“Agar ramadhan kita diterima, maka kenalah jaga hubungan silaturrahim..” Kata Khatib memberi khutbah jumaat serta mengingatkan para jemaah yang hadir.
“Yang pertamanya, kita perlu ikhlas dalam beribadat, seterusnya menjaga solat, membaca al-Quran, menjaga hubungan silaturrahim dan hubungan antara kedua ibu bapa..” Sambung Khatib lagi membuat kesimpulan di khutbah yang kedua.
Berapi-api kata-kata Khatib melontarkan khutbah kepada para hadirin. Body language jelas terpancar pada setiap gerak-gerik Khatib menunjukkan bahawa mereka golongan yang petah berpidato. Lancar ucapan, kuat hafalan.
Tidak ada hadirin yang berteleku menahan kantuk. Masing-masing seakan diinjek suntikan motivasi hebat.
Sirah baginda Rasulullah SAW terus menerpa ke relung jiwa. Saat baginda berkhutbah suaranya lantang dan lancar, matanya menzahirkan semangat yang berkobar-kobar.

