Header image

Doktor Mahmud Husni az-Zini tenang menyampaikan pengajaran di hadapan. Beliau menerangkan mengenai bab perompak jalanan melalui kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umairah karangan Syeikh Shihabuddin al-Qalyubi dan Syiekh Umairah – syarahan daripada kitab Minhajut Thalibin tulisan Syeikh Mahyuddin an-Nawawi.

Beliau berkaca mata hitam, tanpa memandang pada helaian kitab, beliau tidak lelah menerangkan perihal bab permasalahan Fiqh itu kepada kami. Apa yang menakjubkan, pensyarah mata pelajaran Fiqh Syafie’ itu adalah seorang yang buta. Namun, mata hatinya terang benderang penuh dengan limpahan cahaya ilmu yang mengagumkan!

(more…)

“Apa erti cinta?” Soal pengerusi Majlis. Slot bicara Bait Muslim pada malam itu dipengerusikan oleh Zahratul Amani Naseer, salah seorang pelajar perubatan Universiti Tanta.

Soalan itu lalu dijawab juga oleh salah seorang pelajar perubatan, Zulkifli Muhammad. Mujur microfone agak jauh ketika itu, tergerak hati mahu menjawab soalan yang dilontarkan.

Tajuk forum pada malam itu ‘Born To Love’. Suatu tajuk yang membuatkan dewan penuh dan gerai bazar jualan licin disambar orang. Sepanjang pemerhatian, forum yang dianjurkan Bait Muslim tidak pernah didengari oleh dua atau tiga orang pendengar. Sambutannya begitu menggalakkan.

Alhamdulillah, petanda yang baik.

DILAHIRKAN UNTUK MENYINTAI DAN DICINTAI

Benarkah kenyataan ini? Benarkan kejadian manusia dibangkitkan untuk menyintai? Jika tidak benar, mengapa harus ada cinta? Mengapa Allah Subhanahu Wata’ala membekali manusia dengan naluri untuk bercinta?

Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyintai – sifat ar-Rahman dan ar-Rahim sudah cukup membuktikan hakikat ini. Hakikat bahawa Allah menyintai hamba-hambaNya, malah sangat menyintai hamba-hambaNya yang taat, patuh dan menyintai Allah Subhanahu Wata’ala dan RasulNya.

(more…)

“Apa sudah jadilah dengan masyarakat kita ni…rosak punah masyarakat!” Marah Zaid berapi-api.

“Kenapa ni Zaid? sabar, tak baik kau menuduh dan menuding jari begitu..” Izhar cuba menenangkan emosi sahabatnya.

“Ahh, masyarakat kita sudah punahla..dengan gejala dadah, rasuah, zina dan macam-macam lagi! apa nak jadi ni? B*****g betullah!!” Terhambur rasa yang membuak-buak di dada Zaid.

“Kau tahu Zaid, kalau tuduh begitu nanti empat jari kembali kepada diri. Satu jari ke hadapan..” Jawab Izhar mengguna pakai alasan biasa.

Sesekali pandang pada perbualan di atas seperti tiada apa yang berlaku.

Dua kali pandang terdapat beberapa point yang boleh kita kutip bersama.

Dikata Rosak Pada Mereka Atau Kita?

Jikalau anda seorang yang kuat mengkritik pada suatu kemungkaran, ternyata pasti ada yang melenting dan menghukum. Menghukum bahawa sering menuding jari pada sebuah kerosakan dengan lantang tanpa menyelidiki apa yang berlaku. Atau dengan kata mudahnya, tidak menyelami masalah.

(more…)