‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA

Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.

Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.

Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.

Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).

Continue reading »