah LAILAHAILLALLAH?” Soalnya inginkan kepastian.

“Saya memahami bahawa kalimah itu ialah kalimah tidak mensyirikkan Allah. Sesungguhnya mensyirikkan Allah SWT adalah dosa besar. Kalimah itu sambungannya ialah MUHAMMADRURASULULLAH. Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT menjadi pesuruh Allah SWT. Itu kalimah syahadah.” Sengaja saya menyebut kalimah itu menjadi sempurna kerana menurut kefahaman saya, orang Kristian memang mengakui Allah SWT adalah Tuhan mereka, tetapi mereka seakan menafikan kenabian Rasulullah SAW.

Saya terus melihat reaksinya, mana tahu dia ingin mengulang kalimat itu menjadi LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH . Saya merenung jauh dalam ke kornea matanya. Dia tetap tidak menyebut kalimah itu sepenuhnya. Jika dia mengucapkan kalimah agung itu, kemungkinan besar dia telah menjadi muslim!

Sekali lagi soalan berkenaan dengan makna Injil ditanyakan kepada saya. “Ma ma’na Injil?” Pelik sekali, mengulang soalan yang sama walau sudah terjawab. Apakah ini salah satu strategi dia untuk mendapatkan kemenangan dalam berhujjah?

Kali ini saya diam, dan saya kembali bertanya kepadanya. “Apa makna kitab Injil?”

“Injil ialah khabar kegembiraan.” Jawabnya ringkas. Saya terus menulis kata-katanya di atas kotak kitab. Mahu meneliti secara lanjut berkenaan maknanya.

“Kenapa kamu tulis?”

“Sebab saya mahu mencari maknanya, mahu bertanya kepada syeikh-syeikh kami dan mahu membaca berkaitan dengannya. Ia adalah ILMU baru bagi saya.”

“Bagus.”

“Ismak eh? Ma ismuka?“

“Ana Muhammad Farid. Enta?”

Diakhir perbualan dan perbincangan, dia memperkenalkan dirinya. “Ana Wa’id bin Jamil.” Katanya dia datang dari sebuah daerah di selatan Mesir. Tempat yang bernama Aswan – tempat di mana terdapat ma’bad patung-patung Firaun besar dan kesan peninggalannya dahulukala. Jauh perjalanan ke Aswan memakan masa hampir sehari perjalanan menggunakan keretapi.

Berakhirlah sebuah perbualan dan pertemuan yang mengujakan. Begitu menguji minda dan pancaindera! Allahhu Rabbi.

SYUKUR

“Kalau enta tak tahu jawab mungkin dia akan persoalkan sehingga boleh kufur kepada Islam.” Jawab Ahmad setelah saya menceritakan peristiwa yang berlaku itu.

“Jika enta boleh jawab, dia akan terus lari.” Sambung beliau lagi. Saya turut menyetujuinya.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana nikmat Islam dan Iman masih melingkungi diri. Allah SWT menjaga diri ini, memelihara dari sebarang dakyah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah atas secebis ilmu yang diberikanNYA. Moga selama-lamanya di atas landasan kebenaran, landasan yang sama dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para ulama’. Peliharalah kami Ya Allah.

Tak terbayang bagaimana ketika saat itu saya langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang agama saya sendiri. Nescaya amat mudah diratah musuh tanpa mendongak ke atas lagi. Barangkali hanya mampu diam dan terus diam membatu atau membiarkan mereka persoalkan sehingga menimbulkan kekeliruan yang panjang.

Justeru, saya menyeru pada teman-teman seperjuangan di luar sana, persiapkanlah dirimu dengan apa jua bekalan. Usah dibiarkan kosong tanpa pengisian. Dibimbangi mudah musuh merobek jantung dan hatimu hingga kelelahan. Percaya, perkara ini tak terhenti dan akan terus berjalan selagi mana bumi tidak bertemu titik noktah. Selama mana putaran bumi tak terhenti dek kiamat yang tiba.

Majalah ‘Awake’ keluaran ke-8, September 1957, halaman 13, ianya memuatkan satu kenyataan kontroversi yang mengungkapkan di sana terdapat 50 000 kesalahan di dalam Bible.

Ironinya, walau apapun lantunan bicara. Injil asal ketika era Nabi Isa a.s adalah benar dan Bible kini bukan kalam Allah!

5:31PM, 4 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

Musim Kubis Besar!
“Da bikam?” (Ini berapa) Tanya saya.

“Enta aiz dah?” (Kamu mahu ini) Soal lelaki Mesir berusia dalam lingkungan 50-an itu kembali.

“Dah mutawasit, ana aiz kabir..” (Kubis ini sederhana, saya mahu yang besar) Jawab saya sambil membelek-belek timbunan sayur kubis yang diletakkan di atas kereta tarik keldai. Penjual itu lalu mengambil kubis yang lebih besar. Sebesar monitor komputer 17 inci.

Saya mengangguk tanda setuju. Sejurus kemudian harga ditetapkan. Saya membayar LE3.00 kepadanya.

“Tahlak dah..” (Potong ini) Saya menyuruh lelaki itu memotong lebihan daun kubis agar lebih kemas. Jika tidak, tentu susah untuk membawanya pulang.

“Mumkin genih wa nush?” (Mungkin LE1.50) Pinta saya.

“La, itnin genih illa rub.” (Tidak boleh, LE1.75) Jawabnya.

Selain sayur kubis, saya turut membeli bunga kubis yang juga agak besar. Harga pada asalnya ialah LE2.00, tetapi saya meminta agar harga dikurangkan sedikit menjadi LE1.75.

Suasana pasar hari jumaat itu begitu sesak dan riuh. Pelbagai jenis sayuran mentah dan buah-buahan turut dijual. Keseluruhan hasil pertanian segar kebanyakkannya baru diambil dari ladang-ladang berhampiran. Terdapat juga ikan-ikan beku yang dibawa masuk dari negara luar misalnya ikan tuna Jepun dan sardine India. Pada hari itu, ikan keli dan tuna menjadi pilihan saya.

“Yallah.. Tamatin begenih! Tamatin begenih!” (Mari, tomato LE1.00) Seorang penjual wanita menjerit-menjerit memanggil pelanggan sambil bertepuk tangan. Gema suaranya menerjah ke corong gegendang telinga pembeli. Wanita sebaya umur itu kelihatan berpakaian seperti arab badawi gurun sahara.

