Header image

Satu perkataan yang sama namun mempunyai dua maksud berbeza. Penggunaan sial dalam bahasa melayu jika tersalah menyebut bakal mengundang binasa pada diri.

Jika dilihat maknanya, sial menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu perkara yang tidak beruntung (selalu gagal dalam mendapat sesuatu), tidak bernasib baik (se­lalu ditimpa kemalangan, selalu susah).

“Aduh, sial apa yang melanda diriku ini..” Rungut seseorang bila ditimpa musibah.

“Sial punya budak!” Tengking seseorang bila api kemarahan sedang membuak-buak.

“Uihh, perangai macam sial sehh..” Loghat anak muda di sebuah negeri.

Berhati-hatilah menggunakan perkataan sedemikian rupa, kerana setiap makna sesuatu perkataan dalam sesebuah masyarakat mempunyai identiti dan makna tersendiri. Bertepatan mula dengan peribahasa purbakala melayu berbunyi  ”Kerana pulut santa binasa, kerana mulut badan binasa”.

(more…)

33

Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Aku duduk di belakang Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ajarkan kamu beberapa kalimat. Hendaklah kamu jaga Allah SWT nescaya Allah SWT jaga kamu, sekiranya kamu jaga hak Allah SWT nescaya kamu dapati Allah SWT berada di depanmu, sekiranya ingin meminta apa-apa mintalah dengan Allah SWT, sekiranya kamu mahu minta bantuan, mintalah dengan Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu, pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

(more…)