Kembara Semalaman Ke Shibin El-Kom

Category : Diari Penulis, Jejak Kembara

Lebih kurang jam 11 malam, saya bersama Ibrahim bertolak ke Suq Gumlah. Suq Gumlah merupakan sebuah stesen perhentian untuk menuju ke destinasi luar daerah yang lainnya. Destinasi kami pada malam itu ialah untuk menuju ke Shibin El-Kom. Sebuah daerah seperti juga daerah-daerah lain republik Mesir.

“Rah fin?” Soal seorang pemandu ketika kami berjalan meninjau kenderaan yang akan bertolak ke Shibin El-Kom malam itu.

“Shibin..” Jawab saya.

“Musy maugud hena, entu gai ila agizi..” Lelaki tadi memberitahu bahawa supaya ke Agizi pula untuk mendapatkan kenderaan ke sana. Kami akur.

Lalu kami segera bergegas ke Agizi kerana malam sudah hampir kemuncaknya. Bimbang jika kelewatan tidak ada kenderaan yang mahu ke sana. Seperti biasa, malam-malam di musim saifi seolah-olah bercahaya. Hiruk pikuk suasana kota tak terhenti selagi fajar sadiq belum menampakkan diri. Selagi azan subuh tidak beralun kedengaran. Masing-masing kepanasan dan tidak tenteram untuk melelapkan mata walau sekejap. Lagipun masa putaran malamnya juga terlalu singkat.

Continue Reading

37 visitors online now
37 guests, 0 members
Max visitors today: 59 at 06:00 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC