Suatu ketika kota Constantinople pernah diduduki oleh empayar Byzantine bertahun-tahun lamanya. Begitu kebal dengan pertahanan kubu dan tentera yang berkawal disekitarnya menyebabkan ianya sukar ditembusi pihak lawan. Malah kerajaan Islam Uthmaniyyah sebelum Sultan Muhammad al-Fateh pernah beberapa kali mencuba untuk menguasai kota ini lantas ingin memegang gelaran yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW.
Di antara operasi yang pernah dilakukan demi menakluk kota itu ialah kempen penaklukan sebanyak 5 kali di zaman Kerajaan Umayyah, manakala di zaman Kerajaan Abbasiyah pula 1 kempen dijalankan dan 2 kempen penaklukan di zaman Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah. Namun ke semuanya gagal.
Usaha Demi Usaha
Akhirnya muncul anak muda kelahiran Adrianapolis berdiri mengibarkan liwa’ kegemilangan umat Islam diusia 19 tahun. Baginda merupakan anak kepada Khalifah Murad Thani yang memerintah daripada tahun 1421M-1421M hingga 825H-855H. Sejarah telah melakarkan kisah bahawa pemuda ini telah berjaya menguasai kota Constantinople selama 53 hari tanpa rasa jemu dan jauh sekali berperasaan putus asa.



Komentar Terkini