Faridrashidi.Com » Cairo

Krisis Mesir: Berdoalah Untuk Keseluruhan Umat!
Jika dihitung secara kasar, lebih kurang sudah hampir empat tahun lebih saya menghabiskan masa menuntut ilmu di bumi anbiya’ yang kini sedang bergolak. Dan sepanjang kembara saya di sana, jarang sekali berlaku pergolakkan rakyat Mesir secara besar-besaran menentang rejim Hosni Mubarak dan kuncu-kuncunya.

Rakyat masing-masing menjadi bisu. Lesu untuk bertindak menjatuhkan Presidennya. Kalau pun ada, hanya demonstrasi kecil-kecilan yang melibatkan sesetengah kawasan besar, misalnya Kaherah dan Iskandariah. Ketika itu, demonstrasi dilakukan kerana memprotes kenaikan harga barang atau perhimpunan yang dipelopori gerakan Muslim Brotherhood (Ikhwan al-Muslimun).

Namun begitu, apa yang mengejutkan saya – bermula 25 Januari 2011 – telah berlaku demonstrasi besar-besaran yang melibatkan keseluruhan rakyat Mesir. Tua, muda, kecil dan besar semuanya turun padang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan rejim Hosni Mubarak selama 30 tahun. Bahkan hampir 300 lebih rakyatnya meninggal dunia dan ribuan yang cedera sebermula tanggal 25 Januari hingga kini!

Walhal Mesir bukanlah sebuah negara yang telus dan bebas untuk menghantar suara rakyat kepada pemimpin. Mesir adalah sebuah negara darurat yang melaksanakan undang-undang rimba berbaur kapitalis berkarat. Sesiapa yang menentang, pasti tak akan menemui jalan pulang ke rumah. Mereka akan dihumban ke ‘bawah tanah’ tanpa budi bicara. Malah ribuan juga yang mati tanpa pembelaan!

Itu cerita Mesir sebenar.

Jangankan mahu menentang, mahu berbicara soal politik (Siasah) di khalayak juga lagaknya seperti orang menjual dadah. Sorok-sorok dan berbisik agar tidak didengari mata-mata gelap.

Jika ada perhimpunan tunjuk perasaan, kami mahasiswa-mahasiswi dinasihatkan meninggalkan tempat itu dengan segera tanpa perlu menyoal. Jika mungkir, tentu saja nasib kami persis penjenayah yang menggugat keselamatan awam.

“Enta ismak eh? Tadris fin? Kuliah eh?” Soal polis berbaju coklat tua. Dia menyoal kerana kami mengambil gambar bersama pimpinan Ikhwan Muslimin selepas solat sunat Aidilfitri di Istad, Tanta.

“Ana Muhammad, fil azhar, Syariah Islamiyyah.” Jawab saya ringkas dan terus berlalu pergi. Beberapa hari selepas itu, pihak kepimpinan pelajar telah mengeluarkan arahan agar kami tidak bergambar atau merapati pimpinan Ikhwan Muslimin.

Mesir Sunyi Tanpa Warga Malaysia

“Bila sampai?” Soal saya kepada salah seorang sahabat.

“Baru sangat sampai, tak sempat balik rumah lagi.” Jawabnya. Kebetulan petang itu saya terserempak dengannya di Pasar Malam.

Dikhabarkan juga, sekitar kawasan Hayyu Asyir Kaherah, Tanta dan beberapa tempat lain menjadi sunyi kerana kepulangan secara besar-besaran melalui proses evakuasi ke tanahair. Penghantaran  ini dilakukan kerana mendapat desakan daripada pelbagai pihak agar kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya ke Malaysia.

Apa yang pasti, setakat ini semua rakyat Malaysia yang dihantar pulang sihat sejahtera tanpa diapa-apakan warga Mesir.

Hantar Pulang Salah, Tidak Hantar Juga Salah

Semenjak krisis ini berlaku pelbagai pihak memberi tekanan agar pihak kerajaan segera menghantar pulang rakyatnya. Media juga hangat menyiarkan desakan-desakan ibu bapa dan melaporkan seolah-olah Mesir bagai hancur berkecai dilanda peperangan menggila. Masing-masing menggelabah, dan menyalahkan antara satu sama lain.

