“Saya ada memasukkan sedikit sumbangan ke dalam akaun Ustaz, sebanyak RM bagi pihak Almarhum ayah saya, Hussain bin Mohamad yang baru saja meninggal dunia pada 9/10/2009. Semoga ianya dapat membantu menambahbaikkan Darul Fikr. Terima kasih.”
Emel di atas saya terima dari seorang pembaca blog. Alhamdulillah, beliau telah menyumbangkan sumbangan wang ringgit untuk Darul Fikr atas nama bapanya yang telah meninggal dunia.
Ini merupakan salah seorang penyumbang yang memberikan sumbangan, selebihnya saya tidak dapat mengenal pasti identiti memandangkan tidak disertakan butiran peribadi. Pada hemat saya, beliau tidak mahu identitinya didedahkan.
Walaubagaimanapun saya hulurkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang terbabit memberikan sumbangan. Jazakallahhu khairan kasira.




