Faridrashidi.Com » Hukuman Had

Kesempurnaan Islam Merangkumi Sebuah Ideologi (2)
Ideologi

Secara literalnya ideologi (mabda’) ialah; Fahaman (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (berdasarkan makna kamu dewan edisi keempat). Mabda’ pula bermakna; Dasar ataupun prinsip.

Manakala secara konseptual, ideologi adalah hasil gabungan dua makna; Idea atau fikrah (fikiran) dan methodologi atau thoriqah (cara, aturan, sistem).

Sebagai sebuah agama dan ideologi (mabda’), Islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizom), ataupun dengan erti kata lain ia mengandungi aqidah dan syariah.

Justeru, idea atau pemikiran (fikrah) dan methodologi (thoriqah) ini adalah terkandung di bawah agama Islam itu sendiri. Kita tidak boleh mengasingkan fikrah dan thoriqah Islam daripada agama Islam kerana ianya adalah tercakup dibawah dasar agama Islam.

Jika kita mengasingkan idea atau fikrah, bererti kita telah menghilangkan fikrah Islam yang disampaikan oleh Jibrail melalui wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita menghilangkan method atau thoriqah, bererti kita membuang jalan dan cara yang diajarkan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.

Ideologi ataupun mabda’ ini hanyalah istilah. Istilah ideologi ini baru dipopularkan oleh pihak barat, walhal ia sudahpun terangkum di bawah dasar agama Islam itu sendiri. Jika tidak wujud perkataan ideologi sekalipun, Islam tetap mempunyai fikrah dan thoriqahnya sendiri. Membaca takrifan definasi yang diciptakan barat adalah terkeluar daripada kefahaman yang tertera di dalam agama Islam. (Terutama definasi terhasil daripada sumber internet umum yang banyak dimonopoli oleh barat)

Fikrah Islam tidak dapat tidak mesti disampaikan melalui thoriqah Islam. Ini yang membezakan antara agama Islam dengan agama dan ideologi kuffar lain. Fikrah Islam adalah mengandungi aqidah Islam, Syariah Islam dan Akhlaq (tasawuf). Ia terangkum dibawah sebuah fikrah, pemikiran, idea (thought).

Apa itu thoriqah ataupun method?

Manakala thoriqah ataupun method adalah suatu cara ataupun jalan untuk menyebarkan fikrah Islam tersebut. Method ialah kaedah bagaimana mahu menerapkan Islam, mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam. Lihat gambarajah untuk lebih jelas.

Thoriqah (method) juga adalah termasuk untuk merealisasikan perkara seperti di bawah:

(1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin. Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.

(2) Memelihara aqidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.

(3) Membawa aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.

Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:

(1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam

(2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan Amar Makruf Nahi Mungkar

(3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.

Sesuaikah Islam diklasifikasi sebagai ideologi? Bukankah ideologi berasal dari pemikiran semata-mata? Wahyu bagaimana?

Seperti yang saya jelaskan di atas, di bawah Islam adalah ideologi. Definasi mengenai ideologi sudah saya jelaskan secara terperinci. Ia terangkum dalam erti kata fikrah dan thoriqah. Mengatakan bahawa mabda’ Islam adalah semata-mata pemikiran merupakan suatu definasi yang salah bahkan tercemar dengan makna yang dibawakan barat. Fikrah ataupun idea Islam itu sendiri adalah daripada wahyu Allah SWT, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril.

Oleh itu, untuk melaksanakan fikrah Islam – memerlukan kepada sebuah cara dan aturan yang dipanggil method ataupun thoriqah. Ramai yang tersalah tafsir makna idea itu adalah semata-mata idea dari manusia. Idea jika dilihat dari perspektif barat tentu sekali tidak akan menjumpai makna fikrah sebagaimana Islam tetapkan!