Lantas, pihak kerajaan mengambil langkah payah melaksanakan evakuasi ke atas seluruh warga Malaysia di sana. Namun begitu. setelah selesai proses berlangsung, kedengaran pula ada pihak mengkritik tindakan tersebut kerana ia melibatkan sejumlah kos yang besar.

Pada saya, soal keselamatan atau apa-apa perkara melibatkan kebajikan, kita (baca: Individu, masyarakat dan kerajaan) perlu berganding bahu untuk saling bantu-membantu. Usah mempolitikkan hingga menjadi isu besar. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan – walaupun kerajaan yang tidak diiktiraf rakyat – yang memerintah untuk memberikan bantuan atau keselamatan kepada rakyatnya. Jika mereka tidak melaksanakan, bererti mereka berlaku zalim!

Ah, saya sama sekali tidak dapat membayangkan bagaimana keprihatinan Khalifah dahulu terhadap umatnya. Sedangkan sekelumit bantuan kerajaan sekular kita sudah agung-agungkan, inikan pula kebajikan berganda-ganda yang sebarkan Khalifah ar-Rasyidin dahulukala. Demi Allah, saya berdoa agar kegemilangan itu kembali semula selekas mungkin!

“Kalau kita jadi ketua, kita pun boleh arahkan untuk laksanakan proses evakuasi.” Kata saya lewat tempohari.

“Sebab benda dah ada, semua dah ada. Cuma arahkan saja.” Sambung ayah.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud:

“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu diminta bertanggungjawab keatas gembalaannya. Maka seorang pemimpin yang memimpin orang ramai adalah pengembala yang diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang suami adalah pengembala dalam keluarganya dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Isteri adalah pengembala dalam rumah suaminya, dan dia diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Hamba sahaya adalah gembala terhadap harta tuannya dan dia wajib bertanggungjawab atas jagaannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu diminta pertanggungjawaban dalam pimpinannya.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Maka, sebagai penawar sementara. Bersyukurlah jika anda selamat, bersyukurlah jika Allah menjagamu, bersyukurlah segala-galanya atas nusrah Ilahi. Tidak rugi anda mengatakan Alhamdulillah beribu kali.

Kisah Saidina Umar r.a Dan Rakyatnya

Suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab baru sahaja pulang dari menziarahi negeri Syria. Sebagaimana biasa Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata. Tujuannya ialah untuk mengetahui timbal balas rakyat terhadap dirinya sendiri dan melihat penderitaan mereka.

Pada kali ini Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang perempuan tua. Umar pergi ke rumah perempuan tua itu dengan menyamar sebagai orang kebanyakkan. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang dialami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.

Apabila tiba di rumah perempuan tua tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. “Adakah anda mendengar apa-apa berita tentang Umar?”

“Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat”. Jawab perempuan tua itu.

Kata khalifah lagi, “bagaimana pendapat anda tentang khalifah kita itu.”

“Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya.” Balasnya.

Umar bertanya lagi, “mengapa anda berkata begitu?”

Jawab perempuan tua tersebut, “dia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang.”

“Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan anda sedangkan tempat ini jauh terpencil.” Soal Umar.

“Subhanallah, tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau di mana mereka berada.” Jawab wanita itu sambil mengeluh.

Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak, lalu berkata didalam hatinya, “celakalah aku kerana semua orang dan perempuan tua ini pun mengetahui perihal diriku.” Umar menyesal sambil menitiskan air mata.

Umar berkata lagi, “wahai perempuan tua, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap anda? Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau anda mahu menjualnya”.

“Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini.” Balas perempuan tua itu.

Sambung Umar lagi, “saya tidak bergurau, saya betul-betul, berapakah anda akan menjualnya? Saya akan menebus dosanya, mahukah anda menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap anda.” Kata Saidina Umar sambil menyerahkan wang tersebut kepada perempuan tua itu.

“Terima kasih, baik benar budi mu.” Kata perempuan tua itu sambil mengambil wang tersebut.

Sementara itu Ali bin Abu Talib bersama Abdullah bin Mas’ud melalui kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada di situ, mereka pun memberi salam. “Assalamualaikum ya Amirul Mukminin”.

