Jangan salah faham. Membuka cawangan di sini bukan bermaksud yang bukan-bukan.
Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog yang tidak putus-putus hadir, malah sentiasa stabil kehadirannya walaupun sesekali ada ketikanya traffik mendadak tinggi.
Justeru, oleh kerana entri saya yang bertajuk Bawa Bersama Khasiat Habbatus Sauda’ seringkali ditanya orang – diemailkan. Maka saya mengambil inisiatif baru untuk membuka blog serpihan daripada blog utama Faridrashidi.Com (FRC) untuk tujuan pengiklanan.