Saya mengerling ke kiri dan kanan melihat perkara yang mahu dibeli.

Usai membeli, saya terus menggerakkan kaki keluar dari keripuhan belantara manusia itu. Menyelit di celahan manusia yang majoritinya adalah wanita itu (hampir 90% adalah wanita berada di pasar) memerlukan kudrat bukan sedikit. Sambil tangan membawa beban barangan, mata dan gerak tubuh perlu lincah menyelit demi mengawal pergerakan.

Hati-hati dan berjaga adalah perkara utama. Pernah suatu ketika saya dirempuh seorang Mak Cik Arab – momentum tolakkannya membuatkan saya hampir terpelanting ke tepi. Kuda-kuda kaki seharusnya perlu dicengkam pasak ke bumi sekuat mungkin.

Itulah rutin hari Isnin dan Jumaat, jika punya kelapangan kami pasti turun ke Suq Siberbay (Pasar Siberbay) untuk membeli keperluan isi rumah harian. Tanpa kereta, tanpa motorsikal mahupun basikal, hanya membawa badan dan tulang empat kerat. Bermalasan bererti hilang gizi makanan berkhasiat!

SUSHI KUBIS

Pernah suatu ketika saya ditanya rakan arab, bagaimana kami warga Malaysia memasak Kubis.

“Menggoreng dibuat sayur atau dimakan mentah (sebagai ulam)” Itu jawapan saya.

Saya tahu, cara mereka memasak sayur Kubis adalah sedikit berlainan dan merumitkan.

“Duduk dulu.” Ahmad bersuara menuturkan patah kata bahasa Malaysia. Beliau mampu berbual beberapa perkataan bahasa Malaysia walaupun tidak sempurna tatabahasa dan ayatnya. Sepanjang mengenali beliau, kami banyak bertukar-tukar perkataan baru. Adakalanya dia bertanyakan maksud kalimah bahasa Melayu kepada saya, dan begitulah sebaliknya.

Itu adalah satu method menguasai bahasa asing. Tidak lokek untuk bersuara, tidak malu untuk bertutur, tidak segan untuk bertanya dan tidak terasa bila ditegur kesalahan bahasa.

Saya mengikut katanya. Beliau menghidangkan hidangan sushi Kubis versi arab Mesir selepas ulangkaji pelajaran. Kubis itu digulung seperti kuih popia dan terdapat nasi minyak sapi di dalamnya. Rasanya juga lazat.

“Kaifa ta’mal hakaza?” (Bagaimana cara membuatnya) Tanya saya.

“Ana musy arif, ummi ya’mal keda.” Beliau tidak tahu ramuan Kubis gulung tersebut memandangkan makanan itu dibuat oleh ibunya.

Lain budaya lain ragamnya, saya bersyukur atas nikmat mengecapi kelainan ini.

KEPELBAGAIAN MANUSIA

Walaupun kita daripada rumpun berbeza, cuaca berlainan, geografi tidak sama, ini tidak bererti manusia harus bertindak meminggir diri. Bahkan kepelbagaian watak itulah sebenarnya menceriakan kehidupan manusia. Bertukar-tukar sesuatu yang baru dan berinteraksi adalah pengetahuan berguna agar kelangsungan maklumat bertambah dari hari ke hari. Itulah rencam dunia.

Lihatlah dunia, jika ufuk timur redup, ufuk barat pula berdesir damai, jika atmosfera sejuk membungkam, atmosfera selatan pula pijar disimbah mentari. Demi Allah, Inilah suatu keagungan ar-Rahman dan ar-Rahim!

Misalnya di Mesir apabila tiba musim sejuk – Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan (kubis, sawi) dan buah-buahan (strawberi, limau) segar agar metabolisme tubuh diperkuat, begitu juga bila musim panas menguasai – terbit pula hasil buah-buahan berlainan (anggur, kurma, tin).

Bahkan tanahair tercinta hakikatnya juga begitu, lihat saja apabila tiba musim buah-buahan. Beraneka buah seperti durian, rambutan, langsat, dokong, manggis akan tumbuh. Memakannya secara sederhana memberikan kesihatan berguna, jika berlebihan sakit pula datang tak diundang.

Justeru, tak terpalit rasa kepelikkan kenapa sayur-sayuran mereka bersaiz besar. Fikirlah!

10:44AM, 30 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.

Lurus Dan Rapatkan Saf!
Saat berdiri tegak untuk bersolat jema’ah bersama masyarakat Mesir, saya seringkali ditarik mereka untuk merapati dan meluruskan saf. Suatu ketika saat setahun jagung di bumi ini, seringkali termangu-mangu sendiri memikirkan maksud melurus dan merapati saf.

Pergilah bersembah sujud di mana-mana masjid serata Mesir, samaada masjid itu bernama Masjid Sayyid Badawi, Masjid Syaikhah, Masjid Amru Bin Asr, Masjid Sultan Hassan ataupun Masjid Imam Bushairy yang letaknya di utara Mesir, semua jema’ahnya serupa. Yakni dalam kefahaman konteks lurus dan rapatkan saf.

Semakin lama melihat, mengaji dan mengkaji barulah tahu kedudukannya.

Kefahaman masyarakat Mesir mengenai meluruskan saf – rapatkan kaki dan menyamakan kedudukan ibu jari kaki antara satu sama lain bukan mengikut tumit sebagaimana masyarakat nusantara.

Manakala kita, memahami bahawa tumit itu harus disamakan – meluruskan berisyaratkan belakang tumit tanpa melihat ibu jari kaki.

Adakah ini sesuatu yang membingungkan?

Tidak, pada saya kira-kira matematik untuk merumuskan persoalan ini simple sahaja. Tidak perlu berhari-hari memberatkan kepala semata-mata mencari jawapan kepada furu’ (cabang) masalah fiqh ini. Saya jadi teringat jawapan Syekhuna, Syeikh Nuruddin Banjari al-Makki.

Sewaktu tunduk bersimpuh di hadapannya, Syeikhuna pernah ditanya akan persoalan di atas. Bagaimanakah yang kedudukan lurus sebenarnya, walhal masyarakat Mesir berlainan cara dan masyarakat Malaysia pula berlainan.

