Header image

“Di Baling, biasanya kenduri kami wajib ada gulai daging rias pisang.” Cerita saya kepada mak cik sebelah isteri.

“Rias pisang? Apa tu? Batang pisang?”

“Kami di Kedah panggil rias pisang, batang pisang lembut dekat dalam.” Terang saya lagi.

“Haa, nanti datang rasalah ye.”

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

“Nanti waktu akad Tok Imam tu baca agak perlahan.” Pesan isteri sebelum majlis ijab qabul bermula.

Pagi itu angin seperti malu-malu untuk bertiup. Suasana pagi bagai mendung menyambut sang hujan, tetapi tidaklah hingga memberi tanda akan hadirnya ribut kencang akan tiba. Walhal degup jantung empunya diri sudah mengalahkan badai yang bergelora. Hidangan Nasi Lemak saya jamah perlahan, seolah-olah hilang selera bila mata terkelih detik waktu yang bergerak.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

“Kahwin semasa belajar… Apa reaksi kalian?”

“Pada saya kurang bersetuju. Semasa belajar ambil peluang belajar. Tapi jika atas sebab tertentu, silakan mengikat cepat. Tapi sudah dimaklumi bahawa perkahwinan semasa belajar tidak sama dengan perkahwinan sesudah pasangan berkerjaya. Berkahwin semasa belajar bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Tapi kalau nak kahwin juga kena akur akan hakikat.” Komen individu pertama.

(more…)

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

_______________________________________________________________________

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

_______________________________________________________________________

Sesiapa saya di dunia ini jika dipersoalkan, adakah mahu berkahwin. Sudah pasti jawabnya “Ya”.

Andai ada jawapan berbunyi “Tidak” maka saya syorkan agar tahap kenormalannya perlu dikaji dan diselidiki semula. Bimbang terjerumus hubungan persis kaum Nabi Luth a.s dan golongan Lesbian.

Mengapa harus ada perkahwinan. Jawabnya mudah, al-Quran dan as-Sunnah sudah merungkaikan permasalahan ini secara terperinci dan teliti.

Perkahwinan itu banyak faedahnya. Imam al-Ghazali menyebut bahawa perkahwinan adalah “Mujahadah diri, membangkitkan hak-hak ahlinya, berakhlak dengan kesabaran, membawa kesusahan bersama, berusaha untuk memperbaiki dan memberi petunjuk ke arah jalan agama padanya (isteri)..”

Bicara Allah SWT di dalam surah ar-Rum dan suruh al-A’raf:

(more…)

“…setiap hari, suami saya pulang lambat.  Saya dan anak-anak kesunyian sangat di rumah ni. Kami menunggu kepulangannya di pintu rumah, berharap dia akan pulang awal, bermesra dengan kami, atau bawa kami jalan-jalan. Tapi harapan macam tu jadi angan-angan kosong je. Kalau dia balik awal pun, lepas makan, dia terus berguling kepenatan, tak hiraukan anak isteri lagi..”

Ini adalah serpihan emel yang saya kutip dari seseorang yang menghantar permasalahannya di kotak emel saya. Pertama kali membacanya serasa kelu dan terdiam sebentar. Diam saya bukan kerana tidak memahami isi kandungan emel tersebut, tetapi diam kerana memikirkan bagaimanakah cara terbaik memberikan sebuah jawapan kepada permasalahannya.

Ternyata saya sebenarnya bukanlah seorang pakar kaunseling mahupun perunding syariah untuk mengemukakan jawapan bernas, namun cuba untuk menghuraikan sedikit pandangan menurut kacamata ilmiah dan persepsi agama.

Konflik Rumahtangga

Itulah yang dihadapi oleh Puan yang menghantar emel. Permulaan cerita beliau nampak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku secara drastik malah normal sebagai insan bergelar isteri menjadi surirumah tangga samaada secara sepenuh masa atau separuh.

(more…)