Mendengar ucapan tersebut, tahulah perempuan tua itu bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khattab. Dengan perasaan takut dan gementar perempuan tua itu berkata “Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah aku di atas kelancangan aku tadi ya Amirul Mukminin. Aku telah memaki Khalifah Umar di hadapan tuan sendiri”.

Ratapan perempuan tua itu telah menyedarkan Umar. “Tak mengapa, mudah-mudah Allah memberi restu kepada anda,” kata Umar.

Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut di atas bajunya. “Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang perempuan tua yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan tua itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”. Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Ali bin Abu Talib dan disaksikan oleh Abdullah bin Mas’ud.

Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas’ud seraya berkata, “simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan ke dalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu wa Taala nanti”.

Allahhul Azim, kisah Khalifah Umar al-Khattab yang menyentap rasa hati!

Berdoalah Untuk Seluruhnya

Kita ini adalah umat yang satu, punya Allah yang satu, memiliki qiblat yang satu. Jadi, mengapa perlu dipecah-pecahkan? Mengapa perlu untuk kita membungkus diri tanpa merasa simpati apabila umat kita dibantai sesuka hati? Mengapa kita hanya mementing soal keselamatan keluarga kita dan negara kita sahaja?

Apakah dengan proses evakuasi ini, perutusan doa kita terhenti? Oh, jadilah manusia yang PEDULI. Peduli pada agama, pada umatmu sebagaimana Rasulullah SAW mengingati kita saat mahu pergi!

Ya ummati, ummati, ummati…

12:24PM, 10 Februari 2011,

KBB, Baling, Kedah.

Faridrashidi.Com|Transisi Fikrah@2011

Hakcipta artikel adalah tidak terpelihara. Segala artikel yang tersiar boleh disebar-luaskan dengan SYARAT disertakan link ke sini. Mengambil gambar perlu mendapat keizinan penulis.

1 Ramadhan Di Atabah
Azan zohor berkumandang di menara-menara masjid ibu kota Kaherah. Ada juga yang menggelarkan sebagai kota seribu menara. Penuh berceracak di setiap pelusuk tanah yang pernah dibuka oleh salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Amru Bin Asr r.a.

Masjidnya menjadi simbol kebanggaan bumi Afrika sehingga kini, bahkan selama-lamanya.

Kaki kami lemah melangkah di tengah kesesakan. Kesesakan yang tak pernah sunyi hatta di bulan Ramadhan sekalipun. Cuba menyelinap masuk ke celahan bazar. Kelihatan deretan gerai menjual pelbagai barangan termasuklah makanan. Atabah sememangnya sudah terkenal sebagai medan jual beli berkos rendah.

Pandai cakap, murahlah barangan.

“Dah tak ingat kat mana kedainya..” Jawab saya kepada Azilan.

Azilan dan Ibrahim terus masuk ke lorong mencari kedai yang dimaksudkan. Kedai dua tingkat itu menjual pelbagai jenis jubah dan pakaian.

“Dah bekam? Insya’Allah lau khamsin ana khudz arba’ah.” Kata saya sewaktu sessi tawar menawar membeli jubah. Akhirnya jubah berwarna putih berjaya dibeli dengan harga berpatutan.

Selesai membeli jubah, kami terus bergerak mencari masjid untuk menunaikan solat zohor dan berehat. Mencari masjid tidak sepayah mencari kedai jubah. Setiap celahan bangunan pasti ada sebuah masjid walaupun sebesar surau di kampung saya.

Seusai solat, kelihatan beberapa kelibat lelaki sedang berbual di suatu jihat. Salah seorangnya berkopiah al-Azhar.

“Jom kita jumpa syeikh dulu sebelum keluar.” Pelawa Azilan.

Saya menuruti.

Ibrahim dan Azilan memulakan bicara dalam ta’aruf sesaat. Syeikh mendoakan kesejahteraan kami bertiga. Alhamdulillah.. Adalah saat paling membahagiakan bila alim ulama’ mendoakan kebaikan. Mungkin doa mereka lebih mustajab tanpa hijab menghalang untuk terus ke hadrat Ilahi. Siapa tahu bukan? Allahu Rabbi.