Jawabnya, mengikut tumit di belakang kaki itu lebih lurus berbanding ibu jari kaki. Kalau ikut ibu jari, tentu saja ada yang panjang kakinya dan ada yang pendek. Sudah pasti bengkak-bengkok dan tidak sama. Bertepatan pula dengan hadis Baginda SAW:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

KAMI BUKAN BERADA DI MALAYSIA

Usah pertikaikan hal ini sehingga mengundang bencana. Masalah bukan letaknya pada permasalahan furu’ kerana ulama’ kabir mazhab yang empat lebih terbuka dan berlapang dada ketika bertembung masalah khilaf di kalangan mereka. Masalah itu sebenarnya terletak kepada kejahilan kita dalam mentadbik hukum.

Bagi saya kini yang sedang merantau di bumi Mesir, akan mengikuti cara jema’ah mereka bersolat. Jika lurus mengikut ibu jari kaki, maka saya turut melakukan seperti mereka. Tidak ada dosanya di sisi syara’. Yang menjadi dosa apabila timbul pertelingkahan sehingga mengundang murka Allah.

Begitu juga dalam permasalahan lain seperti membaca doa qunut, berwirid selepas solat, zikir secara sendirian dan pelbagai masalah furu’ lainnya.

PERSOALAN

“Sampai pada satu topik – bertemu bahu.  Ustazah cakap, jarak antara seorang makmun dengan makmun biarlah ada ruang sekadar sejengkal kerana memberi ruang pergerakan sewaktu solat.  Kalau bertemu bahu, sewaktu tahiyat akhir, masing-masing terduduk di atas kaki kawan di sebelah apalagi lagi orang perempuan yang bertelekung bergerak-gerak… selalunya terduduk orang di sebelah hingga terteleng kepala menahan cekang (tegang) kain yang telah tersepit dengan makmun di sebelah.

Selalu terjadi bila berjema’ah, cakap saja rapatkan saf.. masing-masing tarik menarik merapat untuk bersentuh bahu.  Kata ustazah, memberi ruang bukanlah seluas celuih (muat) seorang masuk…”

Ini soalan yang saya terima. Sudah terperap lama di kotak emel. Barangkali jika dinisbahkan pada ikan, sudah menjadi ikan pekasam yang lazat.

Mari kita lihat hadis Baginda SAW tentang saf dalam solat:

Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, kita hendaklah merapati saf dan jangan dibiarkan ianya kosong kerana dibimbangi syaitan mengisi ruang itu. Seandainya membiarkan syaitan mengambil tempat, bermakna mudahlah baginya merencana rancangan agar solatnya gagal khusyuk 100%. Bahkan baginda juga berpesan kepada kita seandainya berjaya menjaga saf penuh akan diganjari ganjaran besar:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

Justeru, menjadi kewajipan ketika mahu mendirikan solat kita segera merapatkan antara satu sama lain agar terjauh ganggu syaitan dan mendapat ganjaran yang dijanjikan.

Jika terjadi seperti keadaan di atas, maka sewaktu ketika mahu ruku’, sujud dan tahiyyat renggangkanlah sedikit agar anggota badan bebas bergerak menyembah ilahi. Merapatkan di sini bukanlah sehingga memudharatkan makmum sebelah (tertarik telekung dan sebagainya), dibimbangi menganggu khusyuk pula. Manakala sewaktu berdiri, rapatkanlah bahu sesama bahu dan kaki di antara kaki. Sabda Baginda SAW lagi:

Maksudnya: Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah telah bersabda: “Rapatkanlah saf-saf kamu, hampirkanlah (jarak) di antara saf-saf, samakan dengan tengkuk-tengkuk (tubuh badan) kamu.”

Semoga sedikit sebanyak terjawab persoalan yang dilontarkan.

DAPATKAN SAF PERTAMA

Kebanyakkannya masyarakat melayu ketika menunaikan solat jema’ah samaada di surau ataupun masjid, hal merapatkan sah jarang dipraktikkan. Mereka hanya lebih mengguna pakai perkataan ‘lurus’ berbanding rapat. Ruang antara jema’ah boleh diisi dengan seekor kambing dewasa. Ini perlu diberi perhatian kembali.

Begitu juga ketika hendak menunaikan solat, kita lebih gemar mengambil tempat di belakang berdekatan pintu – kononnya mudah untuk keluar cepat. Jarang ada yang berebut saf pertama. Sedangkan jika kita teliti sabda Baginda SAW , pasti ianya berbeza dengan apa yang diamalkan:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kepada mereka yang duduk di saf pertama.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Usah lengah, bersegeralah maju ke hadapan!

HIKMAHNYA

Melurus dan merapatkan saf itu sebenarnya mempunyai hikmah yang signifikan untuk difikirkan bersama. Ianya seolah-olah simbol persaudaraan dan ukhuwwah dikalangan umat Islam. Ia bukan simbol kepada sebuah perpecahan. Kekuatan barisan umat Islam dilihat mampu menggerunkan musuh, bahkan mampu menumbangkan kuasa-kuasa besar.

Hentikanlah pertikaian masalah furu’ (cabang) sehingga bermasam muka, mari melebarkan senyuman, ayuh rapatkan saf demi membina sebuah ketumbukan!

9:41PM 23 Muharram 1431H/9 Januari 2010M,

Siberbay, Tanta.

Rumahku Bukan Syurgaku
Sememangnya aku akui, di rumahku aku langsung tiada mendapat ketenangan. Rumah aku tidak disinari cahaya iman. Aku sesak dada berada di rumah sebenarnya. Aku juga rasa berbeza bila berada di rumah. Apabila di rumah, aku tiada kekuatan untuk beribadah. Tidak seperti berada di tempat lain. Sebab itu aku tidak mahu ada orang yang mengunjungi rumahku. Aku tidak ingin kemungkaran itu dilihat.

Aku sedihlah, mak dan abah aku jadi macam ni. Abang aku pula sudah membawa diri. Adik-adikku tidak mendengar kata. Aku suruh solat tapi mereka tak nak. Mak aku pula tak tegas langsung nak suruh mereka solat. Aku manusia biasa. Aku kadang-kadang lemah dan berputus asa. Begitu jerihnya berdakwah. Kita mesti kuat. Nak berdakwah pada keluarga sendiri pun aku tak kuat, bagaimana aku nak berdakwah terhadap orang lain?

Ini adalah merupakan salah satu daripada beberapa emel yang saya terima. Sudah sekalian lama ianya terperap di dalam kotak emel, namun baru semalam saya sempat memberi balasan.

Maafkan saya atas keterlewatan.

Membaca urutan masalah yang diutarakan oleh pengirim emel membuatkan saya berfikir satu perkara.

