Ideologi
Secara literalnya ideologi (mabda’) ialah; Fahaman (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (berdasarkan makna kamu dewan edisi keempat). Mabda’ pula bermakna; Dasar ataupun prinsip.
Manakala secara konseptual, ideologi adalah hasil gabungan dua makna; Idea atau fikrah (fikiran) dan methodologi atau thoriqah (cara, aturan, sistem).
Sebagai sebuah agama dan ideologi (mabda’), Islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizom), ataupun dengan erti kata lain ia mengandungi aqidah dan syariah.
Justeru, idea atau pemikiran (fikrah) dan methodologi (thoriqah) ini adalah terkandung di bawah agama Islam itu sendiri. Kita tidak boleh mengasingkan fikrah dan thoriqah Islam daripada agama Islam kerana ianya adalah tercakup dibawah dasar agama Islam.
Jika kita mengasingkan idea atau fikrah, bererti kita telah menghilangkan fikrah Islam yang disampaikan oleh Jibrail melalui wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita menghilangkan method atau thoriqah, bererti kita membuang jalan dan cara yang diajarkan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.
Ideologi ataupun mabda’ ini hanyalah istilah. Istilah ideologi ini baru dipopularkan oleh pihak barat, walhal ia sudahpun terangkum di bawah dasar agama Islam itu sendiri. Jika tidak wujud perkataan ideologi sekalipun, Islam tetap mempunyai fikrah dan thoriqahnya sendiri. Membaca takrifan definasi yang diciptakan barat adalah terkeluar daripada kefahaman yang tertera di dalam agama Islam. (Terutama definasi terhasil daripada sumber internet umum yang banyak dimonopoli oleh barat)