“Insya’Allah, syeikh akan mendoakannya secara ghaib.. selepas solat fajar esok.” Kata seorang lelaki yang mendampingi Syeikh. Syeikh itu adalah salah seorang guru qiraat lulusan al-Azhar.

Bazar Minyak Atar

Hampir sejam berjalan, akhirnya kami ketemui deretan kedai menjual minyak atar/wangi di Atabah. Botol-botol tersusun rapi di kaki lima kedai. Bau wangian beraneka jenis menyusup masuk ke rongga deria bau.

Harum semerbak.

“Ana aiz asyara atar, ayyu syai.. ayyu hagah. Masyhur fi misr.” Terang saya kepada seorang penjual minyak wangi. Saya meminta beliau agar menyediakan beberapa botol minyak wangi pelbagai jenis bau yang masyhur di Mesir.

“Dah, Two One Two, dah Escilape..” Beliau menerangkan beberapa jenis wangian sambil mencalitkan wangian di lengan saya. Hidung saya seakan tidak mampu membezakan lagi jenis bauan. Semuanya wangi.

Mesir sememangnya terkenal dengan minyak wangi. Minyak wangi yang mereka gunakan kebanyakkannya diimport dari Perancis, sehinggakan begitu sukar untuk menyebut nama-nama wangian yang dipamerkan.

Kerana terpengaruh dengan keharuman wangian saya membelanjakan hampir LE150 hari itu!

Iftar Jam’ei Di Ma’idatul Rahman

“Jom pi masjid tu, nampak semacam ada sediakan makanan berbuka..” Ajak seorang rakan. Kami menjenguk-jenguk ke dalam masjid.

“Yaallah ta’aal! Silakan kan!” Beberapa orang lelaki arab yang sibuk menyediakan hidangan makanan memanggil kami masuk ke dalam dewan makan.

Kami bertiga terus duduk di meja yang telah tersedia. Hidangan nasi bersama kuah kacang dan daging rebus menjadi juadah berbuka kami. Kelihatan meja sudah separuh dipenuh orang ramai. Tua, muda, kanak-kanak juga turut memenuhi ruang.

“Pengalaman kita yang berharga berbuka puasa kat sini..” Bicara saya kepada Azilan. Beliau mengiyakan kata-kata saya. Kami terus leka menjamah juadah masakan yang enak itu.

Tarbiyyah Pautan Susah dan Senang

Berjalan dibawah terik mentari pada ramadhan yang bercahaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun sukar itu hilang apabila menjamah juadah Ma’idatul Rahman. Alhamdulillah, rezeki.

Tarbiyyah ramadhan bukannya semudah berbicara dilembaran kanvas bisu. Tarbiyyah akan lengkap terlaksana apabila berjaya diterjemahkan dalam hidup sehari-hari.

Entah mengapa, sewaktu hendak pulang ke daerah Tanta, van penumpang yang kami naiki ditahan polis. Bukan sahaja ditahan, malah perlu turun untuk berpindah van menuju ke Abut. Mahu ke Abut saja jaraknya tidaklah dekat. Akur.

“Menzalimi manusia di bulan Ramadhan, tahulah mereka menerima nasib nanti..” Kata saya sambil mengetap kegeraman.

“Mesir depa tak ada sistem, pakai ikut berasa.” Sambung Ibrahim meneruskan perbualan kami. Kaki letai melangkah ke perhentian, mencari kalau-kalau ada van lain yang akan menuju ke Tanta.

Jam di tangan menujukkan angka 1 pagi. Setelah sejam menunggu barulah kami bertolak pulang ke Tanta. Ini bermakna separuh hari 1 ramadhan kami bergerak di ibu kota Kaherah dengan pelbagai situasi.

Kawan, ramadhan itukan bulan tarbiyyah?

5:52 AM, 24 Ogos 2009,

Siberbay, Tanta.

Atas Faktor Keselamatan Talaqqi Dibatalkan
“Ana nak minta izin rumah enta dijadikan tempat pengajian boleh?” Tanya Naufal. Beliau seorang graduan Al-Azhar berasal daripada Acheh, Indonesia.

“Oh, boleh-boleh.. bila tu? siapa mengajar?” Soal saya menginginkan kepastian.

“Nanti ana call ustaz balik ya.. Doktor Tohir kuliah syariah.. bagitahu sama ahli bait juga ya” Jawabnya.

