Posted on 23-08-2009 | By: Farid Rashidi |
Category : Diari Penulis, Tazkirah
Tags: Cairo, Kaherah, Mesir, Ramadhan al-Mubarak
Azan zohor berkumandang di menara-menara masjid ibu kota Kaherah. Ada juga yang menggelarkan sebagai kota seribu menara. Penuh berceracak di setiap pelusuk tanah yang pernah dibuka oleh salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Amru Bin Asr r.a.
Masjidnya menjadi simbol kebanggaan bumi Afrika sehingga kini, bahkan selama-lamanya.
Kaki kami lemah melangkah di tengah kesesakan. Kesesakan yang tak pernah sunyi hatta di bulan Ramadhan sekalipun. Cuba menyelinap masuk ke celahan bazar. Kelihatan deretan gerai menjual pelbagai barangan termasuklah makanan. Atabah sememangnya sudah terkenal sebagai medan jual beli berkos rendah.
Pandai cakap, murahlah barangan.
“Dah tak ingat kat mana kedainya..” Jawab saya kepada Azilan.
Azilan dan Ibrahim terus masuk ke lorong mencari kedai yang dimaksudkan. Kedai dua tingkat itu menjual pelbagai jenis jubah dan pakaian.
Continue Reading
“Ana nak minta izin rumah enta dijadikan tempat pengajian boleh?” Tanya Naufal. Beliau seorang graduan Al-Azhar berasal daripada Acheh, Indonesia.
“Oh, boleh-boleh.. bila tu? siapa mengajar?” Soal saya menginginkan kepastian.
“Nanti ana call ustaz balik ya.. Doktor Tohir kuliah syariah.. bagitahu sama ahli bait juga ya” Jawabnya.
“Ok, Insya’Allah. Saya bagitahu ahli bait yang lain.”
Seperti hari yang dijanjikan, kuliah talaqqi pertama telah dijalankan di rumah saya. Al-Fadhil Doktor Tahir bersama beberapa mahasiswa Indonesia yang lainnya turut bersama datang kerumah saya untuk memulakan sessi pengajian pertama.
“Pada pandangan kamu semua, apakah kita pengajian yang kamu semua nak belajar?” Tanya Doktor Tahir seusai sessi ta’aruf ringkas.
Continue Reading
Sang mentari memancar kilauannya. Terpacak betul-betul di atas kepala kami. Reka pintu gerbang persis payung itu tersergam indah. Seperti biasa, warna coklat adalah warna utama negara berdebu. Biarpun terik mentari membahang namun deruan angin sisa-sisa sejuk masih mendamaikan jiwa. Saya berehat sebentar di pepohon rendang bergayutan sambil melihat pengunjung berpusu-pusu masuk kaunter pendafataran. Kelihatan berseliwiran.
Saya terus merakamkan video sepintas lalu suasana dihadapan pintu masuk. Cadangannnya mahu saja dijadikan dokumentari kembara Ardul Kinanah. Biar ia jadi sebuah bingkai kenangan yang indah tergantung di kamar kelak. Sempat bergambar kenangan walau sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke sana.