PEMIMPIN SOLEH, PENOLONGNYA SOLEHAH

Perkara inilah yang bermain dalam fikiran saya setelah membaca keseluruhan masalah. Kata pengirim, masalah bermula dari Datuk dan Nenek. Dia menyalahkan Datuk Nenek kerana tidak memberikan didikan agama secukupnya kepada anak-anaknya. Maka lahirlah Ibu dan Ayahnya yang tidak mengerti apa itu amal ibadah dalam Islam.

Bagaimana mahu beribadat sedangkan kita tidak mengenal siapa Tuhan kita?

Islam amat menitik-beratkan soal agama dalam kehidupan seharian, setiap perkara, setiap perbuatan pada asasnya wajib bergantung kepada Azza Wajalla. Lantas agamalah yang menjadi pedoman untuk hari-hari mendatang.

Seawal membina bait muslim, pada dasarnya pemilihan calon mestilah menepati piawaian yang ditetapkan oleh Islam. Sekiranya individu merupakan batu-bata yang paling penting untuk membentuk sesebuah masyarakat, maka keluarga pula ialah salah satu sel yang paling penting untuk menghidupkan asas tersebut. Justeru, bagi membina sebuah keluarga yang kuat fizikal dan rohaninya ia memerlukan kepimpinan yang mengenal siapa Allahhu Jalla Wa’ala. Itulah akidah yang dituntut.

Tanpa Allah SWT, jiwa-jiwa manusia pasti menjadi kosong, suram dan resah gelisah. Hidup sehari-hari tiada bermatlamat. Air muka wajah selalu saja gundah gulana, bagai ada sesuatu yang menghenyak diri.

Jika di tanahair, para juru bina membina bangunan dengan memacak cerucuk-cerucuk besi yang kuat sehingga mencecah beberapa meter ke bawah permukaan bumi. Arkitek dan engineer berusaha keras melakar pelbagai sudut seni beni agar ianya mampu bertahan lama sehingga bertahun-tahun walaupun dihentam pelbagai karenah alam. Begitu juga di Mesir, ketika membina bangunan para pekerja binaan akan membina lapisan konkrit sebelum mendirikan sesebuah bangunan.

Saya umpamakan ibu bapa seperti cerucuk besi, lapisan konkrit, tiang seri untuk membina sebuah keluarga Islam, bait muslim. Andai tiang dan akarnya tidak kukuh, kemuncuknya hanya menanti hari untuk roboh. Usah dipersalahkan pada angin dan hujan yang menghentam, kerana mereka melaksanakan tugas putaran alam.

Firman Allah SWT:

“(Mereka berkembang biak sebagai) satu keturunan zuriat yang berasal dari sesetengahnya yang lain.” (Ali Imran: 34)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan telinganya terpotong?”

Apabila lahirnya seorang manusia di dunia, ia seolah menghadirkan sekeping kain putih untuk ibu bapa mewarnainya. Terpulang kepada ibu bapa mahu mengukirkan lukisan samaada abstrak, pemandangan ataupun bercorak vector batik. Jangan salahkan kehodohan hasil corak jika tangan yang melukis itu ‘cakar ayam’.

MENCARI SYURGA

Terdetik rasa kasihan melihatkan nasib anak-anak yang menghadapi kehidupan seperti itu. Terkadang mereka sebenarnya mencari syurga, tetapi ibu bapa itu sendiri yang menghantar nereka kepada mereka.

Apa yang boleh saya perkatakan kepadanya, jika mahu terus mencari syurga itu, seharusnya keluar mendekati para ilmuan dan agamawan. Moga dengan mendekati mereka, anda akan mendapati segugus mutiara yang selama ini terpendam dalam. Moga tarbiyyah mereka memberikan ketenangan buat hati yang lara. Insya’Allah.

Agar kelak mampu membina RUMAHKU SYURGAKU pula!

4:50PM, 18 Disember 2009,

Siberbay, Tanta.

Di Sebalik Firakh Masywi
“Jom beli Firakh seekor!” Pelawa Ibrahim usai mentelaah matapelajaran secara berkumpulan di rumah saya.

Saya lantas mengiyakan.

Biasanya pada waktu malam jarang saya memasak nasi beserta lauk-pauk. Tambahan pula apabila menghampiri saat-saat imtihan (peperiksaan). Cukuplah sepinggan nasi bersama sambal tumis ikan tuna beserta ulam-ulaman seperti timun, tomato dan gargir  buat mengalas perut yang berkeroncong.

Sebelah malam, andai kelaparan saya bersama ahli bait (rakan serumah) pasti akan memasak makorana, ataupun indomie sebagai juadah makan malam. Jika punya sedikit masa, tentu sekali restoran-restoran Pizza, Fatiroh , Kuftah  ataupun Firakh Masywi menjadi hala tuju kami.

Bagi pelajar Malaysia adalah susah untuk melupakan makan ruji seharian iaitu nasi. Acapkali bertandang mana-mana restoran Firakh Masywi, Aruz (nasi) tidak akan terkeluar dari menu permintaan kami. Firakh Masywi biasanya disediakan mengikut hidangan tertentu, saamada nus firakh (separuh ayam bakar), rubu’ firakh (satu perempat ayam bakar) ataupun seekor Firakh. Turut tersedia Shalatoh , Makholil , Thohinah  dan Khudor . Harga keseluruhan hidangan tersebut di sekitar Bandar Tanta sekitar LE10-LE30, harganya bergantung kepada juga sesetengah kawasan.

Namun begitu, amalan memakan beras arab secara tidak seimbang boleh menyebabkan berat badan meningkat mendadak beberapa kilogram!

MAKANLAH YANG HALAL LAGI BAIK

Pada hemat saya selain faktor baka keturunan, makanan juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran masyarakat arab Mesir. Mereka mempunyai saiz tubuh badan yang agak besar, tinggi serta kuat. Jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan masyarakat Asia tenggara yang kebanyakannya tubuh bersaiz kecil dan rendah.

Firman Allah SWT:

يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت مارزقنـكم واشكروا لله إن كنتم إياه تعبدون

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.” (Al-Baqarah: 172)

Makanan yang berkhasiat itu bukan sahaja halal, tetapi mempunyai kebaikan di dalamnya. Khasiat itulah yang menyumbang pelbagai vitamin untuk kekuatan tubuh badan. Allah SWT menyuruh manusia agar berusaha untuk mengusahakan makanan yang halal dan baik, nescaya kita tidak akan kekurangan makanan. Malah makanan yang berkhasiat itu juga mampu memberikan kekuatan untuk terus beribadah kepada Azza wajalla, lantas bersyukur dengan sebenar-benar syukur.