“Ok, Insya’Allah. Saya bagitahu ahli bait yang lain.”

Seperti hari yang dijanjikan, kuliah talaqqi pertama telah dijalankan di rumah saya. Al-Fadhil Doktor Tahir bersama beberapa mahasiswa Indonesia yang lainnya turut bersama datang kerumah saya untuk memulakan sessi pengajian pertama.

“Pada pandangan kamu semua, apakah kita pengajian yang kamu semua nak belajar?” Tanya Doktor Tahir seusai sessi ta’aruf ringkas.

“Walakin nazara liwujudikum, fa tuhibbun an-naqra… lau fi kitab mua’yyan tuhibbun dirasatahum aw masyhura indakum fi maliziyya aw indonezia aw tasyrahuna ba’da zalikka tullab Insya’Allah.. laisa syarthan hinal kitab..” Al-Fadhil Doktor bertanyakan tentang kitab mana yang kami sukai serta masyhur di Malaysia dan Indonesia untuk dibacakan dan disyarah olehnya.

“Dia tanya ada tak kitab yang masyur untuk diguna dalam pembelajaran? Maksudnya tak semestinya kitab inilah..” Sambung Naufal menerangkan maksud Al-Fadhil Doktor lagi.

“Fathul Qarib aw Fathul Mu’in..” Jawab saya.

Masing-masing mengemukakan pandangan. Saudara Naufal menyarankan kami bertalaqqi kitab Fathul Qarib yang disyarahkan pula dalam kitab Hasyiah Baijuri.

Saya mengangguk tanda setuju.

Permulaan malam itu, Al-Fadhil Doktor menerangkan susur galur kitab Fathul Qarib senipis 72 muka surat. Manakala Hasyiahnya pula ialah setebal 409 muka surat.

“Fathul Qarib yashrah hazal matan, fathul qarib liman? Ibnu Qasim Al-Ghuzzi As-Syafie’ yasyrahahu fi hazal matna.. Ba’da ma syarahahu ja’at Syeikh Ibrahim Baijuri wasala hasyiatan.. ala syarhi min? ala fathul Qarib, yu alliq ala Ibu Qasim Al-Ghuzzi..”

Al-Fadhil Doktor menerangkan bahawa Matan (Transkrip asal) ialah hasil tulisan Al-Qadhi Ahmad Bin Hussain Al-Asfahani As-Syahir Bi Abi Syuja’ di dalam kitabnya Al-Kitab Al-Musamma bi Taqrib, kemudian Matan (Transkip asal) ini dibuat hurai oleh ulama’ lain yang bernama Muhammad bin Qasim Al-Ghuzzi As-Syafie’ di dalam kitabnya Fathul Qarib Al-Mujib. Lalu huraian itu (huraian kepada kitab Fathul Qarib Al-Mujib) diterangkan lagi secara terperinci oleh Imam Baijuri di dalam kitabnya Hasyiah Fathul Qarib.

Alhamdulillah, suatu ilmu baru saya perolehi walaupun seawal muqaddimah pengajian.

“Di dalam memahami agama, kita perlu belajar ilmu mengenal Allah.. ia termasuklah ilmu mengenal Pencipta alam ini.. di dalam ilmu Usuluddin, lalu hendaklah belajar ilmu syariat..” Al-Fadhil Doktor meneruskan lagi penerangannya berkenaan ilmu-ilmu di dalam Islam.

“Solat merupakan suruhan Allah SWT, jadi bila nak bersolat tidak dapat tidak akan ada syarat. Syaratnya ialah dengan Taharah (suci). Nak bersuci perlukan kepada air, jika tak ada air perlukan tanah.. kemudian kita perlukan niat untuk melakukannya.” Terang Doktor lagi berkenaan kitab yang akan dibacakan. Kitab Fathul Qarib adalah perbincangan ilmu mengenai ilmu Fiqh bermula bab Taharah (penyucian).

Kitab ini juga di ambil menjadi silibus dalam pengajian di Universiti Al-Azhar.

Pengajian malam itu berakhir hampir dua jam selepas penerangan secara jelas oleh Al-Fadhil Doktor. Namun begitu, bersangka panas sehingga ke petang rupanya suatu kesilapan kerana tengahari muncul hujan lebat memadamkan cahaya mentari yang bersinar.

