“Hujan rahmat..” Ungkapan yang selalu diperkatakan orang kebanyakan orang.
Sewajarnya kita tidak perlulah bersusah menyangkal dakwaan ini. Ini kerana ungkapan hujan rahmat adalah bertepatan dengan konsep penurunan rezeki dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Sungguh, hujan itu membawa kebaikan, kemanfaatan, kenikmatan yang amat-amat besar kepada umat Islam seluruh alam raya. Tak terhitung betapa besarnya nikmat ini seiring nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wata’ala.
Katakanlah. Alhamdulillah, berkali-kali sehingga lidah-lidah kita senantiasa mencintai kalimat itu dengan keikhlasan hati. Lakukanlah beserta hati yang jernih dan bening.
HUJAN DI ‘TANAH HITAM’
“Andainya hujan di Mesir ini turun dengan lebat, barangkali runtuh habis bangunan-bangunan..” Perbualan yang biasa saya tuturkan dan bincangkan bersama rakan-rakan.
Seronok bila melihat sesuatu, lalu dibentangkan pada halaman hiwar untuk dibicarakan bersama rakan dan sahabat. Bukan untuk menghabiskan air liur, tetapi menggerakkan minda-minda agar mampu menghasilkan suatu perbualan yang mengandungi ilmu. Tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