FIKRAH ISLAM ADALAH WAHYU

Dalam memiliki pemikiran yang konkrit dan kritis, kita perlu faham bahawa subjek yang dibincangkan adalah Ideologi dan Islam. Namun dengan meletakkan ‘Islam adalah Ideologi’ sebagai objek sedari awal merupakan bias di dalam kajian pemikiran sehingga membuatkan kita lupa mengkaji dasar, sejarah dan makna sebenar Ideologi itu sendiri.

Perkara ini bukanlah bias dalam kajian pemikiran, kerana mabda’ sememangnya terkandung di dalam makna Islam. Nah, jika kita katakan bahawa Islam adalah bukan berdasarkan fikrah Islam, ia mengisyaratkan Islam tidak syumul. Apakah wahyu itu bukan fikrah Islam? Wahyu itu sendiri adalah fikrah Islam yang sebenar-benarnya.

Makna sebenar ideologi adalah merupakan sebuah istilah. Apa jua istilah yang diguna pakai perlu dilihat pada dasarnya. Bukan pada gambaran makna zahir istilah. Sebab kata akar sesebuah istilah boleh berubah makna – tidak selamanya kata akar bermakna sama. Misalnya:

“Jama’a” dengan “Jima’” jelas maknanya berbeza. “Jama’a” ertinya mengumpulkan, sedangkan “Jima’” ertinya ialah bersetubuh. Walhal kedua-duanya adalah satu akar yang sama dan mengikut wazan yang sama.

IDEOLOGI LAIN DI DUNIA

Kapitalisme dan Sosialisme adalah ideologi yang lahir kerana kezaliman manusia. Ideologi ini lahir setelah terjadinya penindasan Gereja pada abad pertengahan, hasil dari menolak agama sama sekali atau menerima dengan syarat. Bermula dari sinilah sejarah Kapitalisme dan Sosialisme sebagai ideologi dikembangkan.

Sumber ajaran ideologi masing-masing adalah semata-mata berdasarkan akal. Akallah yang menentukan segala-galanya samaada berkaitan aqidah ataupun sistemnya. Aqidah Kapitalisme berasaskan pemisahan antara agama dan kehidupan (fashlu ad-Din ‘an al-Hayat) atau popular digelar ‘Sekularisme’.

Kapitalisme dan Sosialisme atau Komunisme pada dasar pembawakannya hanyalah mengatur urusan dunia mereka sahaja. Seandainya pengamal Kapitalisme dan Sosialisme menginginkan aspek rohani (an-Nahiyah ar-Ruhiyyah) mereka terpaksa mencari agama dan ideologi selain daripada apa yang mereka anuti.

Begitu juga halnya dengan agama Yahudi, Kristian, Hindu,  Buddha, Confucious dan sebagainya – hanya mengatur urusan akhirat dan spiritual sahaja, sedangkan masalah hal pengikutnya diserahkan kepada mereka sendiri. Akibatnya, ada dikalangan mereka cenderung mengambil Kapitalisme dan Sosialisme sebagai aturan hidup. Bahkan ada yang menjadi ateis (tidak percaya Tuhan). Hakikat inilah yang berlaku kepada agama dan ideologi selain Islam.

Menggerakkan Islam hanya berdasarkan ideologi dengan mengenepikan nilai tradisi dan elemen penting yang lain, kesannya dilihat tidak lebih sebagai suatu ideologi (mengikut tafsiran) sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan gagasan ideologi yang separuh separuh itu. Antara golongan separuh yang saya maksudkan yang hanya suka bermain dengan ideologi semata adalah golongan ateis.

Persoalan ini sudah terjawab sebagaimana seperti yang telah saya jelaskan di atas. Pemahaman makna mabda’ yang merangkumi fikrah dan thoriqah menafikan bahawa Islam adalah agama separuh-separuh. Malah Islam mengandungi segala aspek bermula aqidah, syariat dan akhlaq (tasawuf).

Itulah yang dinamakan kaffah. Menyeluruh ke segenap segi dan aspek tanpa meninggalkan sesuatu. Justeru, kesempurnaan Islam adalah turut merangkumi sebuah mabda’.

Rujukan:

Islam: Politik dan Spiritual, Dr. Samih Athif az-Zein.