“Makcik arab berusia 50-an mampu memikul tong gas berisi penuh sendirian menaiki tangga ke rumah kami..” Cerita saya kepada masyarakat kampung sewaktu pulang bercuti ke tanahair.

Memerhati cara pemakanan mereka, tidaklah terlalu cerewet sebenarnya. Sarapan pagi mereka hanya beberapa keping roti e’ish, kacang ful, Tokmiyyah dan beberapa helai daun bawang ataupun gargir sudah memadai. Begitu juga menu makanan tengahari mereka, bagi golongan miskin dan sederhana beberapa keping roti e’ish cukup buat mereka bekerja sehingga ke petang, malah sehingga larut malam. Bagi kasta yang agak berada, masakan daging kambing bersos tomato, daging kebab panggang dan Firakh Masywi menjadi pilihan makanan seharian.

Selain itu, kaum arab kebiasaannya suka meminum susu sebagai makanan tambahan mereka. Pernah saya bertanya seorang rakan arab bernama Ahmad. Beliau menjawab, semenjak kecil lagi masyarakat arab sudah terbiasa minum susu kerbau segar. Jadi tidak mustahil berat badan beliau mencecah 100kg lebih. Masya’Allah! Hampir dua kali ganda berat badan saya.

Setelah tahu khasiatnya, saya juga pernah mencuba untuk minum susu kerbau segar yang dibeli rakan di Suq (pasar) Siberbay, namun tidak berupaya untuk menghabiskan segelas tanpa merebus terlebih dahulu. Terasa melekit di kerongkong dan sedikit berbau hamis.

KISAH FIRAKH MASYWI

Berbicara soal Firakh Masywi, teringat saya kisah ketika bersama seorang sahabat. Waktu itu kami baru sahaja selesai kuliah mingguan pengajian tafsir oleh Dr. Abdullah Syazili di Masjid Uthaifah, Medan Sa’ah, Tanta.

Sejurus kemudian, kami berdua terus menuju ke restoran Firakh Masywi berdekatan. Memandangkan sebelum ini saya pernah ke restoran tersebut,ternyata rasanya berbaloi walaupun harga sedikit mahal berbanding restoran yang lain.

“Ana aiz itnin rubu’ Firakh Masywi..” Pinta saya kepada pelayan restoran.

Pesanan dibuat tanpa melihat harga sebenar, 2 rubu’  Firakh Masywi dipesan bersama satu Makarona bil lahmi   dan beberapa keeping Roti Ei’sh. Tanpa berlengah kami terus menjamah makanan yang tersedia. Selesai makan, saya bersama Mahyuddin bertanyakan harga di kaunter untuk membayar hidangan makanan.

“Kam kullu?” Soal saya.

“Kullu wahid wa asyrin wa nush geneh…”  Saya mengeluarkan wang sebanyak LE20 lalu memandang ke arah Mahyuddin.

“Tak cukup duit.. ada duit tak?” Tanya saya kepada Mahyuddin.

“Ada LE1 ja nak buat tambang balik ni..” Jawabnya. Kami saling berpandangan. Kepala ligat memikirkan bagaimana untuk membayar harga makanan. Melihat pada papan menu dan harga makanan, jumlahnya tidak sampai LE19.

“Mungkin caj perkhidmatan atau harga makanan naik.. aduh, macammana ni.. moga-moga Allah SWT membantu kami.” Hati kecil saya berbicara sendiri.

Sedang dalam kebuntuan, kebetulan dua orang sahabat saya, Fairuz dan Hadiyuddin melalui jalan berhampiran restoran itu. Mereka ingin ke kedai menjual peluru senapang untuk berburu burung yang terletak di tengah-tengah lorong. Mereka menghulurkan beberapa keping wang untuk kami selesaikan baki bayaran.

Akhirnya kami pulang bersama memori yang mampu mengukir senyuman tatkala terkenang!

Gargir: Daun yang dibuat ulam-ulaman.

Fatiroh: Sejenis roti seperti roti canai tetapi cara masakannya melalui pembakaran dalam ketuhar.

Kuftah: Ketulan daging lembu atau kambing yang dibentuk bulat dan dibakar.

Shalatoh: Sayuran campuran mengandungi cuka, tomato, daun sup, timun, bawang dan cili besar. Seperti acar timun Malaysia.

Makholil: Jeruk masam mengandungi lobak merah, lada dan buah zaitun.

Thohinah: Kuah kacang berwarna putih ditabur serbuk lada hitam.

Khudor: Kuah sup bercampur ketulan kentang dan daging.

Rubu’ Firakh: Satu perempat daripada seekor ayam.

Makarona bil lahmi: Makaroni bakar bersama ketulan daging.

Minggu Pertama di Malaysia
“Di sungai petani ada satu money changer, boleh tukar duit kat sana” Cadang ayah kepada saya.

Keesokannya saya terus ke pekan Sungai Petani bersama abang untuk menukarkan wang tunai Mesir sebanyak LE750 kepada matawang ringgit Malaysia. Seperti yang dikhabarkan, sememangnya wujud beberapa buah kedai penggurup wang yang terletak di tengah pekan Sungai Petani.

“RM300..” Juruwang itu menghulurkan tiga keping wang kertas RM100 kepada saya. Saya kehairanan.

“Dia tak ada caj kah?” Tanya saya inginkan kepastian.

“Tak ada.” Jawab Juruwang berbangsa India itu.

“Jadi dia punya kadar RM1 bersamaan berapa?” Saya menyoal berbaur kehairanan.

“RM1 sama dengan LE1.50” Jawabnya lagi.

Saya mengambil wang bersama resit yang diberinya. Lalu terus menghitung kiraan berkali-kali demi mendapatkan kejelasan.

“Ish, sepatutnya bukan RM300 ni.. sebenarnya LE750 bersamaan RM500” Beritahu saya kepada abang yang sedari tadi berada di samping saya.

Lantas dia terus menghitung kiraan kembali. Ternyata bukan tukaran RM1 bersamaan LE1.50 yang diambil, tetapi LE2.25! Saya kembali ke kaunter pertanyaan bertanya kekeliruan yang berlaku.

