Header image

‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA

Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.

Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.

Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.

Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).

(more…)

Kitab-kitab yang berjilid itu kami himpunkan di satu tempat. Saya ditugaskan untuk menjaga keseluruhan kitab selapas penat berjalan dan memikul beban kitab Majallat Syariah – himpunan Jurnal Kuwait dan kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu – karangan Dr. Wahbah Zuhaili. Mahu patah bahu mengangkat kitab-kitab yang mencecah puluhan kilogram itu. Mujur rakan-rakan turut sama menghulurkan bantuan. Alfu syukran buat Ahmad (warga Mesir), Firdaus, Ibrahim, Helmi dan Sulaiman.

Sedang saya duduk bersendirian di atas kerusi berhadapan Maktabah Darus Salam sambil menunggu teman-teman membeli kitab, saya didatangi oleh seorang pemuda arab Mesir. Beliau memberikan salam dan terus duduk di sebelah saya.

“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumsalam” Saya menjawab lalu memalingkan wajah ke arahnya. Saya hanya mendiamkan diri sambil tangan ligat menekan pepunat telefon bimbit. Cuba melayari internet menggunakan aplikasi telefon bimbit sedia ada serta melihat perkembangan pengunjung ke blog Faridrashidi.Com (FRC).

“Enta dari mana, Indonesia?” Setelah beberapa ketika duduk di sebelah kanan saya, dia memulakan pertanyaan. Pertanyaan yang lazim ditanya oleh masyarakat Mesir yang lain.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

“Da bikam?” (Ini berapa) Tanya saya.

“Enta aiz dah?” (Kamu mahu ini) Soal lelaki Mesir berusia dalam lingkungan 50-an itu kembali.

“Dah mutawasit, ana aiz kabir..” (Kubis ini sederhana, saya mahu yang besar) Jawab saya sambil membelek-belek timbunan sayur kubis yang diletakkan di atas kereta tarik keldai. Penjual itu lalu mengambil kubis yang lebih besar. Sebesar monitor komputer 17 inci.

Saya mengangguk tanda setuju. Sejurus kemudian harga ditetapkan. Saya membayar LE3.00 kepadanya.

“Tahlak dah..” (Potong ini) Saya menyuruh lelaki itu memotong lebihan daun kubis agar lebih kemas. Jika tidak, tentu susah untuk membawanya pulang.

“Mumkin genih wa nush?” (Mungkin LE1.50) Pinta saya.

“La, itnin genih illa rub.” (Tidak boleh, LE1.75) Jawabnya.

Selain sayur kubis, saya turut membeli bunga kubis yang juga agak besar. Harga pada asalnya ialah LE2.00, tetapi saya meminta agar harga dikurangkan sedikit menjadi LE1.75.

(more…)

Saat berdiri tegak untuk bersolat jema’ah bersama masyarakat Mesir, saya seringkali ditarik mereka untuk merapati dan meluruskan saf. Suatu ketika saat setahun jagung di bumi ini, seringkali termangu-mangu sendiri memikirkan maksud melurus dan merapati saf.

Pergilah bersembah sujud di mana-mana masjid serata Mesir, samaada masjid itu bernama Masjid Sayyid Badawi, Masjid Syaikhah, Masjid Amru Bin Asr, Masjid Sultan Hassan ataupun Masjid Imam Bushairy yang letaknya di utara Mesir, semua jema’ahnya serupa. Yakni dalam kefahaman konteks lurus dan rapatkan saf.

Semakin lama melihat, mengaji dan mengkaji barulah tahu kedudukannya.

Kefahaman masyarakat Mesir mengenai meluruskan saf – rapatkan kaki dan menyamakan kedudukan ibu jari kaki antara satu sama lain bukan mengikut tumit sebagaimana masyarakat nusantara.

Manakala kita, memahami bahawa tumit itu harus disamakan – meluruskan berisyaratkan belakang tumit tanpa melihat ibu jari kaki.

Adakah ini sesuatu yang membingungkan?

Tidak, pada saya kira-kira matematik untuk merumuskan persoalan ini simple sahaja. Tidak perlu berhari-hari memberatkan kepala semata-mata mencari jawapan kepada furu’ (cabang) masalah fiqh ini. Saya jadi teringat jawapan Syekhuna, Syeikh Nuruddin Banjari al-Makki.

(more…)

Sememangnya aku akui, di rumahku aku langsung tiada mendapat ketenangan. Rumah aku tidak disinari cahaya iman. Aku sesak dada berada di rumah sebenarnya. Aku juga rasa berbeza bila berada di rumah. Apabila di rumah, aku tiada kekuatan untuk beribadah. Tidak seperti berada di tempat lain. Sebab itu aku tidak mahu ada orang yang mengunjungi rumahku. Aku tidak ingin kemungkaran itu dilihat.

Aku sedihlah, mak dan abah aku jadi macam ni. Abang aku pula sudah membawa diri. Adik-adikku tidak mendengar kata. Aku suruh solat tapi mereka tak nak. Mak aku pula tak tegas langsung nak suruh mereka solat. Aku manusia biasa. Aku kadang-kadang lemah dan berputus asa. Begitu jerihnya berdakwah. Kita mesti kuat. Nak berdakwah pada keluarga sendiri pun aku tak kuat, bagaimana aku nak berdakwah terhadap orang lain?

Ini adalah merupakan salah satu daripada beberapa emel yang saya terima. Sudah sekalian lama ianya terperap di dalam kotak emel, namun baru semalam saya sempat memberi balasan.

(more…)