“Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.
Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”
Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.
Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.