“Kiraannya RM100 bersamaan LE40..” Jawabnya. Saya masih tidak berpuas hati dengan kiraan yang langsung tidak munasabah. Kami terus ke rumah Pak su yang terletak di Taman Sri Wang. Pak su mengenali pengurus syarikat money changer itu.

“Takpa, jom kita pi sekali lagi!” Kata Pak su. Beliau adalah berbangsa India muslim, dan sudah pasti bahasa tamil masih kekal diingatannya.

Kami kembali ke kedai money changer itu dengan harapan dapat merungkaikan masalah yang membelenggu. Pak su terus bertemu dengan pengurus dan juruwang yang melakukan transaksi matawang sebentar tadi. Mereka berbual dalam bahasa tamil menyebabkan saya dan abang hanya memerhati.

“Sebenarnya kami ambil dalam RM100 bersamaan LE50. Jadi bila muka tak kenai depa akan kira jadi LE40. Takpa, bagi jadi LE45..” Kata pengurus kedai itu sambil mengisyaratkan pekerjanya menambah nilaian matawang.

Konklusi

Pernah suatu ketika bekas Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar system mata wang disandarkan kepada nilaian emas, bukan Dollar Amerika. Perkara ini juga telah dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Faktanya, perkara ini telah lama dipraktikkan oleh Daulah Khilafah selama lebih kurang 1000 tahun. Matawang bukan dinilai berdasarkan wang fiat, tetapi bersandarkan kepada nilaian emas. Ini kerana nilaian emas itu sendiri sifatnya stabil.

Walaupun memperolehi lebih kurang RM300 lebih, namun ianya bukanlah penyelesaian sebenarnya. Penyelesaian tukaran wang mahupun apa-apa urusan jual beli jika terlibat dengan riba, sama sekali ia adalah di TEGAH SYARA’.

Adakah kita REDHA dengan sistem sebegini?

12:57 PM, 13 September 2009,

09200, Kupang.

1 Ramadhan Di Atabah
Azan zohor berkumandang di menara-menara masjid ibu kota Kaherah. Ada juga yang menggelarkan sebagai kota seribu menara. Penuh berceracak di setiap pelusuk tanah yang pernah dibuka oleh salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Amru Bin Asr r.a.

Masjidnya menjadi simbol kebanggaan bumi Afrika sehingga kini, bahkan selama-lamanya.

Kaki kami lemah melangkah di tengah kesesakan. Kesesakan yang tak pernah sunyi hatta di bulan Ramadhan sekalipun. Cuba menyelinap masuk ke celahan bazar. Kelihatan deretan gerai menjual pelbagai barangan termasuklah makanan. Atabah sememangnya sudah terkenal sebagai medan jual beli berkos rendah.

Pandai cakap, murahlah barangan.

“Dah tak ingat kat mana kedainya..” Jawab saya kepada Azilan.

Azilan dan Ibrahim terus masuk ke lorong mencari kedai yang dimaksudkan. Kedai dua tingkat itu menjual pelbagai jenis jubah dan pakaian.

“Dah bekam? Insya’Allah lau khamsin ana khudz arba’ah.” Kata saya sewaktu sessi tawar menawar membeli jubah. Akhirnya jubah berwarna putih berjaya dibeli dengan harga berpatutan.

Selesai membeli jubah, kami terus bergerak mencari masjid untuk menunaikan solat zohor dan berehat. Mencari masjid tidak sepayah mencari kedai jubah. Setiap celahan bangunan pasti ada sebuah masjid walaupun sebesar surau di kampung saya.

Seusai solat, kelihatan beberapa kelibat lelaki sedang berbual di suatu jihat. Salah seorangnya berkopiah al-Azhar.

“Jom kita jumpa syeikh dulu sebelum keluar.” Pelawa Azilan.

Saya menuruti.

Ibrahim dan Azilan memulakan bicara dalam ta’aruf sesaat. Syeikh mendoakan kesejahteraan kami bertiga. Alhamdulillah.. Adalah saat paling membahagiakan bila alim ulama’ mendoakan kebaikan. Mungkin doa mereka lebih mustajab tanpa hijab menghalang untuk terus ke hadrat Ilahi. Siapa tahu bukan? Allahu Rabbi.

“Insya’Allah, syeikh akan mendoakannya secara ghaib.. selepas solat fajar esok.” Kata seorang lelaki yang mendampingi Syeikh. Syeikh itu adalah salah seorang guru qiraat lulusan al-Azhar.

Bazar Minyak Atar

Hampir sejam berjalan, akhirnya kami ketemui deretan kedai menjual minyak atar/wangi di Atabah. Botol-botol tersusun rapi di kaki lima kedai. Bau wangian beraneka jenis menyusup masuk ke rongga deria bau.

Harum semerbak.

“Ana aiz asyara atar, ayyu syai.. ayyu hagah. Masyhur fi misr.” Terang saya kepada seorang penjual minyak wangi. Saya meminta beliau agar menyediakan beberapa botol minyak wangi pelbagai jenis bau yang masyhur di Mesir.

“Dah, Two One Two, dah Escilape..” Beliau menerangkan beberapa jenis wangian sambil mencalitkan wangian di lengan saya. Hidung saya seakan tidak mampu membezakan lagi jenis bauan. Semuanya wangi.

Mesir sememangnya terkenal dengan minyak wangi. Minyak wangi yang mereka gunakan kebanyakkannya diimport dari Perancis, sehinggakan begitu sukar untuk menyebut nama-nama wangian yang dipamerkan.

Kerana terpengaruh dengan keharuman wangian saya membelanjakan hampir LE150 hari itu!

Iftar Jam’ei Di Ma’idatul Rahman

“Jom pi masjid tu, nampak semacam ada sediakan makanan berbuka..” Ajak seorang rakan. Kami menjenguk-jenguk ke dalam masjid.

“Yaallah ta’aal! Silakan kan!” Beberapa orang lelaki arab yang sibuk menyediakan hidangan makanan memanggil kami masuk ke dalam dewan makan.

Kami bertiga terus duduk di meja yang telah tersedia. Hidangan nasi bersama kuah kacang dan daging rebus menjadi juadah berbuka kami. Kelihatan meja sudah separuh dipenuh orang ramai. Tua, muda, kanak-kanak juga turut memenuhi ruang.

“Pengalaman kita yang berharga berbuka puasa kat sini..” Bicara saya kepada Azilan. Beliau mengiyakan kata-kata saya. Kami terus leka menjamah juadah masakan yang enak itu.

