“Assalamualaikum..”
“Wallahi.. Wallahul azim!”
Dua baris perkataan acapkali kedengaran di mana-mana pelusuk negara Mesir. Ucapan sebegitu bukan sahaja digunakan pakai oleh masyarakat Islam Mesir, tetapi turut digunakan oleh sebilangan komuniti kristian ortodok.
Jika yang menuturkan kata-kata itu seorang wanita kristian (tidak menutup aurat dan bertudung) mungkin mudah diketahui berbanding lelaki. Saya pernah beberapa kali terkeliru dan silap memberi salam kepada mereka. Lelaki kristian hampir sama penampilan dan gaya dengan lelaki Islam.
Yang membezakan ialah rantai salib atau tatoo salib dilengan mereka. Perlu lebih peka memerhati.
ISU PANAS
Kebelakangan ini timbul isu yang hangat diperkatakan samaada melalu media arus perdana, blog-blog mahupun sumber internet. Masing-masing memberi pandangan berkaitan penggunaan nama ALLAH oleh non-muslim di Malaysia. Malah isu panas ini mampu menenggelamkan tidak balas awam ke atas kenaikan harga gula di pasaran.