Majlis talaqqi itu terpaksa diberhentikan kerana melanggar etika pihak keselamatan Mesir. Saya jadi bingung dan kecewa bila mendapat perkhabaran ini. Sedangkan mahasiswa Indonesia tidak ada masalah langsung dari segi penganjuran majlis ilmu melibatkan syeikh arab terutamanya di daerah Mesir.

Apa salah kami mahasiswa Malaysia sehingga begitu sukar untuk menghirup secebis manisan ilmu? Wallahhua’alam.

Beralasan Faktor Keselamatan Talaqqi Dibatalkan

Bila musim cuti tiba, jika tidak pulang ke Malaysia ramai mahasiswa Al-Azhar cawangan akan turun ke ibu kota Kaherah. Ada yang sibuk kerana aktiviti persatuan, ada pula yang menagih ilmu di pelusuk-pelusuk masjid dan ada juga kerana sebab urusan peribadi.

Ini kerana jika mahu bertalaqqi perlu mendapat permit dari pihak keselamatan, termasuklah jika menghadiri mana-mana masjid yang diajarkan oleh guru-guru di kalangan syeikh warga Mesir. Atas dasar apa sampai begitu sekali ketatnya dasar undang-undang mereka?

Mesir adalah sebuah negara Republik yang mengamalkan sistem darurat. Menurut sumber yang saya perolehi, sebagai ketua yang mewakili negara darurat maka sebarang bentuk usaha pihak pembangkang untuk menjatuhkan Presiden akan dicantas habis-habisan. Ini termasuklah majlis ilmu yang diajarkan oleh syeikh di kalangan parti Ikhwan Muslimin (IM) atau tidak.

Jadi adalah tidak mustahil anak emas Amerika Syarikat dan Israel ini mengamalkan sistem politik kuku besi dan menghalalkan apa sahaja cara bagi mempertahankan kedudukan. Nah, satu lagi pengamal politik Machiavelli yang tegar di kalangan negara umat Islam!

Sebelum ini kuliah Tafsir rancak yang berlangsung di Masjid Medan Sa’ah oleh Al-Fadhil Doktor Abdullah Syazili juga dibatalkan atas alasan yang sama!

Menggeleng hairan yang amat.

11:54 PM, 17 Julai 2009,

Siberbay, Tanta.

Sehari Di Ma’rad Kitab Kaherah
Sang mentari memancar kilauannya. Terpacak betul-betul di atas kepala kami. Reka pintu gerbang persis payung itu tersergam indah. Seperti biasa, warna coklat adalah warna utama negara berdebu. Biarpun terik mentari membahang namun deruan angin sisa-sisa sejuk masih mendamaikan jiwa. Saya berehat sebentar di pepohon rendang bergayutan sambil melihat pengunjung berpusu-pusu masuk kaunter pendafataran. Kelihatan berseliwiran.

Pintu gerbang utama…

Saya terus merakamkan video sepintas lalu suasana dihadapan pintu masuk. Cadangannnya mahu saja dijadikan dokumentari kembara Ardul Kinanah. Biar ia jadi sebuah bingkai kenangan yang indah tergantung di kamar kelak. Sempat bergambar kenangan walau sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke sana.

Kepelbagaian manusia

Usah bertanya tujuan apa pameran kitab sedunia kaherah ini diadakan setiap tahun. Sudah tentu mahu syarikat-syarikat buku itu mahu menjual serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka. Tetapi boleh bertanya siapa yang datang dan kenapa pengunjung datang. Kerana kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang suka-suka memeriahkan suasana persis model mahu memperagakan style pakaian. Ada juga yang santai bersama keluarga memenuhi percutiaan tahunan mereka. Sudah tentu lapisan masyarakat itu pelbagai.

Sekitar pameran…

Sedang saya membelek kitab dipenjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian hitam. Biasa kepalanya pasti bertenggek cekup seakan topi komando berwarna hitam di kepalanya. Tetapi kali ini tidak. Tengkuknya digelungi rantai hitam besar. Simbol salib di depannya.