An-Nizamul Siyasah fil Islam, Dr. Abdul Aziz ‘Izzat al-Khayyat.

Al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi.

1:04AM, 30 Mac 2010

Siberbaya, Tanta.

Menjustifikasikan Apabila Dirogol
“Dibolehkan menjadi pelacur jika dalam keadaan darurat.” Kata lelaki A.

“Tidak dikenakan had jika dipaksa zina/rogol.” Kata lelaki B.

Jika dilihat sekali imbas tanpa penelitian, seakan sama bunyi petikan kata-kata itu. Keterpaksaan untuk melakukan perzinaan.

Berhenti dulu. Sila baca dan renung dahulu situasi antara keduanya. Wujudkah perbezaan antara keduanya? Jawapannya, wujud dan berbeza sama sekali hukumnya.

Menjerumuskan diri ke dalam lembah perzinaan atau dengan bahasa kasarnya, menjadi pelacur lalu menggunakan wang tersebut untuk sara diri dalam kehidupan adalah HARAM sama sekali. Tidak ada alasan untuk menggunakan kaedah darurat akibat ketiadaan kerja mahupun tertekan hidup kerana tidak mempunyai wang.

Jelas. Mari kita teliti pula masalah kedua. Ini bukan masalah sexual harassment semata-mata, tetapi masalah dipaksa zina. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika dipaksa zina ataupun istilah masyhurnya ‘Dirogol’? Perkara ini juga terkandung di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah di bawah tajuk ad-Darar Yuzal.

PERBEZAAN MAZHAB DALAM MASALAH INI

Mazhab Hanafi:

Zina paksa bagi lelaki tidak dibolehkan dengan sebab paksaan. Ianya tidak dikira sebagai rukhsah kerana dosanya akan berpanjangan dan berdosa selama-lamanya. Menurutnya perbuatan zina adalah haram secara qat’ei, tidak ada tempat untuk dijadikan keraguan dan tidak boleh beralasan atas apapun.

Jika orang dipaksa itu tetap melakukannya, dosanya tidak akan gugur. Ini dilihat kepada faktor kemudharatan yang besar dengan lebih kecil. Kemudharatan akibat berlaku perzinaan adalah besar bukan dikategorikan sebagai mudharat kecil – Ia berkaitan keturunan dan maruah.

Adapun perempuan dipaksa untuk berzina, berkata setengah pendapat ulama’-ulama’ al-Hanafiah perempuan tadi tidak berdosa. Ini terjadi apabila lelaki yang memaksa perempuan itu berzina dengan paksaan yang sebenar-benarnya.

Al-Kasani menyatakan bahawa perbuatan zina ini tidak kira lelaki ataupun perempuan adalah sama kedudukannya. Bukankah Allah SWT menyamakan di dalam al-Quran mengenai persamaan antara penzina lelaki dan perempuan. Maka selayaknya kita tidak boleh membezakan kedua-duanya. Justeru, kita tidak boleh berikan rukhsah kepada wanita yang dipaksa itu.

Mazhab Hanbali:

Majoriti ulama mazhab Hanbali dan Imam Muhammad bin al-Hasan pengikut mazhab Hanafi pula mengatakan bahawa lelaki yang dipaksa berzina dikenakan hukuman hudud. Ini kerana persetubuhan tidak akan berlaku tanpa adanya lelaki.

Mazhab Maliki:

Tidak boleh meletakkan zina ini sebagai kesan paksaan. Walaupun dengan cara ditakut-takut dengan bunuh. Bahkan wajib merelakan diri untuk dibunuh  samaada perempuan tadi dipaksa ataupun merelakan. Jika perempuan itu sudah berkahwin atau bertuan, maka dia wajib merelakan untuk dibunuh.

Akan tetapi jika perempuan itu tidak bersuami dan tidak mempunyai tuan (hamba), maka tidak mengapa.

Mazhab Syafie’:

Tidak halal berzina dengan sebab paksaan samaada terpaksa mahupun yang memaksa. Lelaki perempuan adalah sama.

