Header image

Ideologi

Secara literalnya ideologi (mabda’) ialah; Fahaman (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (berdasarkan makna kamu dewan edisi keempat). Mabda’ pula bermakna; Dasar ataupun prinsip.

Manakala secara konseptual, ideologi adalah hasil gabungan dua makna; Idea atau fikrah (fikiran) dan methodologi atau thoriqah (cara, aturan, sistem).

Sebagai sebuah agama dan ideologi (mabda’), Islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizom), ataupun dengan erti kata lain ia mengandungi aqidah dan syariah.

Justeru, idea atau pemikiran (fikrah) dan methodologi (thoriqah) ini adalah terkandung di bawah agama Islam itu sendiri. Kita tidak boleh mengasingkan fikrah dan thoriqah Islam daripada agama Islam kerana ianya adalah tercakup dibawah dasar agama Islam.

Jika kita mengasingkan idea atau fikrah, bererti kita telah menghilangkan fikrah Islam yang disampaikan oleh Jibrail melalui wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita menghilangkan method atau thoriqah, bererti kita membuang jalan dan cara yang diajarkan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.

Ideologi ataupun mabda’ ini hanyalah istilah. Istilah ideologi ini baru dipopularkan oleh pihak barat, walhal ia sudahpun terangkum di bawah dasar agama Islam itu sendiri. Jika tidak wujud perkataan ideologi sekalipun, Islam tetap mempunyai fikrah dan thoriqahnya sendiri. Membaca takrifan definasi yang diciptakan barat adalah terkeluar daripada kefahaman yang tertera di dalam agama Islam. (Terutama definasi terhasil daripada sumber internet umum yang banyak dimonopoli oleh barat)

(more…)

Saya agak berat untuk menulis artikel pada kali ini (Baca: Tajuk). Kebimbangan saya bukan pada nilaian berat bahasanya, tetapi dibimbangi terhasil kekeliruan kepada para pembaca. Lalu, saya sedaya-upaya melalui kudrat yang Allah SWT kurniakan sekelumit ini untuk memperjelaskan kebingungan.

Menjelaskan dan memberi pencerahan agar sinarnya terang ke medium kotak pemikiran pembaca persis mentari menyimbah bumi. Tanpa serabut dan tanpa dibayangi lintasan pemikiran rosak. Semoga Allah SWT membuka hati-hati kita dengan penerimaan cahaya ilmu dari Azza Wajalla.

Setiap hujah yang dilampirkan tidak berjawab, tetapi dibalas dengan pertanyaan demi pertanyaan dalam konteks yang berbeza. Akhirnya tiada kesudahan.

Penjelasan ini dibuat adalah sebagai kesinambungan perbincangan yang telah dibuka oleh saya dalam laman Facebook tempohari. Oleh kerana kolum perbincangan di sana agak terhad, maka saya memutuskan untuk menulis dan memindahkan perbincangan ke medan blog. Semoga ia menghadirkan konklusi dan sebuah kesudahan tanpa emosi yang meruntun jiwa.

Artikel kali ini adalah yang terpanjang dalam sejarah penulisan saya di laman weblog. Bacalah dengan keterbukaan dan rasa ingin mencari kebenaran dalam menegakkan agama Islam.

(more…)