Header image

“Ustaz dari mana?”

“Saya tinggal di Medan, Indonesia… mahu berlibur di Kuala Lumpur. Ada teman di sana yang akan bawa,” cerita mahasiswa Universiti al-Azhar Kaherah itu kepada saya. Lalu kami beriringan jalan menuju ke tempat pemeriksaan passport dan kad maklumat wisata.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Ma’rad al-Qahirah ad-Dauli Lil kitab) diadakan setiap tahun bermula Januari sehingga Februari. Justeru, pembekal mahupun syarikat-syarikat buku tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran buku ini serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka.

Kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang sekadar memenuhi kalendar tahunan mereka bersama keluarga tersayang.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Saya baru sahaja memperbaharui iqamah (visa) setelah beberapa bulan seperti pendatang haram ke sana ke mari. Namun tetap tersenyum.

“Enta kena mari juga hari ini..sebab last dah.” Saya menelefon Ustaz Naim untuk kepastian bila perlu berjumpa dengan amnu daulah (ketua polis bahagian Tanta).

Jauh dari sudut hati, saya kasihankan Ustaz Naim yang secara sukarela memberi kebajikan kepada Mahasiswa/wi Malaysia Tanta dalam urusan visa. Bukan suatu tugas yang mudah jika tenaga, masa, wang dijadikan hantaran korban. Emosi juga sering tergugat bila berdepan ‘mereka-mereka’ itu.

“Insya’Allah ana gi..” Saya memberikan jawapan lalu terus bergegas ke pejabat amnu daulah yang terletak di Muhafazah Tanta.

Mujurlah urusan pada hari itu agak mudah berbanding sebelum ini. Berkat surah Al-Ikhlas dan pesanan ayah barangkali.

“Bacalah surah Al-Ikhlas bila berdepan kesukaran.” Pesan ayah ketika berada di Airport Alor Setar tiga tahun lalu. (more…)