Ini hukum dari segi akhirat, adapun hukuman zina dari sudut dunia bagi pendapat rajih dari ketiga-tiga mazhab adalah 100 kali rotan.

Adapun perempuan yang dipaksa berzina tidak dikenakan hukuman ke atasnya.

Hudud adalah terbatal dengan syubhat. Ini kerana keterpaksaan adalah suatu benda yang syubhat maka ianya terhalang daripada dikenakan hudud. Jadi, perempuan itu tidak dikenakan hudud.

Manakala menurut sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie’ berpendapat: “Apabila seseorang wanita dipaksa antara berzina dan dibunuh, maka haram baginya memilih berzina dan ia mesti memilih dibunuh. Ini disebabkan haram berzina terkategori sebagai menjaga maruah, dan haram membunuh terkategori sebagai menjaga nyawa.

Alasannya kerana implikasi daripada perbuatan zina itu lebih besar seperti mengandung anak luar nikah, trauma yang dialami mangsa, malu yang dirasai oleh kaum keluarga dan tercalarnya harga diri.

“Dan sesiapa Yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah – sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nur: 33)

Menurut riwayat daripada Mughni Ibnu Qudamah jilid 8 muka surat 187, telah datang seorang perempuan ketika zaman Saidina Umar r.a, lalu berkata:

“Aku tertidur nyenyak, aku tak terjaga sehinggalah aku bangun dan sedari bahawa lelaki telah merogol aku.”

Saidina Umar r.a berkata, “Aku bebaskan perempuan itu dengan sebab hudud tidak terjadi kerana syubhat.”

Pandangan Jumhur Ulama’:

Menurut pandangan jumhur ulama’ mengatakan bahawa wanita yang dipaksa untuk melakukan zina, tidak dikenakan hukuman hudud. Seandainya paksaan itu adalah paksaan yang ‘muljik’ (Sudah berusaha berlindung), maka dia tidak berdosa.

Tetapi jika paksaan itu bukan ‘muljik’, maka dia berdosa. Dalil yang mereka gunakan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Athram:

“Bahawa seorang wanita telah dipaksa untuk berzina pada zaman Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW membebaskannya daripada hukuman hudud.”

Ini kerana zina paksa atau rogol adalah dikira sebagai syubhat dan hukuman hudud terhalang apabila berlaku syubhat ke atasnya. Begitu juga hukuman lelaki yang dipaksa zina adalah sama dengan hukuman ke atas wanita menurut jumhur ulama’. Pendapat ini adalah dikira sebagai rajih.

Kesemua pendapat di atas adalah benar kerana masing-masing bersandarkan dalil. Namun begitu, timbul persoalan – Yang mana satukah pendapat yang harus digunakan untu menyelesaikan masalah ini.

Jawabnya, bagaimana mahu memilih pendapat walhal perlaksanaan hukumnya tidak dijalankan. Imam dan Qodhi lebih berhak memberikan kata putus.

Mahu bina rumah, tetapi bahan asas pembinaannya belum ada. Apakah rumah itu akan siap sepenuhnya?

Marilah cuba-cuba untuk tepuk dada, mungkin Iman mampu menjawabnya!

Rujukan:

Muhadharat fi Qawaid al-Fiqh al-Kuliyah Firqah Rabi’ah, Doktor Hamid Abduhu Faqi.

Sakit Puan&Perbidanan, Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.

Al-Wafi, Syarah Hadis 40, Imam Nawawi, Dr.Mustafa al-Bugha & Mahyuddin Misto.

11:40AM, 18 Februari 2010,

Siberbay, Tanta.

Keperluan Gharizatu An-Nau’ Itu Ialah Naluri Seksual
“Manusia dimana-mana sama saja.. tak kira arabkah, melayukah.. selagi mana tak ikut Islam habislah.” Saya memberi respon kepada Pak Long Di. Dia mengiyakan.