“Paderi Kristian..” Bisik saya sambil menjeling ke arahnya. Kelihatan dia memegang sebuah buku tebal.

“ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam..” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, para orientalis dan para pendakyah kristian berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab serta ilmu Islam bertujuan sebagai hujjah balas kepada ulama’ Islam.

“Napoleon Bonaparte mencuba menyerang Mesir dengan mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama berisi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang Islam untuk menyerang umat Islam secara pemikiran. Kapal kedua berisi tentera perang untuk menyerang Umat Islam secara fizikal. Akhirnya Napoleon Bonaparte dapat menaklukkan Mesir, dan dapat memetakan pemikiran Umat Islam. Kejadian ini berakhir dengan pemisahan Mesir dari Kesatuan Daulah Khilafah Islamiyah.”

Pintu belakang…

Suasana Pameran

“Memang besar sungguh ma’rad kitab ni..kalah kat Malaysia..” Seorang rakan bersuara.

“Tula, kaki ana dah lenguh tak larat jalan..berapa kali round..bila tengok ma’rad sebesar ni rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendiakawan seluruh dunia. Itu belum masuk book fair kat Amerikake, kat United Kingdomke..” Sampuk saya.

“Agaknya ada tak manusia yang boleh khatam semua kitab sebesar ma’rad ni?” Soal saya pula. Masing-masing diam. Perjalanan dari Solah 6 diteruskan menuju ke pameran jualan Pustaka Darus Salam.

Gambar kenangan…

Memang luas, besar dan banyak buku-buku yang dipamerkan. Lebih luas dari Book Fair PWTC di Kuala Lumpur. Terdetik minda memikir, betapa terlalu banyak ilmu sehingga tak terlangkau untuk meneliti satu persatu kitab. Ya, himpunan buku dari pelusuk dunia. Tetapi rasanya tidak semua. Tentu masih ada yang berbaki memandangkan ilmu Allah itu Maha luas seluas lautan Pasifik di timur Atlantik di barat merentasi sempadan-sempadan geografi benua .

Sempat snap ammu tengah kelam kabut kira-kira…

Saya dikhabarkan seorang rakan tentang beberapa jilid Mausu’ah terbitan Majlis A’la Lisyu’un Al-Islamiyyah sebagai pengganti. Nawaitu asal mahu memborong sederet Jurnal terbitan Maktabah Kuwait. Namun sedikit hampa kerana sudah licin di sapu bersih. Agak kelewatan. Mungkin sudah diangkut berlori-lori oleh mahasiswa-mahasiswi yang berkunjung sebelum ini.

“Tahun depanlah nampaknya..” Rungut saya.

“Takpe, kirim je kawan kat sini kalau enta balik..” Cadang seorang rakan.

Beberapa buah kitab yang dibeli…

Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi pilihan. Harganya boleh tahan juga. Entah cukai apa yang dicaj tak tahulah. Bak kata orang tua-tua makan sekadar ‘lapik perut’.

Ammu tengah potong daging roti shawarma…

Pada sebelah malamnya sebelum berangkat pulang ke Tanta. Saya kemukakan cadangan untuk singgah menjamu selera di Restoran Sabie’ memandangkan seharian berjalan tanpa sebutir nasi. Alhamdulillah, cadangan diterima. Kebanyakan rakan-rakan masing tidak tahu kewujudan Restoran masakan asia tenggara tersedap di Kaherah itu. Andaian saya ianya sedap kerana dari beberapa buah restoran yang wujud di Kaherah, hanya restoran itulah saya berpuas hati dan kunjung berkali-kali.

Syai, Tom Yam panas, Nasi Mutiara…

Masakan lazat ala-ala Thai itu berpatutan harganya dan layanannya juga cepat. Kami memesan Nasi Mutiara, Tom Yam, Kuew Teow Goreng Special, Mee Ratna. Akhirnya rakan-rakan saya juga turut mengakui kesedapan makanan hasil tukang masak dari Phattani itu setelah ‘kenyang perut suka hati’. Malahan seorang rakan saya dari Phattani yang ikut serta shopping kitab turut tersenyum lebar kerana kesadapan penangan Mee Ratna.

Selesai.

4:26 PM, 6 Februari 2009,

Siberbay, Tanta.