Tarbiyyah Pautan Susah dan Senang

Berjalan dibawah terik mentari pada ramadhan yang bercahaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun sukar itu hilang apabila menjamah juadah Ma’idatul Rahman. Alhamdulillah, rezeki.

Tarbiyyah ramadhan bukannya semudah berbicara dilembaran kanvas bisu. Tarbiyyah akan lengkap terlaksana apabila berjaya diterjemahkan dalam hidup sehari-hari.

Entah mengapa, sewaktu hendak pulang ke daerah Tanta, van penumpang yang kami naiki ditahan polis. Bukan sahaja ditahan, malah perlu turun untuk berpindah van menuju ke Abut. Mahu ke Abut saja jaraknya tidaklah dekat. Akur.

“Menzalimi manusia di bulan Ramadhan, tahulah mereka menerima nasib nanti..” Kata saya sambil mengetap kegeraman.

“Mesir depa tak ada sistem, pakai ikut berasa.” Sambung Ibrahim meneruskan perbualan kami. Kaki letai melangkah ke perhentian, mencari kalau-kalau ada van lain yang akan menuju ke Tanta.

Jam di tangan menujukkan angka 1 pagi. Setelah sejam menunggu barulah kami bertolak pulang ke Tanta. Ini bermakna separuh hari 1 ramadhan kami bergerak di ibu kota Kaherah dengan pelbagai situasi.

Kawan, ramadhan itukan bulan tarbiyyah?

5:52 AM, 24 Ogos 2009,

Siberbay, Tanta.

Lanjutan Kes Kecurian dan Pecah Rumah Di Siberbay
“Tuliskan semua benda yang hilang” Arah seorang anggota keselamatan Mesir berpakaian biasa ketika datang membuat siasatan di rumah jiran saya.

“Wa ismu masruq.” Sambungnya lagi.

“Kullu hagat.” Firdaus mencelah sambil menulis segala maklumat berkaitan barang yang hilang. Saya hanya memerhati.

“Laptop Acer, Mobile Nokia, Kamera Digital Sony, sa’ah Casio dan mahfaz fulus (dompet duit)..” Senarai barangan yang telah ditulis di atas sehelai kertas putih.

“Ismu masruq Azhan, Hafiz, wa Izan.” Hagg Sayyid menulis nama-nama mangsa kecurian.

Selesai laporan diambil, dua anggota polis itu kembali melihat-lihat sekitar rumah. Rumah mereka bersebelahan rumah saya. Bimbang juga bila mengenangkan peristiwa sebegini.

Menurut Zaki, pencuri itu telah masuk melalui tingkap tandas lalu merampas barangan yang berada di dalam bilik dan terus keluar melalui pintu utama rumah.

Ini merupakan kes pertama yang melibatkan pecah rumah dan kerugian besar sepanjang saya menduduki bumi Badawi ini. Lazimnya kecurian hanya berlaku ketika menaiki bas atau pengangkutan awam. Dalam bahasa pasar Indonesia ia disebut sebagai ‘pencopet’.

Pintu utama. (Gambar kecil pintu bilik Azhan)

Sumber pihak polis dan penduduk tempatan mengatakan bahawa Siberbay sememangnya adalah merupakan kawasan lambakan penjenayah yang sudah diblack list nama. Terutamanya bekas banduan penjara yang pernah melakukan jenayah berat.

Innalillahhi wainna ilahi rajiun.

Hanya itulah ucapan yang mampu terlakar di bibir bila musibah melanda. Mungkin agak pahit menelan hempedu, namun percayalah tidak semua pahit itu selama-lamanya mengundang derita kerana ada ketika pahit itu mengubat jiwa yang lara. Mengubati tubuh yang terluka.

Ujian Ketika Hampirnya Imtihan

“Ana rasa macam dah takda mood nak study..biasanya ana akan ambil masa seminggu dua untuk hilangkan rasa camni.” Luah Azhan ketika pertemuan beberapa malam yang lalu.

“Itulah time periksa mesti adalah benda yang nak menguji..ada yang bil letrik rumah melambung tinggi, ada yang rumah dimasuki pencuri..” Saya cuba bersuara. Sememangnya sukar untuk menerima kenyataan bila kehilangan barangan berharga. Keseluruhannya jumlah kerugian mencecah LE5000 ke atas.

Entah mengapa, setiap kali hadirnya imtihan bertandang seiring pula ujian bersama. Sepanjang beberapa tahun saya di sini, itulah yang dirasakan setiap kali hampirnya penentuan pengajian. Semoga Allah SWT hadirkan hikmah yang tersirat di sebaliknya.

Bukan senang mahu menjadi muslim sejati yang sanggup bersabar atas musibah. Sabda baginda SAW:

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang muslim, semua urusannya adalah baik, jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, dan ini lebih baik baginya, dan bila mendapat musibah ia sabar, dan ini lebih baik baginya.” (HR.Bukhari)

Tertarik saya akan untaian kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H berbunyi:

“Sesiapa yang menghadapi musibah yang besar, maka hendaklah dia mengingati mati, nescaya musibah tersebut menjadi biasa baginya. Sesiapa yang merasa kesempitan dalam sesuatu urusan maka hendaklah dia mengingati kubur, nescaya urusan tersebut terbentang luas di hadapannya.”

Moga kalam-kalam ini menjadi ubat mujarab, penawar resah di kala duka nestapa, di saat sugul dirundung malang. Setiap yang sesuatu itu hanyalah sementara kecuali zat Allah Ta’ala yang kekal selama-lamanya.

Rujukan:

Syakhsiyyatul Muslim (Keperibadian Seorang Muslim), Muhammad Ali Al-Hashimi.

7:19 PM, 30 April 2009,

Siberbay, Tanta.

Episod Perjuangan Kembali Bermula
Seperti hari-hari biasa. Saya memulakan langkah seawal fajar sadik mula memancarkan cahaya seakan putih sinarannya. Niat di hati sudah terpaut kemas. Hari ini mahu menyelesaikan tugas. Sudah seminggu rasanya menanti, namun tetap saja ada alasan yang menghalang dari selesai.

