Header image

“Bila musim panas ja lalat bukan main banyak lagi ya..” Saya membuka cerita petang itu. Mata kami memerhati sekumpulan lalat yang liar hinggap di permukaan tikar plastik. Sengaja kami hamparkan tikar di atas sutuh rumah baru Hasbul Nizal usai membantu proses perpindahan.

Beliau dah zaujahnya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Lalu imarah kosong tinggalan arab itu disewakan buat tumpangan mereka berdua melayari bahtera.

“Tula, banyak ya lalat..” Balas Sulaiman.

“Ana pelik juga ya, waktu musim sejuk lalat pi mana habis..tak dak pulak.” Saya menyambung.

“Lalat dia simpan benih siap-siap kot..”

“Ka pakat lari dok dalam selimut sebab sejuk..hehe.” Sambung saya serentak suara Sulaiman dihujung. Kami ketawa memecah sunyi hening petang. Sesekali bayu senja berputar menerobos celah rekahan bangunan berbatu. (more…)