Berkebetulan saya bertandang ke rumahnya ketika itu kerana ditauliahkan sebagai Amil pengutip zakat fitrah. Maka dapatlah mengenali penduduk kampung dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Alhamdulillah.

“Mereka telah berzina.. dah banyak kali..” Cerita seorang kenalan kepada saya. Tersentak mendengarnya. Apa tidaknya, mereka yang dikatakan terlibat itu adalah individu yang saya kenali. Namun saya tidak begitu terburu nafsu untuk menuduh sesiapa. Pembuktian dalam Islam adalah berdasarkan bukti realiti dan saksi yang nyata.

Pertuduhan tidak akan berjalan selagi mana perkara di atas tidak wujud. Itu kaedah pengadilan di dalam hukum syara’.

“Astaghfirullahhal azim..”

“Kamu tahu mana?”

“Dia beritahu saya..” Jawabnya lagi.

AKAL NALURI DAN KEPERLUAN JASMANI

“Dan di dalam dirimu (terdapat tanda-tanda kebesaran Allah), tidakkah kamu memikirkannya?” (Az-Zariyat: 21)

“Sesungguhnya tentang penciptaan langit dan bumi, serta perubahan siang dan malam itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mempunyai akal (ulil albab). Iaitu orang-orang yang sentiasa mengingat Allah apabila berdiri, duduk dan terbaring serta berfikir tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya mengatakan): “Tuhanku, tidaklah sia-sia Engkau ciptakan ini semua. Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari azab nereka.” (Ali-Imran: 190)

Apabila diteliti ayat di ayat, sesungguhnya Allah SWT telah menyatakan kepada manusia bahawa ia mempunyai akal, dan dengan itu juga Allah SWT telah memuliakan manusia. Maka Allah SWT telah mengurniakan kepada kita suatu potensi yang terwujud. Potensi yang terwujud itu akan berlaku sekiranya akal kurniaan Allah SWT digunakan untuk meningkatkan taraf hidupnya sehinggalah kualiti taraf hidupnya meningkat.

Justeru, ia menatijahkan penghasilan tamadun-tamadun yang tinggi kesan dari taraf pemikiran manusia seiring fitrah  yang diberikan oleh Allah SWT.

Inilah perbezaan ketara antara manusia dan haiwan. Haiwan ialah suatu materi yang tidak mempunyai akal, dan kalangan haiwan ini taraf hidup dan kualiti tingkah laku (suluk) tetap rendah.

Sesungguhnya manusia telah dikurniakan khasiyat yang terdapat di dalam diri. Di mana, khasiyat yang dimaksudkan di sini ialah keistimewaan yang berupa potensi khas yang diberikan Allah SWT kepada benda. Sehingga benda tersebut dapat memberikan sesuatu atau dapat dipergunakan untuk menghasilkan sesuatu.

Rangkap kata di atas saya simpulkan kepada pecahan-pecahan berikut pula:-

Maksudnya, manusia mempunyai kemampuan untuk berfikir, mengalami pertumbuhan dan tumbesaran menjadi besar, kepayahan, mengantuk dan ini adalah merupakan kesan jasmani.

Begitu juga proses berkembang biak, merasa kasih sayang, perasaan kebapakan dan keibuan yang merupakan kesan daripada naluri seksual (gharizatu an-nau’).

Sifat ingin mempertahankan diri, menyukai sesuatu, ingin berkuasa, ingin memiliki materi, marah, selesa dan berbangga ia adalah merupakan kesan mahu mempertahankan diri masing-masing (gharizatu al-baqa’).

Manakala perasaan merasa lemah dan mempunyai keperluan yang mesti dipenuhi, takut dan perasaan tenang kerana melakukan ketaatan adalah tergolong di dalam naluri beragama (gharizatu an-tadayyun’).

Ini adalah merupakan sebahagian contoh perasaan-perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu. Terdapat beribu-ribu jenis perasaan yang dialami manusia sepanjang hayatnya, dan kesemuanya itu mendorong dirinya untuk melakukan perbuatan dalam rangka memenuhi tuntutan perasaan tersebut.

