Header image

Pulang Mengejut

“Ihsan dah bertolak balik Malaysia..” Cerita Akmal kepada saya.

“Hahh? awat dia balik Malaysia?’ Soal saya kehairanan. Terkejut juga, tiba-tiba saja teman seperjuangan di sini pulang ke Malaysia mengejut.

“Ayah dia masuk hospital masa dia balik tu..kemudian meninggal dunia akibat sakit stroke..jadi Ihsan dalam perjalanan balik masa tu.” Jawab Akmal memberitahu perkara sebenar terjadi.

“Innalillahhi wainna ilahi rajiun..” Terpaku sebentar. Bayang-bayang kelibat Ayah Ihsan bermain di kotak fikiran saya. Apa tidaknya, Ayahnya adalah rakan baik Ayah saya sendiri. Sebelum saya berangkat ke Mesir, sudah beberapa kali kami duduk bersembang dan makan semeja. Malah Ayahnya juga antara naqib dan guru saya sebelum ini.

Ya, seseorang yang berkaliber dan punya karisma kepimpinan apabila pergi buat selama-lamanya mengundang rundung nestapa yang tidak ternafikan lagi. Terpadam sebutir kilauan Lu’ lu’ yang bergemerlapan bagai jalan tiada bercahaya. Bagai pengembara haus di gersang sahara.

(more…)

“Eh, Haji Samad tak buat kenduri arwah ke malam ni?” Tanya Zubaidah (bukan nama sebenar) kepada jirannya.

“Entahlah, sepatutnya kena buatlah kenduri arwah hari ketujuh malam ni..kanke adat kita tu.” Jawab Nurul Adilah (bukan nama sebenar) pula tanpa berfikir panjang.

Persoalan begini sering bermain di kotak fikiran masyarakat kita apabila berlaku kematian. Kelazimannya, masyarakat akan berhukum berdasarkan taqlid buta tanpa merujuk dasar sesuatu hukum.

“Majlis tahlil merupakan aktiviti atau ibadah yang biasanya dibuat di semua tempat rasanya (khusus masyarakat melayu Islam). Boleh tak ustaz terangkan hukum, cara atau metodologi majlis ini. Sebab saya ini umpama orang yang baru mengenali Islam, masih banyak yg tak tahu pasal hukum, adat dan ibadat.” Saya menerima emel dari seseorang bertanyakan hal majlis tahlil atau lebih dikenali sebagai kenduri arwah.

Apa Itu Kenduri Arwah?

Merujuk kepada persoalan tersebut, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan kenduri arwah menurut perspektif masyarakat melayu khususnya. (more…)