Header image

SATU

Malam itu saya bersama beberapa orang rakan menjejakkan kaki ke rumah Ustaz Aiman yang terletak berhampiran jalan utama ke Mahattah Siberbay. Ustaz Aiman merupakan rakan dikalangan arab Mesir yang saya kenali melalui perantaraan sepupunya Ahmad. Beliau sudah pun mendirikan beberapa tahun yang lalu.

“Berapa jumlah kos enta kahwin semuanya?” Saya cuba mengutarakan soalan setelah beberapa detik berbual dengannya.

Halim dan Fadhil yang turut bersama saya berziarah pada malam itu kelihatan seolah-olah memikirkan sesuatu. Mungkin cuba menyusun persoalan dan ayat barangkali.

“60 ribu semuanya, dan kos ini termasuklah segala barangan yang dibeli untuk melangsungkan majlis perkahwinan..” Jawabnya dengan bahasa fushah yang lancar dan sedap didengari. Mustahil beliau tidak boleh berbahasa arab fushah memandangkan beliau seorang guru lughatul arabiah dalam bidang adab (sastera) dan nahu saraf. Beliau juga berkemahiran mengajar subjek Al-Quran bertajwid.

(more…)

“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.

Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

(more…)

Seketika melalui lorong-lorong di sebalik rumah-rumah batu bertingkat itu seringkali mendengar perbalahan berlaku di kalangan masyarakat Mesir. Saamada sebesar-besar masalah ataupun sekecil-kecil masalah harus diperdebatkan. Baik lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya mempunyai persamaan sikap ‘hot temper’ nya. Mahu menang tidak mahu mengalah walau diri memang bersalah. Tegar dan tegas sekali pendiriannya.

Teringat lagi beberapa waktu yang lalu, sedang saya berbual bersama rakan di rumah. Kedengaran bunyi bising hiruk pikuk dengan suara volume tahap tinggi. Suara bergalau itu datangnya dari bawah rumah. Saya dapat mengagak, jika begitu bunyi sudah tentu ada perbalahannya. Kami cuba jenguk ke bawah memandangkan rumah kami di tingkat atas. Kalau gambaran kasarnya seperti rumah flat meninggi.

Bagi kami, lebih ma’ruf dengan panggilan ‘Imarah Melayu’ di sini ( Imarah ialah sebuah bangunan ). Sangkaan saya tidak meleset, sememangnya berlaku pertengkaran. Masya’Allah, bukan sahaja lelaki wanita juga sama tinggi suaranya. Sekali pandang seperti peperangan dunia ketiga sudah hampir berlaku.
Jika tidak silap sumbernya, pergaduhan itu bukanlah kerana berebut wilayah, tanah atau juga berebut suami isteri tetapi hanyalah kerana sedikit salah faham yang tidak sampai hati untuk saya tulis di sini. Itu salah satu kes dalam seribu kes saya alami.