Namun begitu, meskipun dorongan dari dalam diri manusia begitu kuat untuk melakukan perkara di atas, ianya dapat ditentukan bergantung kepada mafhum masing-masing tentang dorongan tersebut. Ini juga di antara perkara yang jelas membezakan manusia dan haiwan.

Hakikatnya, haiwan menggunakan tamyiz gharizi dalam memenuhi keperluan jasmani dan dorongan nalurinya. Apa yang dimaksudkan pula dengan tamyiz gharizi?

Tamyiz gharizi adalah bermaksud kemampuan untuk membezakan yang terdapat pada haiwan, yang bersifat naluriah, kerana adanya penginderaan ke atas sesuatu secara berulang-berulang. Misalnya apabila haiwan (lembu, kerbau dll) itu makan, mengapa haiwan itu langsung memakan rumput? Dan bagaimana caranya ia mengetahui bahawa benda yang ada dihadapannya adalah rumput? Mengapa haiwan itu tidak tersilap menelan tunggul?

Nah, di sinilah wujudnya tamyiz gharizi pada haiwan. Ianya hasil kurniaan Allah SWT kepadanya, lantas perilaku berulang-ulang ini mencetuskan rasa tahu pada haiwan.

Begitu juga perihal naluri seksual, haiwan sama sekali tidak pernah mendapat pendidikan seks sebagaimana manusia, namun haiwan mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan haiwan betina sejenis.

SETIAP MANUSIA ITU SAMA

Tubuh manusia sebenarnya terdiri daripada pelbagai sel, dengan bentuk, warna dan tugas berbeza. Jumlah keseluruhannya melebih daripada 200 bilion sel. Setiap sel terdiri daripada membrane (dinding sel) dan nucleus (inti sel), yang dikelilingi sitoplasma. Sitoplasma ini mengililingi inti sel yang terdiri daripada beberapa kromosom. Jumlahnya 46 kromosom sahaja, tidak kurang dan tidak lebih. Ianya terdapat di dalam sel sperma lelaki dan sel telur perempuan.

Begitu juga dengan struktur tubuh manusia, tidak ada perbezaan antara seorang manusia dengan manusia yang lain waima struktur organ tubuh ataupun fungsinya. Walaupun sedikit berbeza pada warna kulit dan tumbesaran badan, manusia masing-masing mempunyai mata, hati, hempedu, serta anggota tubuh yang lain.

Maka tidak dapat tidak, fungsi-fungsi di atas adalah sama walaupun manusia itu berbangsa apa sekalipun, samaada ianya Melayu, Cina, India, Jepun, Eropah, Arab dan lain-lain. Tidak kira apa juga taraf hidupnya, samaada seorang guru, doktor, pelajar, pekerja semuanya mempunyai naluri seksual (gharizatu an-nau’).

Allah SWT telah menerangkan kenyataan lain berkenaan naluri, dalam beberapa ayat. Misalnya:

“Dan ingatlah apabila Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya, Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia. Ibrahim berkata: (Dan saya mohon juga) daripada keturunan saya. Allah berfirman: Janji-Ku ini tidak akan mengenai orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 124)

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa, Nabi Ibrahim mempunyai rasa cinta pada zuriatnya. Ini membuktikan juga Nabi Ibrahim mempunyai naluri, dan naluri inilah yang dipanggil naluri seksual (gharizatu an-nau’). Nabi Ibrahim memohon kepada Allah SWT agar Dia menjadikan keturunannya sebagai imam sama sepertinya. Tetapi Allah SWT menjawab kembali dengan menyatakan bahawa imamah itu hanya akan diberikan pada mereka yang soleh, bukan zalim.

