Header image

Saya agak berat untuk menulis artikel pada kali ini (Baca: Tajuk). Kebimbangan saya bukan pada nilaian berat bahasanya, tetapi dibimbangi terhasil kekeliruan kepada para pembaca. Lalu, saya sedaya-upaya melalui kudrat yang Allah SWT kurniakan sekelumit ini untuk memperjelaskan kebingungan.

Menjelaskan dan memberi pencerahan agar sinarnya terang ke medium kotak pemikiran pembaca persis mentari menyimbah bumi. Tanpa serabut dan tanpa dibayangi lintasan pemikiran rosak. Semoga Allah SWT membuka hati-hati kita dengan penerimaan cahaya ilmu dari Azza Wajalla.

Setiap hujah yang dilampirkan tidak berjawab, tetapi dibalas dengan pertanyaan demi pertanyaan dalam konteks yang berbeza. Akhirnya tiada kesudahan.

Penjelasan ini dibuat adalah sebagai kesinambungan perbincangan yang telah dibuka oleh saya dalam laman Facebook tempohari. Oleh kerana kolum perbincangan di sana agak terhad, maka saya memutuskan untuk menulis dan memindahkan perbincangan ke medan blog. Semoga ia menghadirkan konklusi dan sebuah kesudahan tanpa emosi yang meruntun jiwa.

Artikel kali ini adalah yang terpanjang dalam sejarah penulisan saya di laman weblog. Bacalah dengan keterbukaan dan rasa ingin mencari kebenaran dalam menegakkan agama Islam.

(more…)

“Ada orang tak di sebelah kamu?” Seorang pemuda arab menyapa saya dari arah belakang. Saya memalingkan wajah melihat gerangan yang menegur.

“Boleh saya duduk?” Tanya beliau lagi. Kebetulan di sebelah kiri saya terdapat tiga kerusi kosong. Saya dan Azmir agak kelewatan kerana pergi mendapatkan air minuman. Jadi, kedudukan kami adalah di atas para penonton dalam dewan. Dari atas, jelas kelihatan suasana di atas pentas dan di bahagian penonton. Penuh.

“Tak ada, silakan.” Jawab saya sambil mengalihkan beg. Dia bersama tiga orang rakannya duduk di sebelah saya. Tersenyum.

Where you come from?” Soalnya berbahasa Inggeris. Bermula ketika mula memasuki kawasan perkarangan Universiti lagi sudah disambut dengan bahasa Inggeris oleh pengawal yang bertugas. Jadi tidak mustahil ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Nama sudah menunjukkan segala yang tersirat dan tersurat – The American University In Cairo.

From melizia, kamu?” Jawab saya dengan bahasa yang bercampur baur. Sekejap bahasa Inggeris, sekejap bahasa arab. Otak tidak sempat memprogramkan output bahasa.

Acara dewan dimulakan dengan tayangan slide show sebagai pembuka kata. Pentas masih gelap.

“Saya dari arab saudi, dan ini sebelah kawan saya dari Yaman.” Beliau memperkenal rakannya. Saya menghulurkan salam tanda perkenalan.

(more…)

“Alhamdulillah, selesai.” Tertulis status yang saya pamerkan di Facebook.

“Syukur alhamdulillah… Sakit dah ok ke farid?”

“Apa yang selesai, makan kot” Komen ini membuatkan saya tersenyum sendiri.

“Salam… Mesti lega hati selepas berjuang… Yang lain itu diserahkan pada Yang Maha Esa…”

Kelihatan beberapa balas komen dari para komentator selepas beberapa ketika. Saya berterima kasih atas perhatian yang diberikan.

Sebelum ini saya telah menulis entri Berlari Melihat Pelangi Senja sebagai pemberitahuan bahawa blog FRC dibekukan selama 10 hari. Selama 10 hari saya tidak menulis sesuatu di sini, bukanlah bererti saya terus menyepi diri. Bahkan ada ketika saya turut membalas komentar yang tersenarai di kekotak halaman bawah.

JAWAPAN BISU

Menjawab persoalan yang dilontarkan, pertama sekali ingin saya sebutkan bahawa ‘selesai’ yang dimaksudkan bukanlah keseluruhannya. Kerana misi menggapai matlamat dan cita-cita bukan secepat 10 hari, tetapi mungkin lebih dari itu. Adakalanya mencecah tahun. Kesabaran sangat diperlukan saat itu.

(more…)

Kenderaan pengangkutan jenis peugeot membawa kami terus bergerak laju menuju ke destinasi. Destinasi persinggahan pertama kami ialah Mansurah.

Memandangkan tidak sempat untuk melayari internet di rumah. Saya cuba ‘on’kan internet di telefon bimbit untuk mengakses ke laman web dan Yahoo Messengger. Lalu cuba untuk melayari laman sesawang sosial Facebook.

“Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah meninggal dunia pagi ini..” Terpapar skrin di status beberapa orang teman mengejutkan kolong jiwa.

“Allahhu Rabbi!” Hati terkejut seakan tidak percaya.

“Ustaz Asri vokalis Rabbani dah meninggal dunia pagi tadi..” Saya cuba beritahu kepada Husni yang duduk di kerusi tengah kereta.

“Yakah?” Dia seakan tidak percaya. Saya juga begitu.

Saya cuba untuk mencari maklumat lain bagi mentakkidkan lagi berita tersebut. Namun tidak berjaya kerana simkad telefon bimbit saya diblock akibat tersalah tekan nombor PIN.

(more…)

“Ewah, ewah, ewahh…bicara manis menghiris kalbu, hujjah tuan sekadar picisan. Namun di hati ini tidak sekali  mempersetujuinya…” Saya bangun membuka bicara mewakili Ketua pembangkang dalam debat ala parlimen sempena MMKT ’09 iaitu program tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).

Sedikit getaran muncul dihujung bicara.

“Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam perdebatan dari anak watan..sebelum saya meneruskan hujjah seterusnya ingin saya tegaskan bahawa kami tetap dengan pendirian bahawa ‘Rangkaian web sosial masih relevan dan tidak sekali mengundang kepada gejala sosial..” Menjadi adat dalam berdebat, mempertahankan benang yang basah walau terkadang hati tidak bersetuju dengannya. Kami selaku delegasi pembangkang tetap bertegas mempertahankan lontaran fakta kes bertubi-tubi.

Apa yang dimaksudkan dengan lama web sosial?

Rangkaian web sosial begitu pesat membiak kini. Jikalau mengikut pentakrifan makna web menurut kefahaman wikipedia ia bermaksud: (more…)