Faridrashidi.Com » Kubis besar

Musim Kubis Besar!
“Da bikam?” (Ini berapa) Tanya saya.

“Enta aiz dah?” (Kamu mahu ini) Soal lelaki Mesir berusia dalam lingkungan 50-an itu kembali.

“Dah mutawasit, ana aiz kabir..” (Kubis ini sederhana, saya mahu yang besar) Jawab saya sambil membelek-belek timbunan sayur kubis yang diletakkan di atas kereta tarik keldai. Penjual itu lalu mengambil kubis yang lebih besar. Sebesar monitor komputer 17 inci.

Saya mengangguk tanda setuju. Sejurus kemudian harga ditetapkan. Saya membayar LE3.00 kepadanya.

“Tahlak dah..” (Potong ini) Saya menyuruh lelaki itu memotong lebihan daun kubis agar lebih kemas. Jika tidak, tentu susah untuk membawanya pulang.

“Mumkin genih wa nush?” (Mungkin LE1.50) Pinta saya.

“La, itnin genih illa rub.” (Tidak boleh, LE1.75) Jawabnya.

Selain sayur kubis, saya turut membeli bunga kubis yang juga agak besar. Harga pada asalnya ialah LE2.00, tetapi saya meminta agar harga dikurangkan sedikit menjadi LE1.75.

Suasana pasar hari jumaat itu begitu sesak dan riuh. Pelbagai jenis sayuran mentah dan buah-buahan turut dijual. Keseluruhan hasil pertanian segar kebanyakkannya baru diambil dari ladang-ladang berhampiran. Terdapat juga ikan-ikan beku yang dibawa masuk dari negara luar misalnya ikan tuna Jepun dan sardine India. Pada hari itu, ikan keli dan tuna menjadi pilihan saya.

“Yallah.. Tamatin begenih! Tamatin begenih!” (Mari, tomato LE1.00) Seorang penjual wanita menjerit-menjerit memanggil pelanggan sambil bertepuk tangan. Gema suaranya menerjah ke corong gegendang telinga pembeli. Wanita sebaya umur itu kelihatan berpakaian seperti arab badawi gurun sahara.

Saya mengerling ke kiri dan kanan melihat perkara yang mahu dibeli.

Usai membeli, saya terus menggerakkan kaki keluar dari keripuhan belantara manusia itu. Menyelit di celahan manusia yang majoritinya adalah wanita itu (hampir 90% adalah wanita berada di pasar) memerlukan kudrat bukan sedikit. Sambil tangan membawa beban barangan, mata dan gerak tubuh perlu lincah menyelit demi mengawal pergerakan.

Hati-hati dan berjaga adalah perkara utama. Pernah suatu ketika saya dirempuh seorang Mak Cik Arab – momentum tolakkannya membuatkan saya hampir terpelanting ke tepi. Kuda-kuda kaki seharusnya perlu dicengkam pasak ke bumi sekuat mungkin.

Itulah rutin hari Isnin dan Jumaat, jika punya kelapangan kami pasti turun ke Suq Siberbay (Pasar Siberbay) untuk membeli keperluan isi rumah harian. Tanpa kereta, tanpa motorsikal mahupun basikal, hanya membawa badan dan tulang empat kerat. Bermalasan bererti hilang gizi makanan berkhasiat!

SUSHI KUBIS

Pernah suatu ketika saya ditanya rakan arab, bagaimana kami warga Malaysia memasak Kubis.

“Menggoreng dibuat sayur atau dimakan mentah (sebagai ulam)” Itu jawapan saya.

Saya tahu, cara mereka memasak sayur Kubis adalah sedikit berlainan dan merumitkan.

“Duduk dulu.” Ahmad bersuara menuturkan patah kata bahasa Malaysia. Beliau mampu berbual beberapa perkataan bahasa Malaysia walaupun tidak sempurna tatabahasa dan ayatnya. Sepanjang mengenali beliau, kami banyak bertukar-tukar perkataan baru. Adakalanya dia bertanyakan maksud kalimah bahasa Melayu kepada saya, dan begitulah sebaliknya.

Itu adalah satu method menguasai bahasa asing. Tidak lokek untuk bersuara, tidak malu untuk bertutur, tidak segan untuk bertanya dan tidak terasa bila ditegur kesalahan bahasa.

Saya mengikut katanya. Beliau menghidangkan hidangan sushi Kubis versi arab Mesir selepas ulangkaji pelajaran. Kubis itu digulung seperti kuih popia dan terdapat nasi minyak sapi di dalamnya. Rasanya juga lazat.

“Kaifa ta’mal hakaza?” (Bagaimana cara membuatnya) Tanya saya.

“Ana musy arif, ummi ya’mal keda.” Beliau tidak tahu ramuan Kubis gulung tersebut memandangkan makanan itu dibuat oleh ibunya.

Lain budaya lain ragamnya, saya bersyukur atas nikmat mengecapi kelainan ini.

KEPELBAGAIAN MANUSIA

Walaupun kita daripada rumpun berbeza, cuaca berlainan, geografi tidak sama, ini tidak bererti manusia harus bertindak meminggir diri. Bahkan kepelbagaian watak itulah sebenarnya menceriakan kehidupan manusia. Bertukar-tukar sesuatu yang baru dan berinteraksi adalah pengetahuan berguna agar kelangsungan maklumat bertambah dari hari ke hari. Itulah rencam dunia.

Lihatlah dunia, jika ufuk timur redup, ufuk barat pula berdesir damai, jika atmosfera sejuk membungkam, atmosfera selatan pula pijar disimbah mentari. Demi Allah, Inilah suatu keagungan ar-Rahman dan ar-Rahim!

Misalnya di Mesir apabila tiba musim sejuk – Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan (kubis, sawi) dan buah-buahan (strawberi, limau) segar agar metabolisme tubuh diperkuat, begitu juga bila musim panas menguasai – terbit pula hasil buah-buahan berlainan (anggur, kurma, tin).

Bahkan tanahair tercinta hakikatnya juga begitu, lihat saja apabila tiba musim buah-buahan. Beraneka buah seperti durian, rambutan, langsat, dokong, manggis akan tumbuh. Memakannya secara sederhana memberikan kesihatan berguna, jika berlebihan sakit pula datang tak diundang.

Justeru, tak terpalit rasa kepelikkan kenapa sayur-sayuran mereka bersaiz besar. Fikirlah!

10:44AM, 30 Januari 2010,

Siberbay, Tanta.