Pejam celik, pejam celik, bulan ini (April) sudah genap setahun ulangtahun pertama bagi laman web berbayar saya – Faridrashidi.Com. Rasanya baru semalam ia dilahirkan, hari ini sudah pandai merangkak dan berjalan.
Sepanjang setahun mengemudi pelayaran di samudera, pelbagai rintangan kecil ditempuhi. Dugaan yang saya kira masih ditahap biasa dan ianya adalah fitrah bagi sesiapa yang mengimpikan kebenaran di muka bumi ini. Kerana kesediaan untuk menempuhi dugaan seharusnya sudah tersemat di nubari para pencinta kebenaran. Walaupun kau bersendiri dan terasing.
Manusiakan lebih mudah berfalsafah berbanding merasa. Abaikan kata-kata manusia. Selagimana mentari tetapi berpaksi dan terus menyinari, dan bulan mengambang memantulkan cahaya, selagi itu kata-kata manusia tak pernah hilang. Andaikan dituruti, pasti blog ini sama sekali tidak terwujud di arena infiniti.
Lalu minda senantiasa berkelintaran memikirkannya. Berfikir kaedah terbaik menyumbangkan sesuatu buat umat walapun ianya sebuah pembacaan santai.
“Kalau tulis berat-berat seperti penulisan ilmiah, orang tak berapa baca.” Kata salah seorang respondan.
Saya termenung sejenak. Berfikir dan berfikir. Bermula saat itu, saya cuba mengetengahkan konsep penyampaian berat tetapi secara santai. Diselang-selikan bersama penceritaan kisah-kisah harian, kembara dan aneka penulisan lain. Mungkin itu sedikit meringankan minda menghadam.
(more…)