Header image

Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.

Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”

Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.

Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.

(more…)

Usai membeli tiket di kaunter Mahattah Tanta, kami terus menuju ke tempat menunggu. Sesekali mata mengerling melihat jam yang tertera pada skrin telefon bimbit.

“Ermm, pukul 9:30 pagi.” Getus hati.

Keretapi mula bergerak laju. Gerabak sentiasa penuh dengan penumpang pelbagai arah. Saya mengambil tempat bersebelahan seorang gadis Mesir. Di hadapannya pula duduk seorang pemuda Mesir. Ustaz Nazri betul-betul bertentang mata dengan saya. Kelihatan dia sedang asyik mendengar MP3.

“Tak kisahlah dok sebelah sapa, lagipun tempat penuh dah..bukan nak kacau sapa-sapa pun..” Monolog sendiri.

Saya membuka beg kecil hitam berlambangkan Universiti Al-Azhar. Lalu mengeluarkan MP3 untuk didengari. Sudah menjadi kebiasaan jika bermusafir MP3 dibawa bersama. Jika tertinggal mengundang sunyi pada diri walaupun hiruk pikuk luar membingitkan telinga. Seakan menjadi kelaziman pula.

(more…)

Satu

Telefon berdering nada lagu Rabbani feat Mawi.

“Assalamualaikum…ni Hadiyudin, ana nak jemput enta datang majlis sikit hari rabu malam khamis lepas maghrib ya..” Kedengaran serak basah suara di corong handset.

“Ok, ana ajak sekali Efizi dan pelajar medic (team pentomen datang)..” Sambut saya.

Ia diadakan di Imarah Darus Sa’adah. Ada sebahagian dari kami memanggilnya dengan gelaran Imarah Maqabir kerana ianya betul-betul terletak di hadapan kawasan perkuburan penduduk tempatan.

Majlis bermula sekitar jam 7 malam selepas sahaja menunaikan solat Isya’. Permulaannya sebagaimana biasa pasti kata-kata aluan membuka bicara. Tidak dilupa, buat hiburan ringan kami ditayangkan semula rakaman persembahan ketika penutup MANIS ’09 baru-baru ini.Kami dihidangkan dengan juadah makarona campur pasta goreng.