Segala persiapan sudah pun disiapkan dua hari sebelum berlangsungnya majlis walimah. Perkakasan seperti periuk besar, dapur gas, pembakar roti, mesin menguli tepung dan pelbagai alatan lain turut diangkut bersama. Rumah saya telah dijadikan tempat pemprosesan makanan jamuan untuk para tetamu.
Mengimbau kenangan di tanahair, jika kenduri kahwin akan diadakan persiapannya sudah makan berbulan-bulan lamanya. Bermula mesyuarat bersama ahli keluarga dan orang besar kampung sehinggalah kepada aktiviti membuat kerisik serta gotong royong mendirikan balai ataupun khemah kenduri. Tidak kurang juga golongan hawa sibuk menyediakan bunga telur dan juga kuih muih. Baiklah, itu cerita versi melayu.
Berbalik kepada kisah versi arab pula.
Untuk pertanggunjawaban tugas memasak makanan, tiga pekerja di kalangan warga tempatan diamanahkan untuk melaksanakannya. Seorang lelaki berbadan agak besar kelihatan seperti seorang ketua chef masakan, manakala 2 orang lagi dilihat turut cergas membantu.
“Kawe tengok arab ni dah dua hari dok masok rilex jah, street masok dari pagi sapa pete..” Saya membuka cerita. (more…)

