“Dibolehkan menjadi pelacur jika dalam keadaan darurat.” Kata lelaki A.

“Tidak dikenakan had jika dipaksa zina/rogol.” Kata lelaki B.

Jika dilihat sekali imbas tanpa penelitian, seakan sama bunyi petikan kata-kata itu. Keterpaksaan untuk melakukan perzinaan.

Berhenti dulu. Sila baca dan renung dahulu situasi antara keduanya. Wujudkah perbezaan antara keduanya? Jawapannya, wujud dan berbeza sama sekali hukumnya.

Menjerumuskan diri ke dalam lembah perzinaan atau dengan bahasa kasarnya, menjadi pelacur lalu menggunakan wang tersebut untuk sara diri dalam kehidupan adalah HARAM sama sekali. Tidak ada alasan untuk menggunakan kaedah darurat akibat ketiadaan kerja mahupun tertekan hidup kerana tidak mempunyai wang.

Jelas. Mari kita teliti pula masalah kedua. Ini bukan masalah sexual harassment semata-mata, tetapi masalah dipaksa zina. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika dipaksa zina ataupun istilah masyhurnya ‘Dirogol’? Perkara ini juga terkandung di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah di bawah tajuk ad-Darar Yuzal.

Continue reading »