Header image

“Masa kemalangan, tiba-tiba muncul lori laju dan rempuh kereta di belakang. Lepas tu orang ramai pakat tarik pemandu lori keluar dan pukul beramai-ramai.” Cerita ayah beberapa hari yang lepas.

Pada asalnya kemalangan yang berlaku di lebuhraya Grik-Pulau Pinang (berhampiran Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah ,Kampung Pisang)  itu hanya melibatkan van kilang. Van tersebut lalu melanggar seorang lelaki (ahli qariah saya) sehingga maut. Lelaki itu maut ditempat kejadian akibat kecedaraan parah di kepala – khabarnya pecah kepala di bahagian belakang.

(more…)

Selama saya tinggal di Siberbay, Tanta bermula tahun 2006 sehingga kini boleh dibilang dengan jari kadar kemalangan jalan raya yang berlalu bermula Suq Gumlah/Agizi/Mahattah Keretapi sehingga ke penghujung Mahattah Siberbay.

Seingat saya kemalangan yang pernah berlaku di depan mata ialah sewaktu saya menaiki bas beberapa ketika dahulu pulang ke Siberbay. Di suatu persimpangan jalan, kelihatan sebuah lori membawa muatan buah limau terbabas ke gigi jalan sehingga menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan raya. Ada pula kelibat manusia yang mengambil kesempatan merasa limau percuma.

Berkelanalah ke serata pelusuk daerah Mesir, hakikatnya anda sukar untuk menemui tiang lampu isyarat di persimpangan jalan raya. Mereka lebih gemar menggunakan bunyi hon dan lampu sebagai wasilah komunikasi di atas jalan raya. Jangan tak percaya, bunyi hon yang pelbagai itu juga mempunyai makna tersendiri.

Ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

(more…)