Demikian juga mengenai kisah Nabi Yusuf AS.Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukannya) dengan wanita itu, seandainya dia tidak melihat tanda-tanda (dari) Tuhannya.” (Yusuf: 24)

Dorongan syahwat kepada lawan jantina tersebut merupakan kenyataan yang membuktikan wujudnya gharizatu an-nau’ Nabi Yusuf AS kepada permaisuri raja itu. Begitu juga perasaan yang ada pada permaisuri kepada Nabi Yusuf AS lalu ingin memenuhi gharizatu an-nau’. Namun akhirnya Nabi Yusuf AS tidak melakukannya kerana Allah SWT telah menjaga dan mencegahnya.

TIMBUL NALURI KERANA UNSUR LUARAN BUKAN DALAMAN

Naluri manusia sebenarnya timbul kerana adanya unsur-unsur luaran. Justeru, ketiga-tiga naluri itu wujud atas dasar dua faktor.

1.	Realiti

2.	Pemikiran

Misalnya dalam kes Nabi Yusuf seperti mana yang telah tercatit dalam lembaran al-Quran di atas. Nabi Yusuf dan permaisuri raja tersebut sama-sama tertarik kerana adanya realiti. Bagi Nabi Yusud AS, wanita itu adalah realiti di hadapannya, begitu juga permaisuri itu, Nabi Yusuf AS adalah realiti yang mampu mempengaruhi perasaan gharizatu an-nau’nya. Sehinggalah muncul perasaan tertarik antara satu sama lain.

Disamping realiti, faktor pemikiran juga mampu mempengaruhi naluri seseorang itu. Contohnya apabila seorang lelaki membayangkan akan perihal seorang wanita, maka dorongan nafsu syahwatnya akan wujud, walaupun pada hakikatnya realiti wanita itu tidak berada di hadapannya.

Kedua-dua faktor itu, sesungguhnya mampu mempengaruhi naluri seseorang manusia.

BOLEHKAH NALURI ITU DIHILANGKAN?

Naluri tidak dapat dihilangkan dari diri manusia. Namun begitu, naluri mampu dialikan kepada yang lain. Contoh seterusnya ialah sebagaimana perintah Rasulullah SAW kepada para pemuda yang tidak mampu untuk bernikah. Pesan Baginda SAW:

“Wahai para pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang mampu berumahtangga, maka menikahlah. Sebab, menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang).” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW memerintahkan mereka yang kuat keinginannya untuk berkahwin agar berpuasa seandainya tidak mampu. Ini kerana dengan berpuasa dapat mengalihkan naluri seksualnya (gharizatu an-nau’) kepada naluri beragama iaitu gharizatu at-tadayyun. Dengan berpuasa, ia mampu meningkatkan kekuatan spiritual seseorang agar geloranya dapat dikendalikan.

SYARIAT MENUNJUKI JALAN

Adanya naluri menyebabkan manusia berusaha untuk memuaskan nalurinya. Namun begitu, hadir Islam mengekang manusia agar tidak terjerlus ke lembah kehinaan. Dengan adanya syariat, manusia mempunyai tatacara kehidupan yang benar dan sahih.

Syariat mengharamkan perzinaan, lalu diganti dengan pernikahan agar dapat mengalihkan naluri ke arah kejahatan kepada kebaikan. Seandainya sudah terlanjur, syariat menetapkan hukuman had 100 sebatan berserta buang daerah dan rejam sebagai penghapus kepada kesalahan. Malah Allah SWT telah mencegah manusia terlebih dahulu dengan firmannya:

“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)

Mengecewakan, kini manusia mengaku Islam tidak lagi mengendahkan akan hal ini. Bahkan kini tahap kesedaran seakan hilang bila adegan mengawan bersepah di merata-rata. Jangankan di dalam rumah-rumah rehat, malahan tepian jalan manusia lalu lalang juga turut menjadi tempat melampiaskan nafsu.

Jangan sampai jadi HAIWAN YANG TAK PUNYA AKAL, KERANA DIRIMU BUKAN HAIWAN yang hidupnya hanya tahu mengawan, makan dan buang air.

Sumber rujukan:

ISLAM: Politik dan Spiritual karya Hafidz Abdurrahman.

10:49AM, 22 November 2009,

Baiti, KKB Kupang.