Header image

Setiap detik dan ketika, pasti ada yang menyebut dan mengingatimu.

Pada setiap solat yang didirikan, namamu jua tak lekang meniti di bibir-bibir para umat seluruhnya.

Jutaan menara-menara masjid seluruh dunia tak lupa mengalunkan namamu, Ya Rasulullah Wahai Kekasih Allah SWT.

Itulah seorang insan terpilih – Saidina Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Nama yang begitu sinonim dengan masyarakat Islam seluruhnya. Melangkaui seribu tahun, namanya tetap mahsyur serata alam buana. Makhluk bumi dan langit sentiasa berselawat padanya tak mengira waktu berlabuh senja atau mentari mengukir mesra.

Ya Rabbi, biarkanlah limpahan awan rahmat mencurahkan selawat dan salamnya pada kekasihMU, izinkanlah agar ianya terus menyubur serta menghadirkan cambahan benih-benih kecintaan itu.

Ya Allah, biarkanlah nadi-nadi yang beraliran darah berulang-alik ke jantung itu selalu mengucapkan selawat padanya, biarkanlah bibir kami basah mengukir salam kepadanya selepas zikir padaMU. Ku merindui syafaat dia, agar pertemuan kami nanti seiring redhaMU Ilahi.

Ameen.

Sollu Alan Nabi!

(more…)

“Rindunya saya pada Rasulullah SAW..” Seseorang meluahkan rasa di bibir. Entah hati atau bibir semata bersuara.

“Tahun ni kita adakan majlis besar-besaran menyambutnya!..” Cadang seorang pembesar di sebuah negeri antah berantah pula.

Pada saya tidak menjadi kesalahan mahu berkata begitu. Malahan para ulama’ ramai yang berpendapat mengharuskan sambutan Maulidur Rasul. Dipetik dari tulisan kitab Al-Kalam Al-Thayyib, Dr Ali Jum’ah, Mufti Republik Arab Mesir dengan kata mereka: “Syariat telah mengajar kita menyambut kegembiraan dan perayaan, dan mengajar kita melihatnya sebagai suatu ibadah, dan melihatnya sebagai kemuliaan serta kebaikan. Ia adalah hari yang digembirakan dengan utusan Allah, Muhammad SAW.”

Keharusan Menyambut Maulidur Rasul

Walaupun di sana ada sebahagian ulama’ melarang daripada menyambut Maulidur Rasul namun terdapat pula ulama’ yang mengharuskan sambutan Maulidur Rasul membawa dalil dari Ibn Abbas r.a yang mana telah berkata: