Header image

“Menjadi berani.” Itulah ungkapan yang saya ucapkan setelah bertahun-tahun merasai hidup di perlembahan nil.
Pertama kali menjejakkan kaki di kota seribu menara, diri saya seolah-olah dihumban ke planet lain. Segalanya berubah. Semuanya berbeza. Suara-suara bercerita tentang Mesir yang masih segar terngiang-ngiang di telinga kini sudah pun menjadi realiti.

Watak manusia bengis, kasar, garang dan berani melayarkan sesuatu kelainan buat diri yang selama ini dicorakkan dengan sifat berlemah-lembut, sopan santun, tidak bercakap dengan nada yang meninggi. Kerana adat melayu telah terpatri sekian lama sedari kecil.

Namun, ianya berputar 90 darjah ke belakang. Menterbalikkan sikap dan sifat kemelayuan setelah terhidang dunia baru. Dunia baru yang mengejar erti keberanian, kecekalan dan ketabahan.

Pernah suatu malam ketika minggu pertama di kota Kaherah, saya bersama teman-teman yang lain keluar ke Madinah Hayyu Sabie’. Ketika itu cuaca sejuk mula berhembus tenang, menyelinap ke liang roma. Kesejukan tahap permulaan sudah berjaya mendinginkan tubuh kami berketurunan nusantara. Saya menyarung beberapa lapis baju beserta snow cap dan sarung tangan. Sesuatu yang pelik dan jangkal bagi penduduk tempatan kerana musim masih di peringkat mula. Tetapi kami bagaikan warga eskimo di kutub utara lagaknya. Lucu!

(more…)