Saat hayunan langkah perjalanan selama 10 minit itu mata tidak diam memerhati setiap jihat. Sesekali memandang ke bawah, terkadang melihat panaroma sekeliling. Seawal pagi-pagi begini biasanya jalan-jalan utama masih sunyi sepi dari bunyi deruan motokar. Hanya jentera-jentera berat, lori kecil dan himar berkeliaran ke sana ke mari. Jentera-jentera berat itu biasanya akan turun ke kawasan pertanian seakan sawah bendang. Hasil muatannya bergantung kepada musim yang dilalui.

Sampai juga akhirnya ke gerbang indah berdebu. Di atasnya masih utuh tulisan khat Universiti Al-Azhar, Tanta. Setelah sekian lama, hampir 5 bulan sunyi sepi dari hiruk pikuk galau suara mahasiswa kini kembali menjalankan operasinya. Tanpa berlengah, saya terus ke matlamat yang dituju. Iaitu membayar yuran kuliah.

“Aduuhh, ingatkan tak payah beratur dah..” Rungut hati. Nampaknya beratur lagilah jawabnya.

Lazim dan sabar. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi. Menjadi kebiasaannya jika mahu berurusan kuliah atau apa-apa yang berkaitan, beratur panjang dan bersabar merupakan perkara asas. Setelah beratur panjang, belum memastikan kami selesai tugas. Bersabar pula melayan karenah ‘mereka-mereka’. Silap haribulan terpacul di bibir-bibir ‘mereka’ perkataan yang paling enak didengar.

“Itla’ barrah!!”

“Bukrah..Yallah Ya Gama’ah..Bukrahh!!”

Kesabaran berpanjangan…

Saat menunggu deretan panjang seakan ‘keretapi ayam’ (keretapi dari Tanta ke Kaherah atau ke daerah lain). Sempat saya beramah mesra dengan seorang kenalan dari Indonesia. Peramah orangnya walau baru dikenali sebentar cuma.

“Enta datang Mesir bila?,” soal saya mahu kepastian.

“Saya datang tahun 2007..saya datang dengan muadalah,” jawab beliau.

“Ohh begitu..muadalah mana ya?,” soal saya kembali.

“Dengan Ihsaniah, Pulau Pinang.” Jawabnya ringkas.

“Bagaimana natijah enta tahun lepas?.”

“Alhamdulillah, saya lulus semuanya. Saya hanya fikir mahu lulus naik tahun aja.” Sambung beliau.

Barulah saya tahu, rupanya ramai juga mahasiswa-mahasiswa Indonesia yang datang atas tiket Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Tujuannya untuk mendapatkan pelepasan lompat tahun. Seperti saya. Walauapapun caranya, itu tidak penting. Yang lebih penting, kehadiran saya dan rakan-rakan lain hanyalah semata-mata mahu menceduk ilmu Allah SWT. Biar ceruk benua mana kami muncul bukan bererti ianya menjadi penghalang penyebaran ilmu Islam khazanah Islam. Kita seagama.

Pawana sejuk berpuput lembut. Menerbangkan dedaun kering berserakan. Awan pula seakan payung besar menutupi sang mentari.

Ripuh Si Daris…

Sambil mengerling ke arah deretan panjang pemuda-pemuda arab bertubuh sasa tegap dan tinggi itu sempat anak mata memerhati gelagat mahasiswa Malaysia di celahannya. Kecil dan kerdil terasa. Tambahan bila dikelilingi manusia seakan gergasi. Lantas saya cuba ‘snap’ beberapa keping gambar kenangan.

“Enta tak leh bayar lagila nampaknya, sebab dia nak group 4 orang saja..” Beritahu seorang rakan.

“Alahaii, susahnyaa.. ingatkan dah boleh selesai harini.” Rungut saya dengan wajah mencuka. Benar-benar menguji kesabaran.

“Takpalah, saya join group dengan Tarimizi, Fauzi dan Mat Ali jelah..kami bayar esok.”

Saya pulang kehampaan. Keesokannya saya hanya serahkan wang berjumlah LE102.40 itu bersama beberapa dokumen penting lain kepada Mat Ali mewakili group kami. Memandangkan tahun akhir banyak dokumen berkaitan perlu diisi. Yurannya juga agak mahal berbanding tahun sebelumnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha segalanya selesai.

Selepas siap urusan pembayaran, kami dikehendaki berjumpa ketua Syu’un pelajar Muafiddin pula. Mujurlah ketika itu mood Ustaz Mustafa agak baik. Terasa mudah berurusan dengannya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Seusai urusan, maka bermulalah misi pembelajaran kuliah. Tertera di papan jadual perkuliahan subjek yang bakal saya harungi sepanjang fasal satu bermula.

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab Sastera ( Adab dan Balaghah )

Qawaid Fiqhiyyah

Bahas Qawaid Fiqhiyyah

Tafsir Ayat Ahkam

Baki selebihnya akan bermula selepas cuti pertengahan semester kelak. Mungkin ada pembaca yang kurang tahu apakah itu madah Qawaid Fiqhiyyah. Baiklah, sebenarnya pembelajaran madah ini menyentuh hal ehwal kaedah dalam ilmu feqah. Pengertian Qawaid ialah kata jama’ daripada qaedah yang memberi erti asas rumah dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah SWT:-

وإذ يرفع إبرهم القواعد من البيت وإسمعيل

“Dan (Ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya Ismail meninggikan binaan asas (tapak) Baitillah (Ka’bah) itu.”

(Al-Baqarah : 127)

Jikalau dalam Istilah pula fuqaha’ menyebut sebagai:-

حكم أغلبي ينطبق على معظم جزئياته

Hukum yang secara umumnya terpakai keatas kebanyakkan masalah-masalah terperinci

Selain Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah merupakan subjek yang perlu dihadam sebaik mungkin. Untuk mengetahui status sesuatu hukum secara terperinci dan bagaimana kaedah-kaedahnya perlu kepada pembelajaran madah tersebut. Manakala Bahasa Arab Sastera pula adalah antara madah killer bakal menggegarkan medulla oblagata dalam menterjemahnya. Bait-bait syair arab menjadi suku simpanan dalam memori minda.

Kesimpulan

Menyangka senang itu tanpa pengorbanan dan kesabaran seakan berkhayal menerawang di alam fantasi. Berpijak bumi yang nyata biar pun siapa anda sudah pasti bertemu pengorbanan dan kesabaran. Jerih payah, lelah membelah, suka duka, riang ria segalanya berpadu menuju kepuncak kejayaan. Usaha, doa, tawakkal. Doakan kami!

8:18AM, 12 November 2008,

Siberbay