Header image

 

 

Angin sejuk dari atmosfera utara masih muda untuk menghembus nafasnya. Namun atmosfera ibu kota Mesir antara yang tertua di dunia itu sudah dingin dan berangin. Tetapi dinginnya tidak seperti damai perkampungan Tanta Gharbiyyah. Di sana, ada hamparan tanaman menghijau, kerbau tua dan keldai yang setia pada tuannya, juga jernih air dikali yang menyamankan kantung minda.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

“Eh, bukankah kamu dah kahwin? Mana isterimu?” Tanya Aidil kehairanan.

“Erm… Tinggal dekat Malaysia, tak bawa sekali. Panjang ceritanya Dil.” Idham mengeluh panjang. Bicara tersekat pada lamunan wajah isteri yang ditinggalkan. Jarak perpisahan bukanlah cuma sebatu dua, tetapi menjangkau ribuan kilometer. Samudera mana yang tidak dibelah, awan mana yang tak diredah.

“Jadi, kamu nikah gantung?” (more…)

“Ustaz Farid, ada orang jual kuih!” Syuhada memanggil saya setelah pintu rumah dibuka. Beliau merupakan salah seorang teman serumah dan baru menginap di rumah saya beberapa bulan yang lepas.

Saya membiarkan bawang yang dihiris di atas sinki. Ayam sudah siap dibasuh. Hajat dihati mahu memasak Ayam Masak Kicap. Lalu saya segera membasuh tangan dan bergegas ke ruang tamu.

“Kuih apa tu ustaz?” Saya bertanya sambil berjalan ke ruang tamu. Tercegat dua orang mahasiswa Indonesia yang sedang memegang syantoh hitam berisi kuih-muih.

“Ada kuih intinya pisang dan coklat.” Jawab mahasiswa al-Azhar daripada Indonesia itu.

“Berapa harganya?”

“Segeneh satu.”

“Sebentar ya, saya ambil duit.” Saya menapak ke bilik untuk mengambil duit.

“Syuhada tak nak?” Soal saya. Beliau turut menghulurkan wang kepada mahasiswa Indonesia itu.

“Ana ambil tiga.” Jawabnya. Saya turut membeli dua biji kuih popia berinti pisang dan coklat itu.

“Bawang putih ada lagi ustaz?” Soal mereka.

(more…)

Jalan raya dua laluan menuju ke Bandar Tanta kelihatan sesak dengan kenderaan lalu lalang. Bunyian hon terus menerus membingitkan telinga memecah kesunyian. Corong telinga saya sudah mangli mendengarnya. Kereta kami menyusuluri jalan Said Nawi menuju terus ke Awal Bahr.

Sesampai di persimpangan jalan Awal Bahr saya menyuruh Hassan memberhentikan kereta sekejap. Mahu ke Bank Ahli mengambil sedikit ongkos. Sebelum itu kami telah pun singgah di Sorofah Abu Dhabi. Pakcik Zaini menukar wang lebih kurang USD3+++ buat modal membeli peralatan.

Sebenarnya pada hari itu saya dibawa oleh seorang sahabat saya Hassan, dari Kaherah. Hassan sebagai pemandu kereta datang bersama Pakcik Zaini datang untuk menguruskan hal urusan pembelian alatan rumah untuk pelajar perubatan. Pakcik Zaini selaku wakil agen kendalian syarikat berpusat di Malaysia. Memandangkan Hassan mengajak untuk temankan beliau serta menjadi musyrif pada hari itu. Saya tidak keberatan ikut serta.