Mungkin ada yang perasan, dan mungkin juga ada yang tidak mengetahui tag line yang saya pamerkan di atas. Kemungkinan-kemungkinan itu memberi cetusan untuk saya memberitahu. Sebelum ini selama lebih kurang hampir setahun saya mengguna pakai tag line ‘Kembara Sufi Mencari Aspirasi’, dan saya mula menjumpai aspirasi yang dicari selama ini.
Mengubah rentak tak bermakna menghilangkan lirik lagu, adakala liriknya sama tetapi komposer mengubah tempo menjadi laju, dan perlahan. Tidak ada masalah, asalkan sampai maksudnya.
MENGAPA TRANSISI FIKRAH?
Ternyata saya sudah merubah rentak ke tag line lebih dekat di hati. Mengapa?
Ayuh fahami maknanya terlebih dahulu.
Telah termaktub di dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa makna transisi ialah peralihan dari suatu keadaan samaada tempat atau keadaan kepada yang lain. Manakala fikrah pula bermaksud daya fikir, pemikiran yang mengandungi unsur-unsur sosial, politik dan kepelbagaian wacana minda.

